Monday 1 July 2013

PADAN MUKA



Pagi tadi 1 Julai 2013, saya terpandang tajuk-tajuk berita di dua akhbar tempatan, yang jika mengikut standard saya, hanya layak jadi pengelap bontot Cina bukan MCA dan yang satu lagi, akhbar berbahasa melayu, yang hanya layak jadi pengelap kasut saya sahaja. Akhbar the STAR mengeluarkan cerita  mengenai rumah menteri, Khairy Jamaluddin, dimasuki perompak dan di Utusan Malaysia, berita mengenai 5 buah motor besar langgar lori di Johor, menyebabkan dua orang big bikers mati di tempat kejadian dan 3 cedera.

Tidak pula saya ambil pusing apa cerita penuh kedua-dua berita tadi kerana jika membaca kedua-dua akhbar tersebut, sahih saya melayu bodoh dan tak berakal, walhal saya tidak. Cuma tiada sijil aje untuk membuktikan yang saya bukan bahlol.

Mengenai bikers motor besar, tajuk akhbar tidak pula menjelaskan sama ada yang tak mati tu, cedera parah atau tidak. Kalau parah elok juga supaya semasa terlantar di hospital, boleh berfikir sedikit. Mentang-mentang awak melayu kaya, mampu beli motor besar yang harga dua kali ganda MPV Chery saya, janganlah buat jalan raya macam atuk nenek punya dan membahayakan pemandu pesara kerajaan macam saya. Ada rakan sekerja yang mencadangkan mungkin bikers-bikers tersebut tergolek dog kaku, sebab selalu kena sumpah dengan pemandu pemandu lain. Mungkin ada kebenarannya, sebab saya sendiri, setiap kali diterperanjatkan oleh bunyi engin dan lagak pemanduan bikers bermotor besar tapi otak kecil ini, akan menyumpah. “Mampos dilanggar lori hendaknya supaya tidak membahayakan pemandu pemandu lain”. Kata arwah atuk, berdosa mendoakan bencana ke atas sesama manusia. Malangnya saya insan yang lemah. Jadi apabila tertengok sahaja berita 2 bikers mati rempuh lori, hati kecil saya bersorak, “Padan Muka”.

Mengenai rumah Khairy Jamaluddin kena rompak pulak, alangkah baiknya kalau banyak lagi rumah menteri menteri diceroboh, anak menteri kena kidnap atau  bini menteri kena ragut handbag masa shopping. Lagi nikmat kalau pegawai-pegawai besar polis yang masih berkhidmat jadi mangsa jenayah jalanan. Nak lebih afdal, jika pegawai pegawai NKRA jenayah di KDN kena samun.

Bukan apa, mereka yang seperti saya sebutkan di atas, perlu diberi pengajaran. Jangan mudah keluarkan perangkaan bohong bahawa kadar jenayah dah turun dan bahaya jenayah hanya persepsi rakyat macam saya, yang tak mampu nak gajikan bodyguard. Cara yang paling baik untuk menyedarkan golongan yang suka kelentong rakyat ini, ialah dengan mereka sendiri jadi mangsa penjenayah. Kena batang hidung sendiri, baru tahu langit tinggi atau rendah.

Akhirnya, saya berjaya mendengar seorang menteri Barisan Nasional berkata bahawa, “Crime in Malaysia is real and not a perception”. Lebih kurang macam itu lah kata Khairi.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang pernah jadi part of a spin doctoring team for the authorities, satu masa dulu.

Byeeee!!!!!!

No comments: