Thursday 18 October 2007

Tol, Angkasawan & Parti Merdeka Di Rumah Pak Lah.

18 October 2007 : Lewat Pagi


Masih Hari Raya lagi kan? Oleh itu Selamat Hari Raya Aidl Fitri dan Maaf Zahir bathin dari saya. Bercerita tentang raya, kali ini giliran saya berhari raya di kampong saya di Segamat, Johor. 4 hari 3 malam saya di kampong. Berlepas jam 1500 12/10/07, sampai jam 1745. Balik ke KL jam 1145 15/10/07 sampai jam 1515. Perjalanan balik kampong ambil masa lebih kurang 2 jam 45 minit. OKlah tu sebab dalam keadaan biasa masa perjalanan anggaran 2 jam 30 minit. Jadi puas hatilah bayar toll dan bantu kroni BN jadi kaya untuk support 2-3 bini takpun 4 orang. Bukan duit sendiri kan? Duit rakyat. Tapi masa balik KL merungut, menyumpah seranah macam nak rak dalam kereta. Kesian bini yang ada sebelah. Apa tidaknya, kena tambah 1 jam masa perjalanan pasal trafik jam, dah tu kena bayar tol pulak. Mana tak sakit hati. Dah tu apa ke jadahnya jalan bertol kalau hanya untuk mengkayakan suku sakat depa walhal kita masih bergelut dengan jam.


Sebut fasal jem, teringat boss lama saya yang pernah jadi pengiring kepada seorang pegawai tinggi kerajaan Thailand semasa pegawai Thai tersebut melawat Malaysia. Dalam perjalanan ke Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, konvoi yang membawa pegawai Thailand ni tersangkut dalam trafik jem gila. Jadi boss saya ni, apologiselah kepada pegawai Thai ni kerana tersangkut dalam trafik jem. Kata pegawai Thai, "it's ok, the jam is worse in Bangkok". Boss saya ni typical malaysian, mana boleh kalah, mesti jaga nama Malaysia punya. Boss saya jawab balik, "but sir, here in Malaysia, the jam may take hours to clear". Pegawai Thai tu senyum dan jawab, "In Bangkok, it's worse than that, you can shave and has a leisurely breakfast in your car before the jam clears and it's only about 1 km from your office". Boss saya tetap tak mahu kalah. Last sekali dia bagi the killer blow. "Yes sir, that may be true. But in Thailand the traffic jam is free, here in Malaysia you have to pay for the traffic jam". Pegawai Thai tu terus diam.


Inilah hakikat pembangunan di Malaysia, kalau pembinaan jalan bertol boleh dikatakan satu cabang pembangunan. Yang membangun adalah taukeh tol, yang terduduk kerana kos hidup melambong adalah rakyat. Dulu masa perjalanan ke Segamat melalui Semenyih, Mantin, Kajang, Seremban dan Gemas, saya ambil masa lebih kurang 3 jam 1/2 untuk sampai ke destinasi tapi free, tak ada tol. Hari ini, saya pernah lebih dari dua kali, ambil masa 5 jam untuk sampi ke Segamat, dah tu kena bayar tol pulak. Sape tak geram bang!


Baru nak reda geram pasal trafik jem berbayar, terbaca pulak pasal cerita parti merdeka di rumah kerajaan PakLah. Malas nak komen pasal wanita-wanita Islam yang tak bertudung yang datang berpesta di rumah boss Islam Had Hari tu tapi kalau penyanyi wanita barat datang Malaysia nak nyanyi tak boleh pulak pakai dedah-dedah. Aparah!!. Juga tak kuasa nak cerita pasal panggil George Benson dan Al Jarreau yang datang menghiburkan PakLah dan tetamu. Nak tanya satu soalan. Sape agaknya yang sponsor parti merdeka PakLah ni? Kalau tauke-tauke projek RMK 9 lantak le tapi kalau pakai duit rakyat kenapa tak panggil saya dan ahli-ahli keluarga saya termasuk emak dan adik-adik saya di kampong berpesta sama. Kan duit saya tu.


Sekarang ni kita sibuk pasal angkasawan negara. Saya bukan nak jadi wet blanket tapi tak lalu nak ikut sibuk-sibuk pasal kes ni. Saya tak ambil pot pun pasal angkasawan-angkasawan ni. Tak ada faedahnya. Yang kita sibuk nak ke angkasa tu pasal ape kalau talian internet broadband di bumi Malaysia ni pun tak keruan arah. Adik no.3 saya tinggal di Nilai 3 (tak jauh tu dari Putrajaya, cyber city yang pertama di dunayaia) tapi tak dapat broadband connection. Saya dapat talian broadband di rumah di Kelana Jaya tapi dengan kelajuan 4 mbps walhal home user di Singapura dapat kelajuan 4 mbps. Perabis duit rakyat pergi angkasa, infrakstur teknikal di bumi Malaysia macam infrakstuktur teknikal Angola dan Timor Leste. Porah!!!!!


Dulu lagi saya dah bilang. Cerita hikayat Si Luncai dan Pak Pandir adalah cerita masyarakat atau folk tale yang datang khas dari orang melayu. Itu sebabnya sampai hari ini orang melayu malaysia walaupun berlambak-lambak yang berijazah sampai tak cukup dinding nak gantong setemkepet (certificates), masih lagi berfikir macam Pak Pandir. Menang sorak kampong tergadai. Kita (tak termasuk saya tau) di Malaysia apabila buat sesuatu bukan tengok untungnya pada diri sendiri tapi nak dengar berapa kuat sorak yang kita dapat. Tak ada hasil tak ape. India, Korea dan Jepun dah boleh buat roket, tak sibuk pun nak hantar orang ke angkasa, ini pulak malaysia yang buat kereta sendiri pun rugi.... eesshhh! maleh kawan nak fikir. Senak kepala dibuatnya.


Kerja-kerja membazir tapi glamer ni salah siapa kalau bukan salah rakyat sendiri. Kita tak boleh pilih mak ayah kita atau bos kita tapi pastinya kita boleh pilih siapa yang mewakili kita di parlimen. Kalau kita pilih badut alamat kena gelaklah negara kita macam yang sedang berlaku sekarang.


SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA. BIARKAN-BIARKAN!

No comments: