Wednesday 25 June 2008

CERITA LAPOK KALAU KERAJAAN NAK BUAT ITU DAN INI

Rabu 25 Jun. Awal malam. Saya tengah asyik dengan computer game Spider saya apabila terdengar heboh-heboh di Warta Perdana TV 3 mengenai tindakan kerajaan menubuhkan satu badan untuk menangani isu pendatang asing tanpa izin di Sabah. Setakat itu saje lah minat saya pada berita tersebut kerana saya terus dengan komputer game saya. Sebenarnya saya tak berminat lansong dengan beriita TV ini, tak kiralah TV1 ke, 2, 3, 7, 9, 8 mau pun Bernama TV di rangkaian 502 Astro.

Apa tidaknya, asyik berita pasal BN sahaja. Berita mengenai kerajaan negeri Pakatan Rakyat, haram, kecuali untuk memburukkan pembangkang. Saya bukan tuan lawyer sama ada yang buruk atau baru. Saya sebenarnya atas sikit dari kategori bodoh alang. Jadi boleh tak mereka yang pakar (mustahil Malaysia tak ada pakar kerana pusat pengajian tinggi awam tak kurang 25 buah dan sementara Lee Kuan Yew bermegah dapat pulau sekangkang kera, kita dah hantar orang ke angkasa) beritahu saya. RTM ini siapa punya. Barisan Nasional atau rakyat punya. Kalau gaji Menteri Penerangan pun dibayar dari wang rakyat, tak kiralah rakyat cap DAP ke, PKR ke atau PAS, jadi untuk siapa RTM berkhidmat. Rakyat yang berhak mendapat berita yang bersifat neutral atau untuk golongan tertentu dengan niat mempropagandakan berita.

Cerita Pasal PATI

Kenapa saya malas sangat nak dengar berita pasal usaha untuk membanteras kebanjiran PATI ini. Bukankah kehadiran PATI membebankan infrastruktur negara seperti sistem pendidikan dan kesihatan yang ditanggung oleh wang rakyat malaysia yang membayar income tax tetapi dimenafaatkan oleh PATI yang tak bayar income tax. Apa? Penduduk tetap pun bayar income tax. Yelah tu. Kalau betul-betul layak untuk dapat taraf permastautin tetap tak apa. Tapi kalau baru masuk secara haram 3 bulan dah dapat KP merah tapi arwah ayah saya yang balik ke Malaysia secara sah ambil masa lebih 10 tahun untuk dapat KP merah, apa ke bendenya! Siapa yang untung kalau banyak PATI di malaysia. Siapa lagi kalau bukan golongan pemodal yang mengaji PATI dengan bayaran murah (dan kemudian lapor pada pihak berkuasa untuk elak bayar gaji) dan penguatkuasa undang-undang yang berpeluang tambah duit poket.

Saya dah muak, loya dan nak muntah dengan khabar angin kerajaan nak buat itu dan ini kerana itulah yang kerajaan buat iaitu NAK BUAT ITU DAN INI tapi tak buat. Cakap tak serupa bikin. Kenapa tak percaya ke?

Dulu masa petrol naik 30 sen ke RM 1.92 seliter, kerajaan kata akan gunakan penjimatan RM 4.4 billion wang subsidi untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan awam. Apa dah jadi sekarang? Sistem komuter KTM bertambah haru biru ada.

Kita belanja berbilion ringgit nak buat Smart Tunnel. Keluar National Geographic lagi. Konon nak elak banjir kilat. Kenapa masih lagi kereta tersadai dalam air bah kalau hujan 1 jam aje. Lagi pun cerita pasal penebatan banjir ni gua dah dengar sejak zaman inspektor lagi. Sekarang dah nak pencen pun (nasib baik ada talian hayat sampai 58 tahun) air bukan bertambah surut, bertambah parah lagi ade.

Nak galakkan interaksi antara kaum, punahkan duit rakyat buat Summer Camp ala PLKN tapi apa dah jadi. India masih kata dia orang kena marginalised walhal lawyer kat India buat pejabat bawah pokok pisang aje tapi kat sini pakai BMW 5 series, Cina kata dia orang second class citizen tapi senarai 50 orang terkaya Malaysia, siapa yang ramai dan orang Melayu pulak kata dah terhakis ketuanan Melayu tapi yang sedihnya tuan-tuan Melayu sendiri yang memperhambakan orang melayu.

Nak Banteras PATI Konon

Cerita pasal nak membanteras PATI ni, saya dah dengar tak kurang 20 tahun dulu. Kalau dulu Mat Indon masuk cara haram, sekarang mamat tu dah pun berbesankan orang malaysia, Masalah PATI tak selesai juga. Dulu cuma dari Indonesia dan Bangladesh. Sekarang? Habis dari seluruh pelusuk negara ASEAN dan ASIA dia orang datang. Mereka dah ada penempatan sendiri pun. Kerajaan kita ni sebenarnya kerajaan flip flop. Macam ikan atas darat. Sekejap halau PATI keluar, sekejap tutup mata sebelah. Kena acah, melatah.

Lepas ni gerenti haru biru dibuatnya pendatang asing di Sabah. Habis RELA dan polis kena kerah ke Sabah (heh! dapat jalan dan makan free Yop). Bertempiar dibuatnya mamat dan minah Indon dan Filipin lari balik ke negeri masing-masing. Taukeh feri dan kapalterbang senyum sakan. Adalah sebulan dua, penguatkuasa kejar PATI ke hulu ke hilir. Lepas tu, senyap balik. Kita senyum balik. Depa datang balik. PATI banyak balik. Rakyat Malaysia bising balik. Cerita lama berulang balik.

Sekarang anda ada erti ke kenapa saya tak percaya dengan kata-kata kerajaan nak buat itu nak buat ini. Tapi salah siapa kalau bukan salah orang malaysia sendiri yang dengan mudah diperbodoh dan digula-gulakan. Heh! Heh! Saya pun 2 x 5 bangang tapi taklah all the time. You can fool some of the people all of the time, all of the people some of the time but not all of the people all of the time. Tapi entahlah. Orang Malaysia ni lain sikit kut. Memang muka nak kena kelentong selalu, kalau tak, takkan scam email, scam SMS boleh beranak pinak kat sini dan associate professor pun kena tipu RM 600,000 oleh black money scam.

OK. Last sekali. Susah sangat ke nak atasi masalah PATI ni. Boleh tak kita buat macam ini. Bila tangkap PATi, ambil cap jari dia orang. Simpan dalam pengkalan data pusat yang boleh dicapai oleh semua penguatkuasa undang-undang. Kemudian apabila tangkap lagi PATI, semak capjari depa dalam pengkalan data. Kalau orang yang sama masuk balik secara haram lagi, sebat 3 kali, amacam. Degil? Sebat lagi. Lama-lama serik bang, mengelupas kulit, cemamai daging.

Nak tanya lu orang. Singapura pulau kan? Dekat dengan Indonesia kan.? Rakyat negara lain boleh menyelinap masuk Malaysia, pergi ke Stulang Laut, Johor Baru. Kemudian berenang ke Singapura. Atau pakai pelampong, bukan jauh sangat. Soalan saya. Singapura banyak PATI tak?

Fikir punya fikir baru teringat,. Kalau Pulau Batu Putih yang sekangkang kera, tak sampai 15 batu nautika dari Johor tak boleh jaga sampai kena curi dengan apek Singapura, inikan pulak nak jaga satu malaysia. Betul tak?

Jumpa lagi.

1 comment:

Anonymous said...

Saya kadang pun meluat dengar apa-apa jua tindakan yang hendak diambil oleh kerajaan Malaysia. Tapi, setiap kali juga rakyat Malaysia diperbodohkan oleh tindakan-tindakan kerajaannya sendiri yang kononnya sebagai langkah yang memberi manfaat dan prihatin kepada rakyat Malaysia.

Daripada penggunaan PENDATANG HARAM sampailah PENDATANG ASING TANPA IZIN, apa sebenarnya sudah jadi?? Cuba kita renung-renungkan.....