Wednesday 15 October 2008

WHY SHAH RUKH KHAN GOT A MALACCA DATUKSHIP

Dua Sebab Lain Shah Rukh Khan Di Anugerah Gelaran Datuk

Kalau saya kenal Shah Rukh Khan (SRK) secara peribadi, mahu saya menalipon hero hindustan tu dan ucapkan tahniah kepadanya kerana dikurniakan pingat kerajaan negeri melaka yang membawa gelaran Datuk. Lepas ni kalau kita tengok poster wayang gambar hindustan di mana-mana filem Bollywood jadi ikutan, pasti nama heronya akan tercatit sebagai "starring Datuk Shah Rukh Khan" dan bukan plain SRK aje.
Malam tadi isteri saya bertanya, "bang, kenapa SRK dapat Datuk". Sebagai kakitangan kerajaan pimpinan BN yang taat lagi setia, saya petik laporan media perdana yang berintegriti bahawa terdapat 5 filem Shah Rukh Khan yang penggambarannya dibuat di Melaka telah mengharumkan dan memperkenalkan nama Melaka di mata dunia. Ekoran itu berpusu-pusulah masyarakat dunia terutama dari India yang melawat Melaka. Tak kiralah sama ada depa tu masuk malaysia pakai paspot atau tidak.
Respon isteri tersayang saya yang jawatan ketua kerani dan lulus MCE (bukan SPM tau - SPM tu sekolah melayu) sahaja membuat saya terkedu. "Bang, orang asing yang tengok filem Shah Rukh Khan yang shooting di Melaka tu, tahu ke tempat minah india menari-nari tu di Melaka". Ye tak ye juga kata hati kecil saya.
Lalu saya pun cari DVD cetak rompak filem One Two Kar Four dan mentelaah filem tersebut. Memang ada adegan yang dibuat di Melaka tapi saya tak nampak pulak caption atau pengumuman kat dalam filem tu yang adegan tersebut dibuat penggambaran di Melaka. Betul juga komen isteri saya. Macam mana mamat dan minah luar negeri tu tahu scene berkenaan diambil di Melaka.
Nampak sangat pegawai kerajaan negeri Melaka yang beri penjelasan kenapa SRK dapat Datuk tu, kayu. Lebih teruk dari Nasi Kandar Kayu. Sekurang-kurangnya Nasi Kandar Kayu boleh dimakan. Ini pegawai kayu yang nak dibuat kayu api pun tak mahu menyala.
Siasat punya siasat akhirnya, saya dapat penjelasan yang percaya boleh, tak percaya pun, lagi boleh. Ada 2 sebab lain yang tak diumumkan kepada masyarakat Malaysia kenapa SRK dapat Datuk.
Pertama, ada isteri orang besar-besar Malaysia yang minat SRK. Jadi isteri orang besar ni pun perintahkan kerajaan Melaka supaya anugerahkan idola dia gelaran Datuk. Nanti apabila SRK tahu yang bini orang besar ni yang rekomenkan pingat Datuk, bolehlah SRK telifon isteri orang besar ni dan sembang-sembang dengannya (isteri orang besar). Lalu isteri orang besar ni pun akan rakamkan perbualan dia dengan SRK dan setiap kali adakan rumah terbuka atau kenduri kendara, bolehlah dengan bangga dan sombongnya siarkan rakaman tersebut kepada para hadirin.
Kedua. Cuba imbas kembali nama-nama mereka yang pernah jadi Sultan Melaka. Kita ada Sultan Muzaffar Shah, Sultan Iskandar Shah, Sultan Aliyuddin Riayat Shah. Hah! jadi Shah Rukh Khan, kalau you all nak tahu, adalah keturunan Sultan Melaka lah tu. Itu sebab dapat Datukship dari Melaka dan bukan dari Pahang.
Sama ada betul atau tidak hasil siasatan saya ini .... lu fikirlah sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

waaahahahahahaaa...
u are so funny la, dad!!!

Hakim said...

hahahaha biase la 2

orang nk masok TV