Sunday 24 May 2009

MS ISO

Bukan nak bodek boss tapi aku setuju sangat dengan pandangan beliau bahawa MAMPU nampaknya sedang berhempas pulas untuk justify kewujudan mereka. Minggu lalu (17 hingga 22 Mei) kami berada di Sofitel Resort, Senai, Johor kerana mengikut perintah MAMPU untuk mengISOkan prosedur kerja kami. Seperti biasa dalam PDRM, kita orang kerja sampai malam tanpa overtime untuk menentukan jabatan kami mendapat sijil ISO.

Asal ade aje sistem pengurusan cetusan minda matsalleh, kononnya nak canggihkan sistem pengurusan, MAMPU terkinja-kinja suruh ajensi kerajaan ikut. KPI lah, STAR Ratinglah, Blue Ocean dan ntah ape kejadah lagi sistem. Yang paling peliknya , kalau omputeh tu pandai sangat, kenapa Amerika tak boleh urus sistem kewangan dan ekonomi dia orang sehingga mencetuskan krisis ekonomi yang sedang melanda dunia sekarang.

Aku bukan tak suka sistem-menyetem ni tapi sistem hanya kerangka yang rigid dan mati sahaja. Masa aku darjah enam di Pasir Panjang Primary School, Singapura, cikgu aku beritahu, a system is as good as the individuals who manned the system. Beginilah. Lupakan sistem-sistem ini. Ajar dan didik semua kakitangan kerajaan termasuk menteri-menteri supaya menjiwai kerja yang mereka lakukan dan kaitan tugas dan tanggungjawab mereka dengan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Cuba kau orang semak dengan negara jiran di selatan tanah air kita atau dengan wak-wak di Tanah Abang. Dia orang sibuk ke dengan KPI, Blue Ocean, Star Rating, dll.

Aku bagi contoh. Ikut ISO kami, keputusan sesuatu laporan polis mesti dilaporkan kepada pengadu dalam tempoh 24 jam. Kalau kes sivil, sediakan borang tertentu, serah kepada pengadu untuk pengadu bawa jumpa majistret. ISO tak sebut pun cara mana nak sampaikan mesej tersebut kepada pengadu. ISO cuma kata, beritahu pengadu dan sediakan borang. Itu aje.

Cuma bayangkan senario ini. Pengadu berhadapan dengan pegawai penyiasat (IO). Pegawai penyiasat dah teliti laporan polis. Tak ada elemen jenayah, cuma kes sivil. Sebab nak ikut MS ISO, IO sediakan borang khas kepada majistret dan serahkan kepada pengadu. Tapi dailog masa penyerahan borang khas, macam ini. ”You betul-betul menyusahkan polis, tak tahukah ini kes sivil. Lain kali cari lawyerlah. Jangan sikit-sikit repot polis, sikit-sikit repot polis. Awak fikir kita orang tak ada kerja lainkah?”

Berbaloikah dapat persijilan MS ISO kalau budi bahasa kakitangan ajensi kerajaan mengalahkan samseng jalanan/mat rempit?

So now anda tahu kenapa kadang-kadang Uncle sampai seminggu tak ada posting baru. Hingga jumpa lagi, selamat berISO kepada semua warga PDRM. Pesanan Uncle, anda boleh kerek dengan kuasa undang-undang semasa dalam PDRM aje. Bila pencen nanti, tak ada sekor pun budak-budak polis yang akan datang rumah terbuka Hari Raya anda.

P/S : Sebut pasal sijil ISO, Uncle B tengok orang Malaysia ni, kemaruk sijil. Gotong royong dapat sijil. Jadi pak pacak pada Hari Kebangsaan, dapat sijil dan pingat. Kat pejabat Uncle, tergantong tak kurang 20 sijil. Sijil bodek sahaja yang Uncle belum perolehi. Kalau ikut sijil, paling koman Uncle dah jadi Ketua Polis Daerah di daerah polis gred A.

Chalo!


1 comment:

Anonymous said...

yeah uncle, tell me about it...
we worked our ass out just to fulfill MAMPUS requirement.
at least u get to 'retreat' in Sofitel...kami tido kat sofa bilik ofis saja...