Sunday 31 May 2009

PDRM DAN ISO, LAGI

Baru sahaja tamat dari bengkel ISO di Sofitel Resort, Senai, Johor dari 17hb hingga 22hb Mei, kami meneruskan lagi bengkel yang sama, kali ini anjuran Cawangan Penyelidek & Perancang (entah apa yang diselidik dan apa yang dirancang, aku pun tak tahu) dari 25hb hingga 29 Mei di Legend Resort, Cherating, Pahang.

Sebagai nota sampingan, jangan buang masa dan wang menginap di Legend Resort jika anda berkunjung ke Cherating. Untuk harga yang dibayar bagi bilik yang kononnya deluxe, tidor dalam khemah lagi puas hati. Bak kata rakan sejawat aku, ASP Ang, “haprak punya hotel”. Tak payah cerita banyak-banyak. Bilik teruk, tilam melendut, makanan tak ada variety, harapkan mahal aje.

Aku bukan anak bangsawan, juga bukan seorang kaki haprak tetapi arwah datok aku sebelah emak masih lagi menerima elaun kerabat diraja dan setiap Hari Raya Aidil Fitri tidak ketinggalan menerima kad ucapan daripada arwah bapa Sultan Johor sekarang. Emak aku yang silap kahwin orang kebanyakkan. Tapi jangan salah faham, parents aku berkahwin atas dasar cinta walaupun bercinta style orang dulu-dulu dan aku bangga mendapat Idris Mohd. Nor sebagai bapa. Jadi dalam hal-hal tertentu aku rasa aku masih berjenis lagi. Boleh makan di warong tapi janganlah warong tepi longkang. Boleh tidor di hotel 3 bintang tapi biarlah bilik tidornya sama taraf dengan bilik tidor aku.

Mulanya aku ingin komen lagi pasal persijilan ISO yang telah dihentakkan ke atas kepala warga PDRM walaupun pada dasarnya sebahagian daripada kehendak-kehendak untuk perlaksanaan ISO masih, belum dan akan mengambil masa 200 tahun lagi untuk dipenuhi oleh PDRM.

Sebagai contoh, mengikut manual Quality Management Systems – Requirements edisi ke 4 bertarikh 2008-11-15 di muka surat 6 para 6 (6.1. hingga 6.4) organisasi yang hendak melaksanakan ISO hendaklah menyediakan sumber manusia yang terlatih, sokongan logistiks yang mencukupi dan suasana kerja yang selesa. Macam mana aku nak yakin dengan perlaksanaan ISO dalam PDRM kalau printer yang kami gunakan untuk cetak Manual Prosedur Kerja, mogok selepas mencetak 40 keping muka surat kerana panas, komputer riba yang dibekalkan asyik kena serangan virus kerana entah ape-ape jenis anti virus software yang dibekalkan kepada kami dan bila nak update dari internet, talian internet terlalu laju macam kilat sehingga aku sempat tanak nasi sebelum mendapat connections. Itu kalau dapat kerana selalu memang tak dapat pun. Tak percaya, tanya abang polis yang terpaksa menggunakan komputer untuk menjalankan tugas mereka. Nak ISO amenda kalau duit nak buat apa saje dalam PDRM (bukan setakat bengkel ISO) bukan polis yang pegang, kena mohon kat KDN.

Ada ustaz cakap, Allah akan menghancurkan kaum yang pemimpinnya tidak lagi amanah, ustaz ustazahnya takut berkata benar dan kemungkaran berleluasa. Itu sebab agaknya berlaku perkara yang bukan-bukan yang binatang pun tak tergamak nak melakukannya. Muka depan akhbar STAR, 28 Mei 2009, menjerit, “Hell at home” / “Neraka di rumah” , siap dengan gambar-gambar lagi mengenai kanak-kanak 5 tahun yang didera dengan teruk di hampir keseluruhan badan, muka dan kepala nya oleh ibu kandung sendiri. Yang buat aku control sangat takut termenangis depan geng-geng ISO masa breakfast tu ialah kata-kata anak tersebut kepada doktor yang merawatnya, “Saya sayang mak tapi mak pukul rotan besar”. Mana tak hiba hati.

Pada aku emak bapak macam ibu dan bapa kanak-kanak malang ini tidak layak dibuat isteri dan suami. Kenapalah Allah tak mandulkan dia orang berdua ini. Kejadian di atas menguatkan lagi teori kampungan aku bahawa majoriti so called lelaki dan so called perempuan hari ini kahwin atau menjadi suami isteri bukan kerana hendak membina sebuah keluarga tetapi kerana untuk memuaskan hawa nafsu secara halal semata-mata. Anak yang terjadi selepas sesi pemuasan nafsu itu adalah satu accident sahaja bukan sesuatu yang dikehendaki.

Akhbar Star hari yang sama juga menyiarkan berita bahawa akan menjadi satu kesalahan jenayah jika si suami mengatakan isterinya hodoh atau lain-lain perkataan yang boleh menggangu emosi isteri. Mak Datuk!! itu aje ke yang Kementerian P&P ini boleh buat. Anak kecil kena both physical dan mental torture, depa buat dek, isteri kena komen sikit, sampai bawa isu ke parlimen. Habis tu kalau mula-mula kahwin dulu comel lote, sexy mexy, lepas 15 tahun kahwin dah macam tong drum 40 gelen, macam mana? Aku ingin cadangkan supaya selepas ini dijadikan satu kesalahan jenayah jika suami mengadakan hubongan sex dengan isteri secara paksarela atau hukum suami yang cari perempuan lain untuk keperluan sexualnya (suami) kerana isteri tak mampu atau terlalu busy dan penat untuk memenuhi kehendak suami. Entah, tak faham aku dengan orang perempuan ni. You can’t live with them and you can’t live without them. Pening-pening.

Cukup sampai di sini. Hingga jumpa lagi, InsyaAllah, kalau tak ada tugas outstation yang panjang-panjang, Uncle akan buat posting setiap 2 hari sekali i.e. at least 3 kali seminggu. Bukan tak boleh buat buat posting semasa outstation tapi sebagaimana lazimnya di Malaysia, semuanya mahal. Di Sofitel, charge broadbandnya RM 25 untuk 3 jam. Di Legend, betul-betul potong kepala. RM 6 untuk 3 minit pertama dan 45 sen untuk setiap minit berikutnya. Congak punya congak kena bayar RM 31.65 untuk 1 jam. Agaknya tokeh hotel kena tanggung banyak gundek atau banyak kena kowtim dengan ajensi penguatkuasa.

Bye!!!!!!

1 comment:

Anonymous said...

pe punye mahal lar...tp jgn smpai uncle xkuar new entri dh la..anyway uncle i like 2 read all ur entri...