Wednesday 13 May 2009

SIAPA PENYELAMAT PERAK

Situasi politik di Perak mengesahkan prasangka aku selama ini bahawa Barisan Nasional atau lebih tepat UMNO bukan berkhidmat untuk masyarakat dan bukan pembela bangsa Melayu. Poli-tikus UMNO sebenarnya menjadikan politik sebagai medan untuk mengembongkan bank akaun mereka dan mengumpul harta. Agaknya masih banyak hasil negeri Perak yang belum sempat dibolot oleh BN semasa memerintah Perak dahulu atau kerana kalau projek-projek pembangunan Perak dibuat bawah pemerintahan BN, komisen boleh masuk dalam kantong dia orang (siapa lagi).

Rakyat (termasuk pengundi melayu) telah memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah Perak. Kenapa tidak boleh dibiarkan Perak diperintah oleh PR. Cuma 5 tahun sahaja. Jika PR tidak boleh perform, sistem demokrasi ala malaysia yang diagung-agungkan, akan menentukan yang PR akan diteranjang keluar dari DUN Perak. Atau sememangnya UMNO bimbang mereka akan dikapankan buat selamanya oleh rakyat Perak kerana orang Perak tahu membezakan antara permata dengan kaca.

Kenapa perlu haru-birukan Perak semata-mata kerana nak letak orang UMNO jadi menteri besar. Dah tu bila mahkamah istiharkan Nizar menteri besar, dapatkan pulak stay of execution perintah mahkamah. Yang aku pelik, suruh rakyat Perak hormati undang-undang tetapi awak sendiri yang mempermainkan undang-undang. Soalan. Siapa sebenarnya yang memikirkan kehendak rakyat. BN atau PR?. Kalau akulah, dah lama aku pulangkan balik keputusan kepada rakyat Perak. Buat pilihanraya kecil Perak semula. Itu pun kalau orang-orang BN anak jantan, ada p_l_r. Ini tidak. Berselindong di sebalik undang-undang.

Isu di Perak, yang sedang berlaku di Selangor, tak habis-habis di Kelantan dan ada bunga-bunga di Kedah, juga meyakinkan aku, yang UMNO bukan pembela orang melayu tetapi pelindong superbumis. Setahu aku MB Kedah, orang Melayu Islam, MB Kelantan, ulama Islam berbangsa Melayu, MB Selangor, tokoh koperat Melayu berugama Islam dan MB Perak terang-terang Melayu Islam (bukan mamak).

Kalau dah orang melayu memerintah, kenapa kacau-kacau?. Patutnya kenalah happy sebab orang melayu jadi boss, Ini tidak, tohmah sana, tohmah sini. Macam dalam PDRM. Pegawai Cina dan India jarang-jarang kena tohmah. Yang kena pegawai melayu (selalunya pegawai melayu yang strict), dah tu tukang tulis surat layang adalah orang melayu sendiri. Nasib baik aku ada iras-iras bugis, bukan melayu tulen. Kalau tidak, gerenti dah lama aku ikut tabiat tak senonoh orang melayu.

Adakah semua MB melayu bukan species UMNO, memerintah ikut telunjuk DAP atau India bukan MIC. Oleh kerana itu, orang melayu di negeri-negeri bukan bawah BN ini perlu diselamatkan. Kalau ia pun MB-MB ini boneka kaum bukan melayu, orang melayu hari ini bukan bodoh (kecuali melayu Johor dan Negeri Sembilan, yang masih blur tentang politik sampaikan beruk-beruk, ungka-ungka dan orang utan, yang bertanding atas tiket BN pun boleh menang). Boneka-boneka berbangsa melayu ini pasti akan dibungkuskan oleh pengundi-pengundi Melayu. Sebenarnya aku percaya orang melayu hari ini dah celik mata, siapa sebenarnya yang mengadai maruah orang melayu dan bangsa melayu, sehinggakan bahasa melayu tidak lagi layak menjadi bahasa ilmu.


Sebelum aku stop, aku nak ajak semua orang Melayu termasuk aku, gunakan sedikit akal yang ada untuk berfikir. Adakah apek-apek MCA dan GERAKAN, kacau-kacau kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang. Lu fikirlah sendiri, beb!!

Salam Semerluki, dari Uncle B, yang tahu membezakan antara janda dengan dara.

4 comments:

FIKIR2 KAN LAH said...

AKU TAK SETUJU BUBAR DUN & TAK SETUJU PR MEMERINTAH DI PERAK.


KESIAN LE KAT ORG PERAK TU (WIFE AKU ORG SANA JUGAK ( BUKIT GANTANG). AKU RASA TERIMALAH BN ADA MAJORITI & DEPA MEMERINTAH SAMPAI PRU KE 13 NANTI NAK PANGKAH SAPA PULAK IKIUT SUKALAH..

AKU RASA TAK MATI KEBULUR LAGI RAKYAT PERAK TU KALAU BN MEMERINTAH SAMPAI PRU KE13. TAPI KALAU PR YANG MEMERINTAH MUNGKIN JUGAK TAK KEBULUR TAPI MAJORITI MELAYU PERAK MAU ADA YANG KENA DUDUK BAWAH JAMBATAN SEBAB TANAH DAH BAGI KAT ORG LAIN....KATA SBLM NI BN BYK BAGI TANAH KAT TOKEY CINA, DAH TU PR MEMERINTAH HANG PA NAK BAGI LAGI KAT CINA2 DI KG BARU TU, DEPA DUDUK SITU DULU PUN BRITISH YG BUKA TANAH SBB NAK KURANGKAN PENGARUH KOMUNIS ( DUDUK FREE LE ), KALAU PI "MUGAQ" / TEROKA MACAM ORG MELAYU KAT FELDA TU TAK PA JUGAK.(BRITISH BUKA TAPI "KULI" NYA ORG MELAYU LE DOK MENEBAS KAWASAN TU)

BILA HANGPA BAGI LAGI, LAGI LA BODOH, KAT KG BARU TU KEBANYAKKAN CINA2 TUA JE, ANAK2 DEPA DAH KAYA RAYA....TANAH KAT TEMPAT LAIN BELAMBAK DAH...HA TU BAGI LAGI...LAGI...

BIAQ BN MEMERINTAH SAMPAI PRU13, KALAU DEPA DOK MACAM TU JUGAK BARU TUKAR. BN DAH MEMERINTAH 50 TAHUN TAKDE LAGI MATI KEBULUR ORG PERAK TU, WALAUPUN DEPA PASTINYA ADA MELAKUKAN KESILAPAN TAPI BUKANNYA KELAM KABUT NAK BAGI TANAH SAMPAI 999THN. MUNGKIN DAH KIAMAT DAH WAKTU TU. HANG INGAT SENANG KE NAK DPT BALIK TANAH TU.

NAK ROSAKKAN SESUATU KEJAYAAN TU TAK PAYAH 50 TAHUN SETAHUN PUN DAH CUKUP LA, NI NAK BAGI MEMERINTAH LAGI 5 TAHUN. BAGI PR & BN TU SEDAR SIKIT APA YANG PENTING UTK RAKYAT. KALAU PR MENANG ISU NI, CONFIRM DEPA KATA BAGI TANAH KAT CINA 999TAHUN PUN TAK PA, RAKYAT PERAK SEMUA SETUJU....

Anonymous said...

uncle B... pasan tak dari semua post uncle,bila time hentam melayu terutama artikel berbau politik uncle TAK MENGAKU MELAYU, kata berDARAH BUGIS n bla bla bla... tapi sumtime bila sesekali ada rasa diri tu MELAYU, mengaku plak jadi anak MELAYU.. hm, rasanya uncle ni pun msalah gak ni... krisi identiti lebih kurg la kot... moral valuenya, NASIB UNCLE BUKAN POLITICIAN mcm dorang gak kn??? kot x, agak2 cemana la kn... mxm komen sedara kita yg satu lagi ni, LU FIKIR LA SENDIRI... kdg2 dlm kita merenung slah org lain kita sampai lupa mrenung slah diri sendiri..............

Anonymous said...

Uncle B,
Boringla nak komen pasal politik...
nak tanya apa beza antara janda dgn dara...
please elaborate more on this..

Dang Mewangi said...

Bak kata my third bos, makan biar sekali jgn berkali-kali. hehehee