Sunday 28 June 2009

KAFIR BUKAN KAFIR, ISLAM BUKAN ISLAM


Mengikut akhbar The Sun bertarikh 26 Jun 2009 di muka surat 2, “CHINA RECLAIMS RM14 B OF EMBEZZLED PUBLIC MONEY”. Negara China yang tidak pernah mendabik dada sebagai sebuah negara Islam telah merampas semula RM 14 billion daripada wang awam (wang rakyat) yang digelapkan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang diamanahkan untuk mengurus wang rakyat.


Menurut laporan akhbar itu lagi, jabatan audit negara bukan Islam tersebut mendapati bahawa selain wang yang telah diambil atau dipindahkan secara salah oleh pegawai kerajaan, penyiasat juga mendapati masalah pemberian pinjaman wang yang diragukan (unsafe loans), cuai dalam menjalankan tugas dan insider trading. Pemberian pinjaman bank secara salah berjumlah 21.5 billion yuan juga telah dikesan termasuk mortgage palsu, pinjaman wang kepada syarikat pembangunan infrastruktur sub-standard dan pemberian pinjaman yang tidak selaras dengan polisi kerajaan.

Malaysia, sebagaimana negara China, juga mempunyai Government Linked Companies (GLC) yang menjalankan perniagaan menggunakan wang rakyat. Agak-agaknya lah, pegawai-pegawai Malaysia yang diamanahkan oleh kerajaan yang memerintah Malaysia untuk mentadbir syarikat-syarikat GLC ini, ada tidak melakukan kesalahan-kesalahan seperti pemberian pinjaman wang yang diragukan (unsafe loans), cuai dalam menjalankan tugas, insider trading, mortgage palsu, pinjaman wang kepada syarikat pembangunan infrastruktur sub-standard dan pemberian pinjaman tidak selaras dengan polisi kerajaan seperti di negara China.

Yang menariknya, menurut berita The Sun itu lagi, seramai 30 orang yang terlibat dalam 116 kes telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman. Seramai 117 orang lagi telah dihukum mengikut undang-undang Partai Komunis Cina (PKC). Uncle ingin tahu, di Malaysia ini, berapa ramai agaknya pegawai-pegawai GLC yang telah dibawa ke muka pengadilan dan wang mereka dirampas mengikut peruntukkan Akta Anti Pengubahan Wang Haran Dan Anti Pembiayaian Keganasan 2001 kerana menjahanamkan atau menyalahgunakan wang rakyat. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dah lupa ke tentang penggunaan wang rakyat untuk melawat anak di Australia dan melawat 2, 3, biji Disneyland? Alah! kalau ada pun yang kena dakwa, setakat macai-macai yang ikut perintah sahaja. Big Big Boss yang memberi arahan masih lagi bergelar Yang Berhormat dan kaya raya hingga ke anak cucu.

Mengenai 117 orang pegawai kerajaan PRC yang dihukum mengikut undang-undang Partai Komunis Cina, agaknya 117 orang ni mesti ahli-ahli PKC. Kira-kira macam UMNO lah. Kalau you all masih ingat kes rasuah menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang baru lalu, kalau Khairy Jamaluddin dan Ali Rostam tu pegawai polis, dah lama kena tuduh kerana rasuah tetapi oleh kerana mereka ahli UMNO, rasuah jadi politik wang. Negara kita memang macam ini. Segala yang tak senonoh dari negara luar cepat dicontohi tapi yang baik, bukan main liat nak diamalkan.

Salam hormat dan jumpa lagi dari Uncle B, yang sampai hari ini tidak habis-habis hairan bagaimana sebuah negara Islam yang diperintah oleh orang Islam boleh melaksanakan sistem kafir tetapi sebuah negara kafir boleh mengamalkan pentadbiran ala Islam. Bak kata arwah Ahmad Deedat dari Africa Selatan, “Saya melihat sedikit orang Islam di Eropah tetapi melihat Islam dipraktikkan dengan banyak di sana. Sebaliknya saya melihat banyak orang Islam di negara Arab tetapi sedikit amalan Islam yang dipraktikkan”.

P/S – kalau tak tahu siapa Ahmad Deedat, pergi belajar lagi sampai bergelar doktor falsafah.

2 comments:

Anonymous said...

salam... best! best! haaa...mcm ni le uncle posting pling best... i give u solid 10/10 marks..haha... by the way, ahmad deedat tu saper???mmg lum blajo smpai phD pun...SPM pun lpas stkt cukup2 makan je uncle, tu yg nak jadi polis pun x lepas lepas,kuikuikui..

Anonymous said...

salam... best! best! haaa...mcm ni le uncle posting pling best... i give u solid 10/10 marks..haha... by the way, ahmad deedat tu saper???mmg lum blajo smpai phD pun...SPM pun lpas stkt cukup2 makan je uncle, tu yg nak jadi polis pun x lepas lepas,kuikuikui..