Sunday 18 October 2009

SARKAS

Satu masa dahulu saya pernah berpendapat bahawa PDRM ibarat anjing yang mengejar ekornya sendiri. Sampai kiamat tidak akan dapat. 21 tahun kemudian, tiada sebab untuk saya mengubah pandangan saya itu. Bahkan hari ini saya percaya, PDRM telah berubah menjadi sebuah sarkas dalam sebuah negara ala banana republic.

Apa yang akan saya sampaikan, saya kelaskan maklumat berkelas C6 sahaja. Belum ada peluang untuk saya mengesahkan maklumat-maklumat tersebut tetapi penyampainya adalah mereka yang boleh dipercayai.

Tidak berapa lama lagi, lencana pangkat PDRM akan dinaik-tarafkan. ASP akan pakai lencana DSP i.e. dari 3 paku kepada 1 crown. DSP akan pakai lencana pangkat Supt iaitu 1 crown dan 1 paku sementara Supt macam aku, akan pakai 1 crown dan 2 paku i.e. macam lencana ACP sekarang. Ada rakan kata, lencana aje naik taraf, gaji tidak. Sementara ada yang mengatakan, gaji akan naik juga tapi tunggu dulu. Maknanya lencana pangkat naik dulu, gaji belum tentu.
Saya ada satu komen sahaja. Pengalaman 32 tahun dalam PDRM, terutama sejak akhir-akhir ini mengajar saya bahawa apa pun yang berlaku dalam PDRM adalah ibarat peribahasa Hokkien, ”Chiu Kong Lan Pa Song” (lebih kurang gitulah bunyinya). Maknanya, jika diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris, ”Talk, Talk Make The CXXk Happy Only”. Secara mudahnya, SYOK SENDIRI. Megah dengan lencana pangkat yang boleh menyebabkan bahu rebeh memakainya tapi gajinya lebih rendah daripada tawaran duit kowtim seorang tauke ekor.
Khabar angin kedua yang aku dengar ialah kerajaan telah meluluskan pengujudan 5 lagi jabatan baru dalam PDRM, menjadikan 13 jabatan kesemuanya daripada 8 yang ada sekarang. Ini belum lagi termasuk 3 jawatan Timbalan Ketua Polis Negara. Tentang jawatan ini aku confused sikit. Ada member yang mengatakan, jawatan T/KPN kekal 1 tetapi diujudkan 3 jawatan Assistant Inspector General of Police yang baru atau AIG.

Yang aku dengar tambahan jabatan baru, DIG dan AIG tetapi tidak terdengar pulak tentang pertambahan perjawatan pegawai penyiasat ke, pegawai dan anggota tugas am ke untuk tugas ronda bit, tugas NKRA ke, cegah jenayah ke atau seribu satu macam tugas lagi yang perlu dibuat oleh pegawai penyiasat. Itu belum lagi termasuk tugas menguruskan perkahwinan anak big boss. Apa kata, daripada membina empayar, PDRM memperbaiki sokongan logistik warga PDRM yang hendak bekerja seperti ruang pejabat, air cond untuk bilik aku dan ruang parkir untuk kereta kita orang sebab kita orang tak ada driver nak hantar pergi balik pejabat.

Yang aku dan rakan-rakan yang celik minda nampak sekarang ini ialah struktur organisasi PDRM macam cendawan bom nuklear. Besar di atas, kecik di bawah. General ramai, askar satu atau ramai tauke dari kuli. Haru nak berperang macam itu. Dulu aku ada belajar fasal span of control dalam pengurusan. Kata lecturer, satu bos seeloknya kawal selia 6 hingga 7 orang subordinates sahaja. Dalam PDRM hari ini dah terbalik nampaknya. 6 bos arah 1 kuli. Mana tak sasau dibuatnya.

Cerita terakhir yang aku dengar ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) nak ambil-alih tugas Polis Trafik. Dia orang (JPJ) dah pun dapat perjawatan tambahan 4000 personel ke arah matlamat tersebut. Trafik Polis masih dikekalkan tetapi kerjanya eskot menteri aje. Eloklah tu, Polis Marin dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dah pun dirampas oleh Jabatan Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, esok lusa, elok kita serahkan Unit Udara dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil pulak kepada Jabatan Penerbangan Awam dan Bank Negara Malaysia. Jangan hairan kalau satu hari nanti PDRM jadi macam orang melaka. Ada Tanjung baki Keling, ada Kesang, dipajak, yang tinggal hanya buah sahaja, buah melaka.

Bagi kawan-kawan yang akan bersara sebulan dua sebelum, bersama atau selepas saya, selamat meninggalkan pekerjaan sebagai badut dan menikmati pencen 60% dalam zaman semua naik ini dan bagi rakan rakan yang ada berbelas dan berpuluh tahun dalam PDRM, Enjoy The Circus. Bye!!!!!.

3 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan. Saya rasa Tuan terlupa satu perkara mengenai Melaka. Walaupun banyak tempat yang telah diberikan kepada orang lain (seperti Tanjung bagi Keling), tetapi satu benda yang masih kekal hingga kini yang tidak pernah dan tidak akan diberikan kepada sesiapapun yang juga lambang kejantanan iaitu 'batang'. Batang apa? 'Batang Melaka'.

Anonymous said...

btol la tuan...
tp xpe r...coz tuan dh nk pencen..
kna bdk2 br ni..cedih..
t dh pencen jgn lupa update entri ye...

Dang Mewangi said...

SETUJU DGN STATEMENT TUAN KAT BAWAH NI. SETUJU SANGAT2...struktur organisasi PDRM macam cendawan bom nuklear. Besar di atas, kecik di bawah. General ramai, askar satu atau ramai tauke dari kuli. Haru nak berperang macam itu. Dulu aku ada belajar fasal span of control dalam pengurusan. Kata lecturer, satu bos seeloknya kawal selia 6 hingga 7 orang subordinates sahaja. Dalam PDRM hari ini dah terbalik nampaknya. 6 bos arah 1 kuli. Mana tak sasau dibuatnya. BUAT BOS-BOS.. RENUNGKAN LAH RINTIHAN KAMI, LEBIH-LEBIH LAGI YANG ADA KAT IPD NI....