Tuesday, 16 February 2010

MENANGANI ISU BUANG BAYI

Dalam satu minggu berakhir 15 February 2010, negara telah diterperanjatkan dengan 4 kes buang bayi baru lahir. Sedihnya bayi-bayi yang tidak berdosa itu meninggal dunia. Yang terakhir dijumpai mati dibakar dalam tong sampah di Kuala Krai, Kelantan. Dalam posting blog saya terdahulu saya ada membuat komen mengenai bayi yang dijumpai mati berhampiran sebuah masjid di Melaka. Kali ini saya nukilkan pandangan tokoh-tokoh wanita ternama kita mengenai isu yang sama (dalam tulisan italics), diikuti dengan cadangan saya untuk menyokong pandangan tokoh-tokoh wanita tersebut. So jangan kata saya hanya tahu kondem pandangan tokoh kerajaan tetapi tak tahu memberi cadangan membina.

“Saya dengan rela hati ingin membantu pihak kerajaan menyelesaikan gejala ini, saya mengharapkan kejadian seperti ini tidak berlaku lagi atau berkurangan satu hari ini”.
Datin Seri Rosmah Mansor – sebagaimana dilaporkan berkata oleh Utusan Malaysia Isnin 15 Feb 2010 ms 1

Pada hemat saya kita tak perlu bersusah-susah payah nak cari jalan untuk mensifarkan atau mengurangkan kejadian-kejadian buang bayi. Zina tetap akan berlaku walau sebanyak mana pun program dan ceramah agama disiarkan selagi persekitaran hidup yang diujudkan oleh negara mendorong kepada berlakunya zina. Benda sedap, semua orang nak buat. Dalam keadaan pasangan penzina perempuannya subur, hasil persetubuhan haram ialah anak luar nikah. Jadi, apakata kita halang anak luar nikah dari terjadi.

Kenapa kita tak lakukan apa yang sedang dibuat oleh kerajaan untuk mencegah HIV/AID di kalangan penagih dadah iaitu mengedarkan jarum percuma kepada penagih. Kita beri kondom percuma. Semua kedai 7 Eleven, pusat membeli belah, pusat hiburan, dll, di mana anak-anak muda (terutama melayu) suka melepak, boleh dijadikan lokasi pengedaran kondom percuma. Kalau kerajaan boleh peruntukkan RM 15 billion duit rakyat untuk tampong syarikat melayu (read that as syarikat crony) yang bangkrap, kenapa tak boleh keluar duit sikit untuk beli kondom dan edarkan kepada bakal penzina secara percuma.

Tak ada anak luar nikah, tak ada kes buang bayi. Kan mudah? Justeru itu dapatlah kita menrealisasikan harapkan wanita No.1 kita supaya “kejadian seperti ini tidak berlaku lagi atau berkurangan satu hari ini”.

“Janganlah buat perkara-perkara yang kejam, jika tidak mahu memelihara anak itu dan berasa malu untuk tampil ke pihak berkuasa sekurang-kurangnya letakkan anak itu di tempat yang selamat”.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - sebagaimana dilaporkan berkata oleh Utusan Malaysia Isnin 15 Feb 2010 ms hadapan.

Satu cadangan bernas. Kita ujudkan pusat pungutan bayi yang hendak dibuang. Sediakan satu ruangan khas yang terselindong (untuk elakkan setan betina dan jantan yang nak buang anak dilihat orang dan dengan itu terasa malu) dan selamat untuk meletakkan bayi selama minima 1 jam di lokasi seperti steysen pam minyak, belakang rumah ibadat, belakang sekolah atau di hospital-hospital kerajaan. Ini untuk memudahkan pasangan setan yang hendak membuang anak luar nikah mereka di tempat yang selamat. Kemudian arahkan krew MPV PDRM (yang sentiasa bersedia untuk ikut perintah kerajaan walaupun bukan kerja polis) untuk melawat lokasi-lokasi ini satu jam sekali. Jika ada bayi yang ditinggalkan, ambil dan hantar ke pusat penjagaan bayi luar nikah yang telah diswastakan kepada syarikat-syarikat kroni.

Bukan sahaja PDRM dapat melaksanakan satu lagi aktiviti community policing bahkan dapat membantu Menteri Pembangunan Wanita Dan Keluarga menyediakan kemudahan untuk pasangan penzina “letakkan anak itu di tempat yang selamat”.

“JKM hanya akan berkeras dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap lelaki atau bapa yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas bayi yang dilahirkan itu”. Menurut Shahrizat, kementeriannya prihatin dan amat memahami nasib yang dialami oleh golongan wanita yang menjadi mangsa keadaan.
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - sebagaimana dilaporkan berkata oleh Utusan Malaysia Isnin 15 Feb 2010 ms hadapan dan ms 4.

Hah!!! “nasib yang dialami oleh golongan wanita yang menjadi mangsa keadaan”. Kalau kes rogol di mana mangsa tidak sekelumit pun mengenali perogol, boleh juga diterima oleh akal aku yang benak ini. Ini tidak, sendiri dan dengan rela hati ikut jantan masuk bilik, kemudian bekerjasama dengan sijantan untuk buka baju, lepaskan kancing coli, londeh kain, tanggal seluar dalam dan seterusnya dengan penuh syok membiarkan jantan tak guna tadi menggomol dan menguli tubuh sehingga mata jadi kuyu, nafas jadi pendek dan suara keluar macam orang mengerang sakit sedap aje, masih dikatakan “nasib yang dialami oleh golongan wanita yang menjadi mangsa keadaan”. Astagar!!!! Tak faham aku.

Jumpa lagi dan semoga Sisters In Islam berusaha penuh gigih menjadikan cadangan saya untuk mengedarkan kondom percuma dan menubuhkan pusat-pusat pungutan bayi dibuang, satu kenyataan demi memperkasakan kaum wanita yang telah didiskriminasikan oleh islam.
Byeeee!!!!!

1 comment:

Anonymous said...

Salam tn..
Dalam kes sebegini sememangnya amat menyayat hati bagi kita manusia melihat bayi dibunuh oleh ibu bapa sendiri.. jiwa yang tak berdosa menjadi mangsa...
kerana nafsu ibu bapa, anak luar nikah menjadi mangsa, mmg tak patut... hanya Allah yang mampu menghukum mereka ini...