Wednesday, 3 March 2010

KEPUASAN HINGGA MENJILAT JARI

Selasa 2 Mac 2010 adalah hari yang penuh bermakna dan istimewa buat saya. Akhirnya setelah lebih 5 tahun berlalu, saya menemui kepuasan hati yang dinanti-nantikan. Rasanya macam nak jelirkan lidah kepada seorang bekas KPN dan jeritkan nyeeh! nyeeh, nyeeh!! ke muka bekas KPN ini. Terbukti bahawa tidak semestinya apabila seseorang itu mengetuai pasukan polis negara, dia lebih cerdik dari seorang DSP dan sebaliknya tidak bermakna bahawa apabila seseorang pegawai itu hanya berpangkat DSP, dia seorang yang tonggong.

Awal tahun 2003, saya terlibat secara lansung sebagai pegawai penyiasat kedua merangkap penyelia siasatan merangkap ketua unit yang bertanggungjawab ke atas siasatan terhadap seorang tokoh keparat koperat yang disyaki telah melakukan kesalahan menipu/pecah amanah jenayah. Tokoh keparat koperat ini bukan calang-calang orang. Akhbar-akhbar dan media elektronik negara pernah mengwarwarkan tokoh ini sebagai the rising star of the bumiputera entrepreneurs. Maklumlah businessman melayu yang mengeluarkan komputer pertama Malaysia. Hingga nama syarikatnya terpampang di kereta F1 yang dipandu oleh Alex Yoong.

Begitu terkenal tokoh ini sehinggakan di awal siasatan sahaja, saya telah dihubongi oleh bekas KSU kementerian kami. KSU ini bagus. Dia kata, dia tak mahu kacau siasatan polis kerana polis lebih tahu bagaimana nak siasat. KSU ni cuma kata, tokoh ini adalah kenalan baiknya, seorang usahawan bumiputera yang berjaya dan boleh dipercayai dan kes yang timbul ini bukan sebenarnya satu penipuan tetapi hanya satu cash flow problem. Bukan itu sahaja, seorang bekas Timbalan Pengarah JSJ pernah memanggil saya ke pejabatnya. T/PJSJ ini bagus juga, macam KSU yang saya ceritakan tadi. Dia tak mahu kacau siasatan kami, kata T/PJSJ ini. Sebagai pegawai penyelia siasatan, T/PJSJ ini cuma minta saya tengok-tengokkan siasatan yang sedang dijalankan. Bekas boss saya ini juga menambah bahawa tokoh ini seorang yang berwibawa dan masalah yang dihadapi bukan satu kes jenayah tapi satu cash flow problem sahaja. Apa tidaknya, kata bekas boss saya itu lagi, kerajaan Afrika Selatan sahaja berhutang RM 20 juta dengan tokoh koperat yang sedang kami siasat. Oleh sebab saya rabun jauh, saya terlupa nak tengok-tengokkan kes ini.
Bukan itu sahaja, di awal siasatan, kami telah mengenal pasti 16 syarikat-syarikat lain yang telah ditipu oleh tokoh ini. Jumlah kerugian berjumlah kurang lebih RM 40 juta. Saya dan pegawai-pegawai penyiasat saya berhempas pulas menghubongi CEO-CEO syarikat yang telah tertipu untuk membuat laporan polis bagi memperkasakan lagi kes kami terhadap tokoh ini. Terror tak terrornya, tokoh keparat, oppss! koperat ini, antara jawapan yang saya terima ialah, “tokoh ini well connected tuan, right up to the very top termasuk dalam your PDRM, jangan goyang sampan tuan, tuan hanya seorang DSP (ketika itu), who are you tuan to go against goliath” (perkataan goliath ini saya tambah sendiri, perkataan sebenar yang digunakan ialah orang besar). Jawapan saya mudah, “Don’t worry, you make the report, I’ll do my job”. Yang berani hanyalah seorang usahawan, Mr.N. Sebenarnya Mr.N lah yang terlebih dahulu berani membuat laporan polis sehingga kes ini terbongkar.

Semua nasihat yang saya terima seperti diceriterakan di atas bukan perkara baru bagi saya. Semasa dalam Cawangan Pencegah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, ketika sedang menjalankan serbuan ke atas sebuah sarang pelacuran, saya pernah diarahkan untuk memberhentikan serbuan. Oleh kerana saya pekak sedikit, serbuan tetap saya teruskan. After all, saya pernah diajar bahawa seorang pegawai polis adalah answerable to the law and the law alone. Serbuan ini telah menghasilkan tangkapan 44 orang pelacur dari 4 buah negara.

Semua itu tidaklah menyakitkan hati sebagaimana tergurisnya hati saya apabila menerima panggilan telefon daripada Tan Sri B, seorang bekas ketua polis negara. Tanpa meminta penjelasan daripada saya terlebih dahulu, Tan Sri B (KPN ketika itu) yang pernah saya hormati tetapi tidak lagi sejak lama dulu, telah mengherdik saya. Perbualan telefon antara kami (ceh! wah!! Macam best friend, plak) masih terngiang-ngiang di telinga saya. Lebih kurang begini.
Tan Sri B: Ketua Polis Negara ni”
DSP B : “Assalamwaalaikum Tan Sri” (saya tak ingat sama ada salam saya dibalas)
Tan Sri B: “Kamu yang siasat kes syarikat N”
DSP B : “Betul Tan Sri”
Tan Sri B: “Kenapa kes ini yang kamu beri perhatian dan bukan kes M?”. Belum sempat saya beri penjelasan saya kena sembor lagi. “Ini yang saya tak suka, kamu nak bunuh perniagaan melayu. Saya dengar kamu halang dia pergi ke Dubai untuk urusan perniagaan”.
Belum pun sempat tarik napas, saya kena belasah lagi.
Tan Sri B: “Bawah seksyen apa kamu siasat”
DSP B : “Seksyen 420 KK Tan Sri”.
Tan Sri B: “Ini bukan kes jenayah. Ini kes sivil. Masalah cash flow sahaja. Kamu faham tak apa dia cash flow. Macam mana kamu boleh masuk BSJP!!”. (sebelum jadi JSJK)
Lah! Fikir saya ketika itu, bodoh betul aku ni. Siapalah yang bangang yang hantar budak tolol lulusan Diploma Pengurusan ni masuk BSJP.
Tan Sri B : “Kamu ingat, saya Ketua Polis Negara, bila-bila masa, kamu, Saiful (pegawai penyiasat saya – sekarang di Gua Musang) dan Tan (juga pegawai penyiasat saya - sekarang di Maktab Polis KKB), saya boleh tukarkan 24 jam”. Talian telefon dimatikan.
Perbualan telefon tersebutlah yang telah menghiris hati saya dan menukarkan pandangan saya terhadap PDRM. Dipendekkan cerita, sebulan selepas tokoh keparat koperat tersebut kami tangkap, saya disejukbekukan di Maktab Polis Cheras, Selangor, ASP Saiful (ketika itu) ke Maktab KKB dan beberapa bulan kemudian, ASP Norfazli, (juga seorang pegawai penyiasat saya) oleh sebab takut dengan apa yang telah terjadi kepada kami kerana menjalankan tugas, telah dengan rela hati bertukar ke Petronas. Yang bestnya pertukaran saya ke Maktab Polis Cheras diikuti rapat dengan surat tomahan yang dicipta khas oleh tali barut tokoh keparat ini dalam PDRM. 4 tahun kemudian, pada tahun 2009, barulah saya disahkan bebas dari tindakan tatatertib. Surat pembebasan tersebut telah saya framekan sebagai kenangan manis saya dalam PDRM. Jika tidak, saya yakin telah menyandang pangkat Supt pada tahun 2005 dan sangat tinggi kemungkinan saya sekarang seorang ACP yang menunggu masa untuk cuti bersara 8 bulan dari sekarang. But that is water under the bridge.

Kenapa saya happy sangat pada 2 Mac 2010? Paginya saya menerima SMS dari kenalan yang memberitahu tokoh koperat tersebut telah didapati bersalah kerana menipu dan dijatuhkan hukuman 4 tahun penjara dengan 3 sebatan. Akhirnya sakit hati saya berbalas dan dengan itu dapatlah saya bersara dengan tenang dan aman walaupun hanya sebagai Supt pesara polis. Bangga kerana sebagai melukut di tepi gantang dalam PDRM, saya berjaya berpegang kepada prinsip “a police officer is answerable to the law and the law alone” dan aman kerana mahkamah telah membuktikan saya tidaklah segoblok yang disangkakan oleh Tan Sri B.

Untuk adik-adik Insp yang akan mengharung 20 hingga 30 tahun lagi dalam PDRM, fikir-fikirkanlah. Sepanjang career anda dalam PDRM, adakah anda hendak menjawab kepada undang-undang sahaja dan tiada yang lain kecuali undang-undang atau anda hendak menjadi Hang Tuah yang taat mentonyok buta. Tapi jangan lupa pesan Uncle B, setiap pilihan yang anda buat pasti ada opportunity costnya.

Akhir sekali, salam dari Uncle B, yang tak terasa nak sain untuk pencen 60 tahun dalam PDRM. Byeeee!!!!

1 comment:

Anonymous said...

he..he...tn buat jgk.saya dok tgu jgk dari semalam.he..he..bagus jgk post ni.lepas ni harap tak ada lagi arahan 'mengarut' dari pihak berkepentingan.neighbour yg sama-sama 'terkena' dgn budak kecik di atas giant kj.