Tuesday, 18 May 2010

1 ATUK SATU CUCU VS 100,000 POLIS 1 MALAYSIA


Petang Isnin 3 Mei lalu dari jam lebihkurang 8 malam sehingga jam 8 malam 6 Mei 2010,hampir setiap saat saya berada di bilik 5212, Wad Sang Kancil, Hospital Assunta, Petaling Jaya kerana menjaga cucu yang kena viral fever. Terperanjat dibuatnya apabila dalam perjalanan balik dari pejabat diberitahu oleh menantu bahawa cucu mungkin dimasukkan ke wad kerana suhu badannya (cucu) menjejah 103 F. Kos perubatan termasuk wad single bed selama 3 hari, RM1228.55. Bercerita pasal jaga cucu ni bukannya untuk mendapat pengiktirafan sebagai atuk misali. Sanggup ambil cuti 4 hari untuk jaga cucu. Bukan bukan bukan. Ada iktibar di sebalik cerita jaga cucu ni.

Pertama, jangan terlalu yakin bahawa anda dan ahli keluarga boleh mendapat rawatan /wad kelas pertama jika dimasukkan ke hospital kerajaan kerana anda seorang pegawai kanan polis. Kalau di Kota Belud, Sabah mungkin tapi bukan di bandar-bandar besar Malaysia. More often than not, janji tersebut hanya atas kertas skim perkhidmatan sahaja seperti terjadi pada boss saya semasa saya inspector lagi pada awal tahun 80an dulu.

Bos saya seorang ASP (masa itu pangkat ASP besar, lebihkurang sama dengan ACP sekarang) dimasukkan ke Hospital Umum Kuala Lumpur kerana keracunan makanan. Terperanjat besar apabila kami melawat beliau. Saya bayangkan wad kelas pertama 2 katil sebilik. Sedihnya selama 4 hari dalam hospital, bos saya menginap di bawah tangga wad kelas 3. Ini bukan melawak atau cerita karut macam berita Utusan Malaysia. Alasannya wad kelas pertama penuh dan wad kelas 3 pun dah penuh, jadi terpaksa letak katil bawah tangga. Itu pada tahun 1980 dan saya tidak fikir kemudahan perubatan awam yang disediakan oleh kerajaan BN hari ini berbeza dengan keadaan 30 tahun dahulu.

Fast forward kepada awal tahun 90an. Isteri saya menghidap penyakit dalam perut yang memerlukan pembedahan. Kami pergi ke Hospital Kerajaan di Selayang. Oleh kerana dewan bedah fully booked, isteri saya hanya akan dibedah 6 bulan kemudian. Tidak sanggup melihat isteri derita sakit sementara menunggu tarikh pembedahan, kami mendapatkan rawatan di Hospital Gleaneagles Intan, Ampang. Saya buat muka tak malu minta bantuan kewangan dari mertua dan ipar duai. Dua hari kemudian isteri saya dibedah.

Moral of the story? Fikirkan secara serius untuk mengambil insuran perubatan buat diri sendiri, isteri dan anak. Ambil insuran yang pakai medical card. Semasa anda masih muda, saya percaya premium bulanannya jauh lebih rendah daripada RM370 sebulan yang perlu saya keluarkan sekarang jika ingin mendapatkan perlindungan perubatan sebanyak RM 150,000 setahun dengan bilik RM200 sehari. Kalau anda masih terpedaya dengan janji-janji skim perkhidmatan anda, konon layak mendapat rawatan kelas satu dan sanggup melihat anak dan isteri anda menderita sakit, jangan dengar cakap saya kecuali bapa anda menjadi ajen jual kapal selam.

Sepanjang saya bermastautin di bilik 5212, Wad Sang Kancil, Hospital Assunta, berkali-kali saya menerima panggilan telefon rasmi. Bermacam-macam mesyuarat perlu saya hadiri, walhal pejabat telah dimaklumkan yang saya akan bercuti 4 hari kerana berada di hospital menjaga cucu. Nak salahkan anggota yang menalifon saya, tidak adil kerana beliau hanya menjalankan tugas. Wah emah apa sekali pun bengang juga saya dibuatnya. Udahlah risau dengan demam cucu yang tak kebah-kebah, pejabat pulak buat tak reti bahasa. Saya beritahu anggota tersebut, minta pegawai lain uruskan. Macamlah saya ni terror sangat bab-bab kerja polis sehingga tiada seorang pun pegawai lain yang boleh bikin kerja-kerja tersebut. Anak saya pernah bertanya, kalau abah pandai sangat, kenapa tak pencen sebagai ketua polis negeri?

Moral of the story? Keluarga anda ada anda seorang sahaja untuk menjaga ketenteraman mereka, Malaysia ada 100,000 anggota polis untuk menjaga keamanan dan ketenteraman negara. Itu belum lagi masuk anggota tentera, RELA, Pasukan Pertahanan Awam dan apa ke bendanya lagi pasukan beruniform yang ditubuhkan untuk menjaga Malaysia seekor.

Selamat memikirkan iktibar yang boleh diambil dari posting Uncle B kali ini, yang sedang memikirkan untuk mendapatkan insuran perubatan.

Byeeee!!!

2 comments:

Anonymous said...

"jangan dengar cakap saya kecuali bapa anda menjadi ajen jual kapal selam" hahahaha uncle B nie macam bang hisyam kat http://tukartiub.blogspot.com satu kepala.

Anonymous said...

saya pun tengah bengang uncle. tgh kursus ofis dok call dari pagi sampai ptg. inilah akibatnya kalau bos cuma pandai bagi arahan, bila kita xde semua benda x boleh jalan.