Saturday 1 May 2010

ITS ABOUT TIME WE MAKE A STAND

New Straits Times Jumaat 30 April 2010 melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebagai berkata bahawa anggota polis sukar membezakan sama ada seseorang pemandu kereta itu dewasa atau remaja dalam keadaan yang gelap. Menurut Tan Sri Musa lagi, senjata tidak bererti hanya pistol, parang atau pisau, bahkan sebuah kereta pun boleh dijadikan senjata jika dipandu laju dan merempoh pegawai penguatkuasa atau pengguna jalanraya yang lain. Ulasan sedemikian memang ditunggu-tunggu daripada seorang KPN. Saya percaya bukan niat Tan Sri Musa untuk membela anggota polis yang terlibat tetapi sekadar mengingatkan kutu-kutu yang ingin mengambil mileage, political atau otherwise, daripada kejadian ini bahawa there is always two sides to a coin. Sukar untuk mencari kesepakatan dalam mengintepretasi sesuatu peristiwa yang berlaku kerana setiap orang yang terlibat dalam peristiwa tersebut mempunyai motif dan agenda tersendiri dalam menceritakan semula kejadian yang berlaku. Tidak ada manusia yang mahu mengaku ianya penjenayah.

Saya kesiankan anda jika masih blur tentang apa yang sedang saya perkatakan iaitu mengenai pelajar sekolah berumur 15 tahun yang ditembak mati oleh polis pada jam 2 pagi 26 April lalu dalam satu kejadian kejar mengejar dengan kereta.

Berbalik kepada kenyataan KPN kepada NST, yang paling best ialah apabila beliau bertanya adakah tidak mengapa untuk penjenayah melakukan jenayah sesuka hati mereka sementara pihak polis duduk dan berdiam diri sahaja. Menurut Tan Sri lagi, jika rakyat tidak mahu undang-undang dikuatkuasakan, beliau akan mengarahkan pegawai dan anggota polis supaya berhenti menahan kereta atau menyekat pelumba haram. Syabas Tan Sri. Hari ini dengan hanya tinggal kurang lebih 8 bulan sebelum saya bersara, tiba-tiba terasa bangga kembali menjadi seorang anggota PDRM. You make me stand tall and proud as a policeman, Sir.
Kalaulah semua pucuk pimpinan PDRM hari ini bersemangat dan bersikap tegas dan no nonsense macam Tan Sri, terutama yang masih ada berbelas tahun dalam PDRM dan peluang naik pangkat terbuka luas, bukan setakat 60 tahun, bahkan saya sanggup bekerja sebagai anggota polis walaupun umur bersara dinaikkan ke 70 tahun.

Tidak perlu saya komen lagi tentang kenyataan Tan Sri KPN. Let it stand by itself as to what a police force should be when faced with such a situation. Saya ingin mencelah sikit aje. Bagi mengelakkan insiden polis ganas menembak rakyat yang tidak berdosa berlaku lagi, apa kata menteri arahkan semua pegawai dan anggota polis dibekalkan dengan cota sahaja apabila bertugas. Jika diserang oleh penjenayah yang bersenjata api, baling aje dengan cota atau jika ada kereta yang enggan berhenti selepas diarah berbuat demikian, baling cermin kereta dengan cota. Andainya difikirkan penggunaan cota kayu pun boleh membenjolkan kepala penjenayah, bekalkan aje budak-budak polis ini dengan cota getah. Kalau itu pun masih lagi brutal, buat referendum. Suruh rakyat pilih. Apabila kena samun atau ada kereta dengan orang yang mencurigakan, putar-putar di kawasan perumahan mereka, siapa yang mereka nak panggil untuk membantu, kumpulan hak asasi manusia ke atau polis.

Hingga jumpa lagi dari Uncle B, yang baru sedar kenapa undang-undang menerima kenyataan orang yang nak mati sebagai benar, kerana seperti orang yang nak bersara, they have got nothing to lose anymore.
Bye!!.

1 comment:

Anonymous said...

u said it right.
skg kami merasa was - was dlm menjalankan kerja2 penguatkuasaan walaupun pengalaman prosedur memberitahu tindakan itu betul kerana pegawai atasan yang merupakan saorg manusia tidak semestinya menyukong / membela tindakan tersebut . kecuali mereka ada telor.