Tuesday 28 June 2011

HARIMAU KERTAS

Menteri Pertahanan menjelaskan di parlimen bahawa Tentera Udara Republic Singapura (RSAF) telah menceroboh ruang udara Malaysia sebanyak 2,508 kali sejak tahun 2008. Tahun 2008 purata pencerobohan sebulan oleh RSAF ialah 164 kali, tahun 2009 - 107 kali, 2010 - 18 kali. Untuk tempoh Januari hingga May 2011 sahaja sebanyak 19 pencerobohan telah dilakukan oleh RSAF. Ini bermakna untuk 5 bulan pertama tahun ini sahaja, kedaulatan Malaysia telah dicabul purata 4 kali sebulan oleh RSAF. Bermakna jika Lee Hsien Loong berniat jahat atau ada pilot RSAF yang menjadi ahli Al Qaedah versi Cina, dah banyak bandar di Malaysia bersepai kena bom.

Sikap Malaysia yang diam membisu apabila punggung kena tala amat membingungkan. Tak ada sebiji jet pejuang canggih Malaysia pun yang discramble untuk sekurang-kurangnya memberi peringatan kepada Singapura, bahawa kita juga ada taring dan kuku. Mana pergi kita punya “forward air defence radar” yang sepatutnya dapat mengesan jet pejuang mereka semasa take off lagi. Tidak adakah jet-jet pejuang yang meronda ruang udara kita sehingga dengan senang negara jiran yang bilangan rakyatnya hanya setengah jumlah penduduk Kuala Lumpur sahaja boleh lodeh seluar dan tunjuk pungkok depa kat kita. Khairy Jamaluddin memberitahu Parlimen bahawa sikap Malaysia jauh berbeza dengan Republik tersebut yang akan melancarkan jet pejuang mereka untuk membayangi jet pejuang kita dari take-off lagi.

Sebagai rakyat yang tidak terdedah kepada rahsia-rahsia kerajaan, saya hanya boleh membuat andaian pak pandir bahawa pertahanan udara kita gagal berfungsi kerana kebarangkalian berikut:-

1. General Udara TUDM kena tunggu arahan daripada Cabinet dulu sebelum scramble jet kita kerana kerajaan nak jaga hati Singapura (takut Singapura tarik balik pelaburan di Wilayah Iskandar).

2. Petrol untuk jet pejuang kita dicatu kerana dah naik harga sebab subsidi kerajaan ditarik balik.

3. Jet pejuang kita banyak rosak dan kerajaan tak cukup duit nak beli spare-parts kapalterbang.

5. Jets dan pilot TUDM standby untuk angkut VVIP.

6. Jet canggih kita tidak boleh terbang kerana enjin kena curi.

7. Pemimpin jantan negara kita got no balls.

Sebelum berlalu, terlintas dalam kepala saya. Kita beli kelengkapan pertahanan yang canggih-manggih, mahal bebenor pulak tu, untuk tujuan ape ye? Untuk mempertahankan maruah negara, untuk tayang kat dunia macam orang pompuan tayang pinggan pyrex dalam gerobok kaca atau untuk membolehkan puak tertentu dapat komisen?

Hingga jumpa lagi, kalau jet TUDM tak upaya nak terbang, apa kata kita gunakan 2 bji kapal selam Scorpene kita yang ada untuk jaga kedaulatan ruang udara dan laut Malaysia. Kalau jet Singapura melintas aje, Scorpene TLDM akan timbul dan bagi amaran melalui loud hailer.

“Anda telah menceroboh ruang udara Malaysia berdaulat. Sila tinggalkan tempat ini. Jika tidak, kami tembak dengan senjata Oerlikon ship to air dan kalau masih degil selepas kiraan 3, kami tembak anda dengan peluru berpandu laut ke udara”. Kalau RSAF degil juga, kita lancarkan peluru berpandu tapi pakai peluru berpandu kapor aje atau peluru kapor kata tentera darat. Bunyi kuat tapi gigit takde.

Byeee! hingga episod berikutnya..

No comments: