Sunday 7 August 2011

HEART AND SOUL

Berapa ramai di antara kita yang mengambil masa untuk membaca ruangan-ruangan pojok di media cetak kita, terutama yang bukan media cetak cap kipas? Terselit di muka surat 3, StarBiz 1hb Ogos 2011, ialah ruangan “Monday Starters” oleh kolumnis Soo Ewe Jin, dengan judul “In sports, it’s just about money” – “Dalam sukan, ia hanya mengenai wang”. Kandungan kolum straightforward. Mengenai pasukan bolasepak wanita Jepun menjuarai World Cup Wanita mengatasi pasukan USA.

Yang penting dan sepatutnya dijadikan iktibar oleh ahli-ahli sukan kita dan juga politikus-politikus Malaysia, tak kira dari kumpulan BN, Roket, Bulan atau Mata Lebam ialah motivasi yang mendorong pasukan Jepun untuk menjadi juara dunia.

Sebelum masuk ke padang, pasukan USA telah dijanjikan dengan lebih USD 3 juta seorang dari segi kontrak, bonus dan sponsorship deals. Tidak jauh bezanya daripada apa yang berlaku di kalangan ahli sukan dan ahli politik negara kita. Masuk ke padang atau aktif dalam politik bukan kerana love of the game atau ikhlas untuk mensejahterakan rakyat tetapi kerana kedua-dua bidang, sukan dan politik, menjanjikan pulangan kewangan yang tinggi. Sebab itu kalau zaman 80an dulu, Korea, Jepun dan Singapura getar lutut berhadapan dengan dengan pasukan bolasepak negara, hari ini, pasukan negara-negara tersebut boleh mengalahkan Malaysia dengan bermain sebelah kaki sahaja.

Sama juga dengan ahli-ahli politik kita. Yang memotivasikan mereka bukan dorongan Self Actualization tetapi tahap terendah motivasi Maslow iaitu physiological needs seperti makan, minum tempat tinggal dan sex. Lantas yang dibincangkan oleh pemimpin politik kita ialah projek-projek yang belum tentu boleh dimenafaatkan oleh rakyat tetapi yang 100% dijamin boleh menguntungkan mereka yang mencadangkan dan dikurniakan projek-projek tersebut. Lantaklah kalau projek kaput atau bleeding the country dry kerana yang menanggungnya bukan menteri-menteri yang meluluskannya tetapi rakyat. Jika tidak, masakan kita ada projek perhabis duit rakyat seperti Ternakan Udang di Kerpan, Projek Ornamental Fish di Kelantan, PKFZ , Proton dan Projek Tuna Fishing di Langkawi, antara lainnya.

Berbeza dengan pasukan Jepun, mereka hanya mengharapkan sebiji jam tangan seorang jika menjadi juara. Menurut Norio Sasaki, pengurus pasukan Jepun, “It is not about money, it is about being on the pitch, being part of the world cup. We have not talked about money. But now we have reach the final, maybe a watch; yes, a watch would be nice thing”“Ia bukan fasal wang. Ia mengenai berada di pandang pertandingan, menjadi sebahagian daripada Piala Dunia. Kami tidak pernah memikirkan fasal imbuhan kewangan. Tetapi sekarang apabila berjaya ke pusingan akhir, mungkin sebuah jam tangan: ya, sebuah jam tangan adalah sesuatu yang baik”

Nak meraung hiba saya mendengar kata-kata pengurus Jepun ini, sebuah negara yang jauh lebih maju dari Malaysia. Cuba bayangkan pemain bolasepak negara berkata, “Tak dapat tanah, wang ringit dan gelaran Dato” pun takpe, asalkan dapat masuk pusingan suku akhir World Cup, saya dah cukup gembira. Saya main bola bukan untuk cari makan, saya main bola kerana I love the game”.

Ataupun bayangkan menteri kita berkata, “Saya jadi Menteri bukan untuk jadi kaya. Saya telah mencapai keperluan physiological, safety, belonging dan esteem saya, sebelum saya masuk politik lagi. Jadi saya tak perlu rumah kerajaan bernilai 200 juta atau komisen daripada projek-projek yang menghanguskan duit rakyat tetapi mengenyangkan akaun bank saya. Rumah semi D yang saya beli dulu sebelum jadi wakil rakyat, pun dah memadai. Saya masuk politik bukan untuk buat duit tetapi untuk merencana dan melaksanakan kesejateraan rakyat yang saya pimpin”.

Bagi mengakhiri rencananya, penulis mengulas, “There are many things money cannot buy. And while some may disagree with me, I do believe that money cannot buy real success. For that, you really need heart and soul”. –Banyak perkara yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya tetapi saya percaya wang ringgit tidak boleh membeli kejayaan yang tulen dan abadi. Untuk kejayaan yang jitu, anda memerlukan jiwa dan raga anda”. Fikirkanlah kata-kata pengurus pasukan bolasepak wanita Jepun dan kolumnis Soo Ewe Jin tadi dan bandingkan dengan nawaitu ahli politik dan ahli sukan termasuk ahli PDRM kita. Adakah mereka, “believed in what they are doing” atau adakah mereka lakukan apa yang mereka lakukan kerana ada duit bawah meja. Renungkan.

Jumpa lagi dan betulkan cara berpuasa kita dari Uncle B, yang masih bertahan dengan isteri yang sama selama 31 tahun, walaupun dah montel sikit dan berumur sebab Uncle berumah tangga kerana “I believe in the institution of marriage ordained by Allah” dan bukan kerana Uncle dapat sex halal dan percuma. Byeee!!!!

No comments: