Wednesday 28 September 2011

MUSANG JAGA AYAM

Mulai 1 Oktober, traffic wardens Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mempunyai kuasa untuk menyaman kenderaan-kenderaan yang melanggar peraturan lalu-lintas. Kata Dato’ Bandar KL, langkah tersebut bertujuan untuk melegakan kesesakan laiu lintas di Kuala Lumpur dan menggalakkan pemandu mematuhi peraturan lalu lintas. Ye lah tu!

Sejak bila orang 1Malaysia reti bahasa dan berbudi bahasa. Pada pengamatan saya, belum dan jauh lagi perjalanan sebelum orang kita mencapai taraf manusia bertamadun.

Tetapi ada hikmahnya, saudara-saudari trafik warden ini diberi kuasa untuk mengeluarkan saman. Sekurang-kurangnya boleh membantu golongan yang kurang pendapatan mendapat sumber kewangan tambahan. Takkan nak biarkan polis trafik dan JPJ sahaja memonopoli sumber kewangan tambahan yang ada. Sebelum sesiapa mengutuk saya kerana memandang serong integriti dan kewibawaan orang malaysia, cuba renungkan kes 3 pegawai kanan SPRM yang kowtim/samun duit money changer di KLIA. Bukan sikit dik, RM 960,000, dekat sejuta tu. Kalah budak polis punya pow.

Sebagai sebuah badan penguatkuasa undang-undang yang memantau integriti rakyat Malaysia terutama jabatan kerajaan lain yang mempunyai risiko tinggi untuk disogok, semestinya kita menjangka bahawa setiap manusia yang menjadi warga SPRM, adalah insan terpilih dari segi morality dan integriti mereka sehinggakan tikus-tikus dan para lipas yang merayap, menyelit dan menyelinap di ruang pantry, bilik dan bumbung pejabat-pejabat SPRM adalah dari golongan binatang yang berhemah. Masakan kerajaan pimpinan BN yang telus dan mulus sanggup membiarkan musang menjaga ayam.

Sebab itu saya tidak hairan semasa kerajaan pimpinan BN mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, rata-rata orang malaysia dari yang sekolah attap sehingga yang bergelar professor bersorak ria, happy dan yakin yak amat yang Malaysia akan mencorotkan Singapura dalam ranking corruption index dunia, of course kecuali saya lah, yang faham sangat hati budi pimpinan UMNO yang memimpin negara walaupun saya bukan seorang pandai bijak. Jadi apabila PDRM menangkap dan menahan seekor Asisten Komisioner dan dua ekor Asisten Superintendant SPRM kerana kowtim/samun, saya lah antara yang pertama mendabek dada dan berkata, “See, I told you so.”

Ini dah jadi lebih teruk dari kes musang jaga ayam atau kes pagar makan padi. Kalau dah pegawai tinggi SPRM sendiri tiada integriti, siapa lagi yang boleh diharap untuk awasi integriti rakyat dan pemimpin malaysia. Tapi fikir punya fikir, memang patut pun rakyat Malaysia dapat badan pencegah rasuah yang pegawai kanannya sendiri pulak tu, kena tangkap rasuah. Bak kata orang kampong saya, “You deserved the governance that you get”.

Cuma satu sahaja pinta saya daripada kawan-kawan yang masih dalam PDRM. Jangan biarkan walau sesaat pun pegawai-pegawai kanan SPRM ini berseorangan dalam bilik soal-siasat anda. Bukan apa. takut depa pakat bunuh diri, terjun dari tingkap pejabat polis. Cukuplah setakat tahanan atau saksi SPRM sahaja yang bunuh diri.

Hingga jumpa lagi dari Uncle B, yang dulu, kini dan selamanya, tidak akan percaya dengan cakap-cakap orang UMNO.

Calo!!!!!!

No comments: