Monday 26 September 2011

UNCLE B IS BACK

To all loyal friends cum readers who has rightfully complained that I have abandoned Kaca Mataku, my apologies once again. I last wrote on 11th August 2011 and it’s almost two months now. I could offer a thousand and one excuses for doing so but that would put me in the same league as the Barisan Nasional leaders who gives a trillion sebabs on why they have to remove or reduce subsidies on goods essential to the suffering rakyat but stupidly carries on with non money making mega and ego building projects that bleeds the country dry and does no good to the working class. And I hate to be in the same Hari Raya Open House with BN leaders.

So here I am back again. I initially thought of forgetting about my 10 sen worth of comments on the malaysian state of affairs, and of course, the Royal Malaysia Police. After all, it is extremely frustrating to give air to your thoughts, hoping against hope, that it would create a ripple that would cause a political tsunami more devastating than that of March 2008. Alas, Malaysians are an extremely gullible lot, otherwise how can the African conmen fleeced Malaysians of millions of ringgit through internet scams.

Nak katakan orang Malaysia bodoh, tak juga, sebab dalam negara yang tak seberapa besarnya ni tetapi cakap je besar – Malaysia Boleh konon, kita dah ada beratus-ratus universiti awam dan swasta yang berjaya melahirkan beribu-ribu certificated lemons setiap tahun. Kalau dulu kita baling batu dalam himpunan, teramat tinggi keberangkaliannya, batu tersebut akan kena kepala seorang Dato’, hari ini jika kita meludah dari atas jejambat, gerenti kena kepala seorang graduan universiti.

Masih tak percaya bahawa ramai lagi daripada orang kita, terutama melayu dan terselit juga india dan cina yang masih pandir, masih boleh diperkayukan dan diperbodohkan? Jika orang Malaysia dah pandai berfikir dan mengkaji sejarah, masakan terkinja-kinja, terlompat-lompat dan tersengih bodoh ramai ahli politik kita, orang akhbar, golongan bijak pandai, pemerhati politik , graduan dan mereka yang sekaum dengannya apabila mendengar pengumuman Najib anak Razak, akan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Kalau anda mahu percaya cakap-cakap kosong para menteri BN dan mengundi BN dalam pilihanraya akan datang, teruskan dengan niat tak berapa pandai anda itu. ISA akan diganti dengan Race Relations Act dan Anti Terrorism Act ala Patriots Act, USA (United Satan Alliance) di mana jika anda orang Timur, berugama Islam, pakai serban & jubah, lebih gemar berzikir daripada berkaraoke, anda boleh ditahan sepanjang hayat tanpa bicara kerana anda menepati profail seorang pengganas. Pemimpin Amerika bukan bodoh, sebab tu Malaysia ambil syarikat PR Yahudi yang beribu pejabat di Amerika untuk naikkan imej Malaysia di kalangan rakyat sendiri. Jika mereka (AS) namakan Patriots Act dengan nama American Internal Security Act misalnya, dah pasti rakyat Amerika akan kutuk presiden mereka. Jadi mereka tukar nama undang-undang mereka supaya bunyinya syahdu sikit.

Memang pandai budak Najib ni, umum akan mansuh ISA sebelum pilihanraya, BN akan kuasai parlimen balik dan terus menyonglap duit rakyat. Lepas it ganti ISA dengan Undang-Undang Anti Terrorism yang sebenarnya ibarat menuang air arak dalam botol Sirap Bandung. Adakah Uncle B akan tergula oleh auta budak Pahang ini? Tolong sikit. Uncle belum bodoh lagi.

Bye!! dari Uncle B, yang sampai kiamat akan saspek awek yang kata Uncle B macho dan handsome.

No comments: