Sunday 2 October 2011

MELAYU ATAU ME LAYU

Satu masa dahulu, di era Hang Tuah, bangsa melayu adalah satu bangsa yang gagah dan perkasa. Jajah takluk Empire Melayu (The Malaccan Empire), menurut pengkaji sejarah barat, “were extended from South Thailand to almost whole of Sumaterian Island. The Malaccan Empire had turned from a maritime empire into an entrepôt empire. Other Eastern civilizations such as the Chinese Empire and the Siamese and Western civilizations such as Persian, Gujarat, Arabs and Europeans vastly traded with Malacca.

Dulu, satu dunia orang bertandang ke Empire Melayu Melaka untuk berkenalan dan berniaga dengan orang melayu. Masa itu hanya ada bangsa Cina, India, Arab, Portuguese, Barat dan Melayu. Belum ada istilah bumiputera, Hak Istimewa Melayu atau Dasar Ekonomi Baru. Tanpa tongkat, hak istimewa atau subsidi, orang melayu ketika itu, tetap gagah dan dihormati sehinggakan Maharaja Cina ketika itu, menghantar anak perempuannya, puterinya Hang Li Po ke istana Melaka untuk ditarkol oleh Sultan Melayu Melaka. Begitu hebatnya Bangsa Melayu zaman dahulu. Sekarang Melayu, layu longlai. Kalau tak ada Hak Istimewa Melayu, dah lama barangkali, Melayu hilang di dunia.

Menurut orang melayu No.1 Malaysia, Najib Tun Razak, ‘The 21st century malays should not “hide” behind the proctection of the government. Instead they should be a race that is dignified, well respected and looked up to”. Ringkas cerita, Najib kata orang melayu tidak boleh lagi menyorok di belakang kain sarung kerajaan untuk menjadi satu bangsa yang dihormati dan dipandang tinggi.

Hmm1 Alahai!! Ia mengambil begitu lama, sehingga 3 tahun setelah menjadi seorang perdana menteri, untuk Najib sedar bahawa dasar “protectionism” tidak akan menaikkan martabat Bangsa Melayu, sedangkan saya, sejak menjejak kaki semula ke Malaysia pada tahun 1971, telah tidak berkenan dengan dasar melindungi orang melayu, kerana zaman teenager lagi, saya tahu bahawa dasar tersebut hanya akan menguntungkan orang melayu yang ada kabel atau dalam kata lain, “the elite malays” sahaja. Maknanya, saya ni kira lebih critikal dan lebih tajam berfikir dari para jemaah menteri melayu malaysia yang ada. Kalau tidak, mengapa Najib perlu mengambil masa lebih 40 tahun untuk menyedari bahawa ‘The 21st century malays should not “hide” behind the proctection of the government”, walhal saya telah menyedarinyanya sejak tahun 1971 lagi.

Pahlawan Sparta zaman Illiad Greek, dibesarkan dalam keadaan yang mencabar dan “kasar’ untuk membentuk jiwa dan semangat yang kental sehinggakan 300 pahlawan Sparta berjaya melambatkan pergerakkan perang beratus ribu tentera Parsi di Thermopylae. Pengamal satu aliran karate di Jepun moden akan terjun ke dalam laut yang airnya sejuk membeku pada jam 6 pagi setiap hari untuk melahirkan jiwa yang tidak berdetik ragu apabila menghadapi musuh yang ganas. Latihan untuk anggota unit khas tentera dan polis, jauh lebih lasak dan zalim daripada latihan anggota tentera atau polis biasa. Gerenti Malaysia akan mendapat para komando battalion 21 ATM atau VAT 69 PDRM versi sotong jika dilatih cara akua atau kedi. Orang Melayu Malaysia hari ini tidak dignified, not well respected and not looked up to” kerana terlalu lemak, manja dan lesu dik terlalu lama dilindungi oleh Hak Istimewa Bumiputera.

Hingga jumpa lagi, Salam Semerluki dari Uncle B, yang getik nengok jantan muda bangsa melayu hari ini yang takut kena hujan sebab takut pening kepala dan takut nak berbasikal sebab tak tahan panas. Uweeekkkk!!!!!

Wassalam.

No comments: