Tuesday 3 April 2012

BUKAN UNTUK KITA

Saya tidak pernah ke Korea Utara tetapi kalau apa yang saya baca, dengar dan lihat di media massa mengenai Korea Utara (KU) adalah benar dan yang benar belaka, apabila melihat ke negara sendiri, saya rasa dah macam di Korea Utara pulak. Khabarnya di Korea Utara ada semacam personality cult. “The Great Leader”, propaganda machine KU mengelar presiden-presiden dema. Merata-rata terpampang gambar presiden KU. Ke hulu ke hilir, dicanangkan, kerana presiden lah rakyat KU dapat hidup seperti mana mereka hidup sekarang. Ringkasnya, rakyat Korea Utara terhutang budi dan nyawa kepada presiden mereka.

Akhir-akhir ini, di Malaysia, buka aje akhbar, gambar Najib, buka aje TV, gambar Najib lagi. Hinggakan bila saya buka aje Radio Klasik FM untuk nostalgia sikit semasa terperangkap dalam satu lagi jam kereta (bukan strawberry jam) yang dibawa oleh kerajaan pimpinan BN, pada pagi 3 April 2012, berkumandang pula cerita bagaimana Najib telah mentransformasikan negara. Saya tutup radio.

Besar kemungkinan yang sedang gah sana gah sini fasal “keterroran” Najib dan BN ini adalah tanda-tanda pilihanraya dah hampir sangat dan Malaysia akan kiamat tidak lama lagi kalau rakyat silap pangkah. Memandangkan pilihanraya umum ke 13 is just around the corner, nak royak sikit kat abeng-abeng, adik kakak yang bakal mengundi nanti.

Terlebih dahulu, saya nak story sikit fasal cerita “Walking Tall: The Payback”, kat TV yang saya tengok last week. Cerita simple aje. Pasal sebuah bandar kecil di US. Ada kapitalis yang nak beli tanah penduduk untuk buat projek mega. Kalau tak nak jual, pemilik dicederakan atau diancam sehingga terpaksa jual tanah. Ada polis korup yang bantu kapitalis tadi. Dan seperti di Malaysia, ada juga polis lurus (tapi bodoh) yang cuba dedahkan segala kepincangan dan kesalahan tetapi telah dibunuh. Part bunuh-bunuh kerana nak lenyapkan orang lurus ni, tak tahu pula saya jika ianya ada berlaku di Malaysia. Main bom bom untuk lenyapkan scandal, adalah.

Dalam cerita tersebut ada satu baris dailog yang diucapkan oleh anak sheriff lurus yang kena bunuh (lakonan Kevin Sorbo) yang membuat saya terpegun. Dalam satu scene, seorang pegawai FBI menasihati hero (anak sheriff) supaya jangan bertindak melulu kerana ada sistem keadilan. Hero membalas dengan berkata, “Justice has two words. Power and money. Have both and you will have justice - Keadilan mempunyai dua perkataan. Kuasa dan wang. Punyai kedua-duanya dan anda akan memperolehi keadilan". Itu yang buat hati saya hati tersentak. Rupa-rupanya dalam perkara-perkara yang tidak senonoh dan jelek, Malaysia setaraf dengan Amerika Syarikat.

Itu sebab apabila tiba hari mengundi nanti, buatlah pilihan yang tepat. Untuk pengundi muda yang baru belajar mengundi dan untuk veteran mengundi seperti saya, ingatlah bahawa, “When you vote, you are not voting for yourself, You are voting for the future. Your X today on the ballot paper will determine the Malaysia that your grandchildren will live in tomorrow”. Apabila anda mengundi, anda bukan mengundi untuk diri sendiri. Anda mengundi untuk masa depan. Pangkah X anda pada kertas undi hari ini akan menentukan corak Malaysia yang akan cucu cicit anda diami di masa hadapan.

Selamat memangkah dengan bijak dari Uncle B yang syukur Alhamdullillah ingat pesan orang tua masa memilih isteri 32 tahun yang lalu, bahawa “Wanita yang montok, sexy giler dan hebat hingga menjilat jari di ranjang malam ini, tidak semestinya menjanjikan rumah tangga yang aman bahagia dan mengujakan sepanjang hayat”.

No comments: