Saturday 21 April 2012

NENEK MALAYSIA & NENEK TAIWAN

The Sun, 18 April 2012:

Di Miri, Sarawak, seorang lelaki berlari sejauh 3 km ke hospital apabila mengetahui yang ibunya telah dihantar ke sana setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Malang, sebaik sampai ke hospital berkenaan, ibunya yang berumur 62 tahun telah meninggal dunia.

Ini contoh seorang filial son, anak yang berhati mulia, yang menghargai pengorbanan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya sehingga sanggup berlari 3 km untuk melihat keadaan ibunya.

Kenapa kena berlari, tak ada bas atau kereta atau teksi atau basikal ke? Bukankah Miri sebuah bandar minyak dan bukan kampong. Hospital tu dekat ceruk mana sehingga kenderaan darat tak boleh lalu dan kena berdayung untuk ke sana? Kalau tak ada jalan ke hospital kenapa tak buat jalan.

Inilah padahnya kalau membuat sesuatu perkara dengan ada hidden agenda atau untuk kepentingan peribadi. Saya difahamkan SPAD ditubuhkan untuk memperkasakan sistem pengangkutan darat Malaysia. Adakah Sarawak bukan sebahagian dari Sarawak. Kalau setakat nak saman teksi, bas dan lori, buat perabih beras aje. RELA pun bulih buat. Dapat juga dia orang buat duit luar sikit.

The Sun, 18 April 2012:

Seorang wanita Taiwan berusia 62 tahun telah membelanjakan RM ½ juta untuk kelihatan muda. Wanita tersebut, Lin Ling Zhu, merasa terhina apabila seorang pekerja pub yang dikunjungi, bertanya kepadanya sama ada beliau ingin mencari cucunya. 2 tahun selepas menjalani beberapa siri pembedahan kosmetik, beliau kelihatan 10 tahun lebih muda dan sekarang kata Lin, pemandu taxi pun terlior untuk menguratnya.

Saya tidak pernah menyembunyikan umur sebenar saya atau buat kosmetik surgeri. Untungnya dengan izin Allah s.n.w., saya dikurniakan wajah dan susuk tubuh yang orang kata (bukan saya kata) kelihatan 10 tahun lebih muda dari sebenarnya. Malahan saya kadang-kadang kena tunjuk IC untuk buktikan yang cucu saya sebenarnya memang cucu dan bukan anak bongsu saya atau anak dengan bini muda. (saya satu isteri ahh!!). Sekarang pun kalau saya beritahu orang yang saya pesara polis, dia orang mesti bertanya. Bersara optional ke dan kenapa muda-muda dah bersara. Apa nak buat, dah awet muda.

Waemah apa sekali pun, bak kata arwah atuk saya, “a man is only as old as he feels”. Kalau umur baru 40 tahun tapi kehendak seminggu sekali, lebih baik umur 60 tapi kepingin 2 hari sekali.

Sama juga dengan nenek di atas tadi. Tiada guna berbelanja ½ juta ringgit untuk kelihatan 10 tahun lebih muda tapi takde nafsu untuk diromen. Ibarat kereta lama yang boleh dihidupkan enjin dan dipandu keliling kampung tetapi tak boleh dihenjut, pecut dan dilipat.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang lebih rela beristerikan wanita yang tak seksi tetapi hendak hari-hari daripada dapat isteri yang sexy dan menggiorkan giler tetapi mahunya sekali-sekali.

Byee.!!!

1 comment:

Anonymous said...

Salam tuan.

Saya yakin, matlamat utama untuk menulis di dalam blog ialah bermakna untuk menzahirkan apa yang terbuku di dalam hati. Tepat, salah, betul, fitnah, tipu atau dakyah, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Tidak kurang juga, ramai penulis blog yang suka menceritakan tentang diri sendiri, dia saja yang betul, bersih, hebat dan sebagainya.

Tetapi ini tidak salah dalam era hari ini. Tak salah memuji diri sendiri. Tak salah, kerana era teknologi yang dibawa memungkinkan semua ini berlaku. Cuma keanehannya satu, dia suka menulis, tetapi kita tidak gemar menjawab apa yang orang tulis balas kepada kita.

Mentaliti mengangap diri sendiri lebih bagus, mengangap Singapura lebih hebat, mengangap Anwar handal (walaupun kegiatan liwat disahkan oleh Mahkamah) adalah tanda-tanda 'kebebasan' di dalam bersuara.

Hingga akhirnya kita lupa, bahawa asas dalam penulisan ini sendiri. Bahawa sebenarnya kita bertujuan membawa negara ini, bangsa ini kearah kebaikan dan kemuliaan, bukan sebaliknya.

Malangnya, seperti mana ramai orang lain, TUAN sendiri terperangkap dengan ilusi berkenaan.

Terima kasih tuan.