Sunday 6 May 2012

LIKE FROG UNDER COCONUT SHELL


Perkara yang paling menjengkelkan mengenai kebanyakkan orang Malaysia terutama sekali para pemimpinnya, ialah apabila dibangkitkan kelemahan-kelemahan yang ketara, bukannya mahu mengakui kelemahan-kelemahan tersebut wujud tetapi sebaliknya menyerang si penyampai khabar dan mengambil langkah “katak bawah tempurong”, - Ini dunia yang aku tahu dan dunia aku adalah betul sebetul-betulnya”.

A case in point. Saya puji sistem pengangkutan awam darat (SPAD) Singapura yang efisien berbanding Malaysia yang keliru maru. Jawapannya, Singapura kecil berbanding Malaysia. Apabila dihadkan perbandingan kepada SPAD Singapura lawan SPAD Lembah Klang atau lawan SPAD Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang cuma 94 km persegi luasnya berbanding Singapura, retortnya lagi hamlau. Kalau Singapura bagus sangat, baliklah ke Singapura, kenapa menetap di Malaysia. Ini yang saya maksudkan mentaliti frog under coconut shell. kalau begini caranya, BN memerintah sampai kiamat pun Malaysia takkan dapat status negara maju. Kalau dapat pun setakat pada nama aje, isi elek.

Itu sebab daripada 208 negara dunia yang diranking oleh FIFA, Malaysia corot di kedudukan 156, bawah dari atau hanya mampu cium bontot Bangladesh dan Surinam. Dua negara yang tak pernah pun terdengar fasal kebolehannya menendang bola. Macam mana tidak begini jadinya kalau presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan sendiri kena gantung minima 18 bulan kerana buat komen membina tentang mutu bola sepak Malaysia. Satu lagi contoh sikap bodoh pemimpin pentadbir Malaysia yang lari menyorok bawah buku undang-undang apabila berhadapan dengan kenyataan pahit. Bukan membetul kelemahan tetapi menembak mati si pembawa khabar.

Yang cantiknya di Malaysia, sikap menyerang si penyampai khabar dan mengambil langkah “katak bawah tempurong” digandingkan dengan tabiat memutar-belit yang menjadi salah satu senjata ampuh untuk mengalih pandangan masyarakat yang sedia malas berfikir, pekak badak dan buta mata daripada melihat, mendengar dan merasai, sampah sarap, hanyir dan kekotoran yang sedang menjalar dan meresap dalam kehidupan seharian mereka.

BERSIH 3.0 adalah mengenai pilihan raya umum ke 13 yang bersih dan adil. Itu sahaja yang diinginkan oleh hampir 300,000 orang yang menyertai perhimpunan tersebut. Tak guna kita mengimbas balik apa yang telah berlaku. Benda dah berlaku. Kita tak boleh patah balik pusingan jam. Peserta BERSIH ada yang bertindak ganas (betul peserta BERSIH atau ajen anjing kerajaan, hanya Allah Yang Maha Mengetahui) dan polis juga bertindak ganas, malahan lebih ganas menyondol dari babi hutan.

Yang peliknya, peserta BERSIH yang kononnya ganas diumumkan dalam akhbar tetapi polis trafik yang acu pistol kepada orang awam yang tidak bersenjata tidak pulak dituduh di mahkamah. Kalau akhbar boleh siar gambar keganasan BERSIH kenapa pula tidak siarkan gambar keganasan polis yang melampau. Yang pelik bin hairannya, sejak bila matlamat BERSIH bertukar daripada mahukan pilihan raya umum yang bersih kepada berniat untuk menggulingkan kerajaan. Kalau ini bukan satu lagi kelentong dan pembohongan besar tajaan Barisan Nasional, saya tak tahu apa lagi nak kata. Kalau itu pun anda tidak sedar, lebih baik anda terjun dengan payong ceti dari bangunan ibupejabat PDRM.

Salam sayang dan selamat mengundi dari Uncle B yang tidak pernah lupa pesanan atuk, “Cuma mereka yang bathil yang takut kepada bayang-bayang sendiri”.

Byee!!!!!.

4 comments:

Anonymous said...

Salam tuan, saya memang menantikan hujah tuan tentang BERSIH 3.0. Termasuk gambar nyonya tua yang pernah tuan tepekkan di blog tuan, semasa nyonya ini menyertai BERSIH 2.0.

Saya terlibat dalam BERSIH 1.0 dan 3.0. Saya terlibat dalam era reformasi. Saya terlibat dalam Hindraf. Izinkan saya komen mengapa anggota trafik itu mengacukan senjatanya. Tindakannya akibat motorsikalnya ditolak jatuh dan beliau dicederakan. Tindakannya serupa seperti mana seorang pegawai PDRM yang mengeluarkan senjata dan melepaskan tembakan amaran semasa era reformasi dulu. Saya pasti tuan kenal beliau kerana tuan masih berkhidmat ketika itu. Sengaja saya tidak menukilkan namanya. Saya yakin, sebagai bekas pegawai polis, tuan pasti tahu, ada peruntukan undang-undang untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda milik pasukan.

Negara ini sudah lama maju. Yang tidak mahu maju ialah manusia jenis seperti tuan yang melihat perkara yang buruk tentang rumah sendiri. Gemar melihat kecantikan rumah orang lain, tetapi menghina rumah milik sendiri. Atas alasan konon untuk berubah jadi baik. Soalannya, apakah tuan sendiri lebih baik dari orang lain? Saya yakin tidak.

Aneh sekali, bilamana kita gemar menulis blog dan menyerang segala jenis pemimpin kerajaan, kita tidak pula bersedia diserang dengan idea? Kebebasan apa yang tuan perjuangkan? Hak apa yang tuan cuba pertahankan?

Saya menghormati tuan kerana pengalaman tuan dalam pasukan. Tetapi saya tidak boleh bertolak ansur sekiranya tuan yang punya pengalaman 30 tahun dalam pasukan terlupa bagaimana nyawa seorang anggota trafik diancam. Beliau bukan bertugas sebagai anggota FRU. Tugasnya mengawal lalulintas tetapi beliau diserang oleh puluhan orang yang agresif.

Bersih pada asalnya tidak bertujuan untuk merampas kerajaan. Tetapi cuba menanamkan keyakinan bahawa kerajaan menipu undi dalam pilihanraya. Jika Ambiga punya maruah, beliau akan menghentikan BERSIH kerana beliau telahpun lumat dikerjakan oleh KJ dalam debat sebelum itu. Beliau tidak mungkin mampu menjawab persoalan undi hantu - kerana ramai orang negeri lain yang balik kampung hanya undi mengundi.

Ada unsur untuk memastikan BERSIH 3.0 menjadi tragedi berdarah. Pengalaman FRU mengekang bencana seperti ini amat dipuji. Tidak seorang pun pernah terkorban akibat tindakan pihak PDRM, sejak zaman reformasi. Apakah tindakan untuk menawan Dataran Merdeka tidak menyerupai tindakan seperti di Medan Tahrir??

Ohh.... siapakah yang berada di "FROG UNDER COCONUT SHELL?"

Alan.

Anonymous said...

Sekejap sekejap..... 300 ribu? Angka mana tuan dapat? Statement Anwar? Hehhehehehe

Alan

Anonymous said...

cakap ta guna akai kata org utara ni la dia bekas polis kecewa..dan penuh dgn perasaan hasad dengki

sahabat said...

pasai apa la tuan jadi macam ni....