Wednesday 17 September 2008

WHO CARES A F X X X.


WHO CARES A F X X X.

Sehingga fikiran yang waras dan rasional ujud di kalangan mereka yang berkuasa dalam negara Malaysia yang serba boleh ini, saya tidak bercadang untuk menyiarkan lagi dalam blog saya ini sebarang pandangan atau pendapat tentang apa yang telah dan sedang berlaku di sekeliling saya. Sebenarnya banyak kali saya telah ditegor oleh boss, rakan, malahan oleh isteri saya sendiri supaya simpan sahaja pandangan saya dalam hati. Takut apa-apa terjadi.

Apa tidaknya. Akhir-akhir ni ramai sangat bloggers yang kena panggil dek polis. Kena tangkap bawah ISA pun ada. Saya ada isteri, emak saya masih hidup lagi, adik beradik ramai, anak, menantu, cucu pun ada. Mungkin mereka tak perlukan bantuan kewangan saya. Malangnya kalau apa-apa berlaku pada saya, mana dia orang nak letak muka. Malu Yob, satu kampong. After all kalau saya fikir-fikirkan, apa yang berlaku di negara kita hari ini adalah angkara rakyat malaysia sendiri. Diberi kuasa memilih setiap lima tahun sekali, pilih juga muka-muka yang ada hari ini untuk jadi wakil rakyat. Jadi salah siapa kalau bukan salah rakyat sendiri. Bak kata matsalleh, you make your bed you lie on it. Anda yang bega-bega katil dan bilik tidur anda, anda tidurlah di dalamnya. Kalau anda biarkan bilik tidur anda bersepah-sepak macam bilik kucing beranak, anda tidorlah sendiri dalam keadaan yang berserabut tu. Salah sendiri. Begitulah dengan negara kita ni. You deserve the Malaysia that you get.

Saya akur ada kalanya bilk tidur, kita tinggalkan kemas, bersih dan romantik, siap dengan tea lights dan wangi-wangian lagi. Tapi bila kita lepe, anak masuk dan sepah-sepahkan. Bukan salah kita tu. Budak-budak. Yang boleh kita buat, rotan anak kita kerana kecahkan bilik. Betul tak?

Tapi apa kata kalau anak kita yang rajin kemaskan semua bilik tidor dalam rumah termasuk bilik tidor mummy dan daddy tapi mummy dan daddy tu yang kaki selekeh. Masuk bilik tidur, tukar baju, lepas tu campak seluar kecik dan sarong tetek sana-sini. Boleh ke anak tu tegor atau nasihat mak ayah jenis pengotor macam ni? Cuba kalau berani, silap hari si anak kena curfew dalam rumah, tak pun kena penampar. Inilah masalahnya dengan negara kita ini. Kalau tak faham lagi apa yang saya kiaskan ni, pergi menuntut di Gunong Ledang. Tu …. kira tempat pengajian tinggi lah tu.

Jadi siapa saya yang nak ambil berat, beri pandangan seposen saya tentang negara yang saya diami dan organisasi tempat saya cari makan ni. Lantak dia oranglah apa nak jadi. Yang penting kerjaya saya selamat dan tiap-tiap bulan saya dapat gaji. Kalau nak jadi hero tapi keluarga dan diri terseksa buat hape. Ada orang ke nak jaga keluarga saya. Gerenti tak ada punya. Tak kena kutuk pun dah baik.

Lepas ini blog saya akan memuatkan cerita-cerita macam cerita Mona Gersang dan hentai 3X aje. Kalau ada yang tak tahu apa tu cerita Mona Gersang, sah anda lahir tahun 80an. Alah!!! lawak aje. Takkan I nak siar cerita lucah you. Tak kuasa. You all tak tahu ke yang Malaysia ini sebuah negara yang penuh discordant. Perselisihan. Malaysia Boleh tapi dalam masa yang sama banyak perkara Tak Boleh. Buleh buat bangunan tertinggi dunia (sekarang tak lagi) tapi tak boleh maintain infrastruktur yang ada. Roboh sana, bocor sini. Kata kerajaan telus tapi masih ada negotiated tender. Dulu zaman saya inspektor percubaan dapat juga tengok tarian bogel Rose Chan dekat Wisma Central, Ampang. Sekarang tak boleh. Haram tengok barang bukan muhrim. Tapi kawan-kawan saya kata video clip tentang budak-budak perempuan melayu belasan tahun pakai purdah pulak tu, dapat A dalam ilmu hisab melambak. Ini apa dah jadi, bukan discordant ke tu.

Jadi mulai sekarang, saya akan ambil pendekatan jaga orang nombor satu dulu dalam hidup saya. Siapa orang tu? Akulah!! Mengenai hal-hal lain, negara ke, organisasi ke, rakyat ke, bak kata matsalleh lagi …… WHO CARES A F X X X.

Tapi berapa lama ahhhh aku boleh tahan jadi pak pacak?

P/S.

Kalau Malaysia ada 10 orang man or woman of principle macam Zahid Ibrahim yang sanggup letak jawatan kerana prinsip, nescaya kita boleh kalahkan Singapura dari segi pembangunan fisikal dan sosial.

Sementara menunggu episod selanjutnya, salam XXX dari saya.

No comments: