Monday 15 September 2008

BUNUH PEMBAWA BERITA BUKAN KAJI BERITA YANG DIBAWA

Lewat petang Sabtu 13 September 2008 baru tergerak hati saya untuk mencapai senaskah The Star, Sinar dan Siasah. Biarlah. Bak kata P.Ramlee, saya kadang-kadang sahaja membeli akhbar aliran perdana. Membaca free adalah, itu pun hanya tajuk berita sahaja. Pada saya, akhbar aliran perdana terutama Utusan Malaysia hanya menyajikan cerita yang menteri BN nak dengar sahaja bukan yang patut kerajaan dengar. Tak lebih dari pembohongan demi pembohongan.


Akhbar Siasah yang keluar dua minggu sekali lain sikit. Asal nampak saya beli. Kalau ikut hati, saya nak beli setiap kali keluaran tapi akhbar yang kritis macam Siasah tak ramai vendor yang berani jual. Takut orang BN terutama yang dari spesis UMNO murka. Silap hari lesen berniaga kena tarik balik atau nasib suey kena tahan bawah ISA. Begitulah demokratiknya negara tercinta kita ini.


Berbalik kepada cerita tiga akhbar tadi. Semuanya memuatkan berita Theresa Kok, seorang pemberita akhbar Cina dan Raja Petra Kamaruddin kena tahan bawah ISA. Senang betul kerajaan Islam Hadhari ni. Tak berkenan aje, guna ISA. Semestinya dengan alasan setan-setan yang kena ISA tu menggugat ketenteraman awam. Tu budak-budak baghal UITM yang berdemonstrasi menentang pandangan Menteri Besar Selangor untuk buka UITM pada Cina dan India, kenapa tak tahan bawah ISA. Tindakan pelajar tak berakal tu tak mengancam ketenteraman awam ke. Apa kata orang Cina dan India yang lalu lalang kat tempat educated morons tu menunjuk perasaan, baling batu dan botol kat depa. Marah kerana orang melayu cuba sekat hak Cina dan India nak belajar. Tak haru dibuatnya. Gerenti gaduh punya.


Bukan saje tak tangkap bawah ISA atas alasan tindakan mereka boleh mengancam ketenteraman awam, pancut dengan air kencing pun tidak. Apa...?? Malaun-malaun tu dapat permit polis? Aeiie! senang pulak dapat permit. Tolonglah, boleh tak pihak berkuasa bersikap adil dan professional sikit. Macam mana rakyat nak hormat kat kita kalau kita tak menghormati diri sendiri. Senang cerita macam nilah. You all boleh hormat kat GRO ke. Siapa yang selit RM100 kat celah tetek GRO, kat riba mamat tulah dia orang (GRO) duduk.


Berlori-lori saya mencarut petang tu. Berjela-jela sumpah seranah. Habis agaknya pahala puasa. Mana tak maki-hamun. Wakil rakyat BN yang timbulkan isu perkauman tak ditahan bawah ISA tapi yang melaporkan kena tindakan. Pendedahan akhbar Sun tentang penyelewengan demi penyelewangan yang dilakukan oleh kerajaan tidak disiasat oleh BPR yang kononnya bebas, sebaliknya akhbar tu pulak kena tunjuk sebab mengapa permit penerbitan tak boleh ditarik balik. Tapi yang paling memualkan adalah pasal akhbar yang bakal kena tarik balik permit kerana siar berita KPN lumpuh lepas buat bypass. Ya! Rabbi. Apa dah jadi negara ni.


OK lah, so pemberita tu buat silap. Tak semak, siasat dan kaji sumber berita tu dulu. Sama ada sahih atau bohong. Kenapa tak arah akhbar berkenaan buang kerja pemberita yang buat kesalahan tu aje. Kenapa akhbar tu pulak nak kena tindakan. Ape, ajensi kerajaan tak buat silap ke. Kalau macam tu, kenapa tak tutup Maybank kerana beli saham Bank Indonesia International dengan 5 kali ganda harga pasaran dengan menggunakan duit rakyat. Apa kata beri surat tunjuk sebab kepada Bank Negara mengapa perkhidmatan mereka tidak boleh diambil-alih oleh Bank Pembangunan Singapura kerana satu masa dulu pernah terlibat dalam spekulasi mata wang hingga menyebabkan kerugian wang rakyat bernilai berbilion ringgit. Saya cadangkan Bank Pembangunan Singapura kerana saya perhatikan kerajaan kita ni macam abang adik dengan Singapura. Agaknya sampah orang singapura pun kita beli dengan duit rakyat Malaysia kalau kerajaan Singapura tawar untuk jual. Kalau tidak takkanlah kita sanggup beli saham tak laku Bank Indonesia Internasional dari Temasik Holdings dengan 5X ganda harga pasaran.


Akhir-akhir ni tekanan darah saya selalu tinggi. Ada masanya mencecah 140/105. Kata doktor bahaya tu. Boleh meletup urat kepala. Tapi apa nak buat. Aku duduk kat Malaysia yang Islam pada kulit bukan pada isi. Kalau Islam betul, masakan berlaku hal-hal macam yang baru aku omelkan tadi. Aku malas nak komen lagi pasal tu. Menulis catatan ni pun dah buat aku menggigil geram.


Saya pulangkan episod tadi untuk pandangan anda yang lebih academically qualified dari saya. Bak kata siri komedi TV tu .... LU FIKIRLAH SENDIRI, NABIL. After all this country is already , if not fast becoming one big joke among the sovereign countries of the world. Kalau tak faham ayat terakhir saya ni, pegi belajar Ilmu Hisab dan Sains dalam Bahasa Inggeris.


Saya ??????, saya nak gobek kotak-kotak lama saya dalam stor, nak cari nashkah-naskah buku lucah lama saya macam Mona Gersang dan VHS-VHS lucah saya macam cerita Cheerleaders Does Texas Football Team. Lebih baik saya baca dan tengok cerita lucah daripada baca dan tengok akhbar dan saluran TV perdana kerana cerita dan rancangan merekalah yang sebenarnya kelucahan melampau.


Wassalam dari saya ..... yang tak laku kalau jadi gigolo kerana pendek dan lelah.


No comments: