Wednesday 29 October 2008

PDRM DAN SISTEM STAR RATING

Dari 12hb hingga 21 November 2008, seramai 5 orang pakar dari MAMPU (apa yang MAMPU mampu buat, aku pun tak tahu) akan bertandang ke ibu pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman untuk menilai tatacara pengurusan PDRM dan seterusnya mengurniakan pengiktirafan bintang, sama 5 bintang atau tidak berbintang kepada PDRM.

Inilah yang menimbulkan kegusaran dalam hati. Bagaimana jika diumumkan melalui television dan akhbar-akhbar dalam negeri dan di negara-negara jiran bahawa PDRM adalah sebuah organisasi bertaraf 4 bintang (5 terlalu tinggi sangat). Dapatkah masyarakat menerima pengiktirafan tersebut? Aku bimbang kita kena booo! dan dibaling dengan telor busuk aje nanti.

Bukankah lebih baik kalau rakyat sebagai pengguna perkhidmatan PDRM yang memberi pengiktirafan sama ada PDRM bertaraf 5 bintang atau tidak. Mengapa mesti MAMPU yang memberi penilaian. Setuju, mereka kononnya pakar dalam pengurusan dan pemodenan pengurusan tetapi di Malaysia, terutama yang melibatkan ajensi kerajaan, apa jua yang melibatkan orang-orang pakar selalunya merupakan an academic exercise in futility sahaja. Sedikit sangat yang berlandaskan kepada realiti. Bolehkah anda bayangkan seorang doktor falsasah dalam bidang pengurusan perniagaan berumur 28 tahun dan tiada satu hari pun pengalaman bekerja menjadi hos rancangan The Apprentice dan bukan Donald Trump (kalau blur fasal The Apprentice dan Donald Trump, lebih baik gantong diri).

Malaysia menghadapi krisis kredibiliti dari dalam dan luar negara. Kalau badan kehakiman negara sendiri hampir luput keyakinan rakyat terhadap kewibawaannya, inikan pula MAMPU. Kita lebih maklum imej dan persepsi masyarakat terhadap PDRM hari ini. Apakah dengan MAMPU menilai kita bertaraf 5 bintang dengan sekelip mata persepsi masyarakat terhadap PDRM akan berubah. Saya sendiri sebagai komponen ciput dalam PDRM, akhir-akhir ini merasa segan nak mengaku pegawai polis. Apa tidaknya, setiap kali rakan-rakan awam dan saudara mara saya sendiri bercerita tentang polis, semuanya negatif belaka. Kalau ada pun pujian cuma satu dalam seribu dan sekali setiap tahun.

Aku khuatir pengiktirafan bintang kepada PDRM oleh MAMPU nanti, ibarat George Bush mengiktiraf Islam Hadhari. Aku bukan mempertikaikan kemampuan MAMPU cuma ragu-ragu sahaja. Nota-nota yang dibekalkan untuk menjelaskan apa itu Sistem Star Rating (SSR), tertulis nama ICC Consultants. Timbul kesangsian, adakah SSR ini idea asal MAMPU untuk memperkasakan pengurusan agensi kerajaan atau syarikat consultancy yang sogok pada MAMPU. Syarikat consultancy untung juta-juta, pegawai kerajaan yang terpaksa melaksana SSR merana. Adakah sesiapa yang boleh beri penjelasan?

Dalam SSR ini ada kriteria-kriteria yang ditentukan oleh MAMPU yang akan mereka nilaikan. Setiap kriteria ada wajarannya tersendiri. Daripada jumlah wajaran yang diperolehilah penarafan bintang akan diberi. Tiga aspek utama akan dinilai iaitu pengurusan, perkhidmatan teras dan perkhidmatan pelanggan. Sebagai contoh, antara kriteria yang akan dinilai dalam aspek perkhidmatan teras ialah adakah sesebuah organisasi itu mempunyai dasar atau program bagi melaksanakan perkhidmatan terasnya. Adakah dan bagaimana pemantauan dijalankan bagi mempastikan perkhidmatan teras organisasi dijalankan. Adakah organisasi mempunyai piagam pelanggan, dll. Bagaimana tentang sistem aduan awam yang diamalkan oleh ajensi yang dinilai. Macam-macam lagi.

Sebenarnya sejak zaman sesetengah pegawai MAMPU belum lahir lagi atau mungkin baru tamat belajar luar negara, PDRM telah sedia ada dasar-dasar, program, sistem pemantauan dan sistem aduan awam sendiri untuk mempastikan setiap warga PDRM melaksanakan perkhidmatan teras pasukan berpandukan seksyen 3(3) Akta Polis.

Atas alasan itu kami ada Akta Polis, ada Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) yang lengkap dan merangkumi semua bidang tugas PDRM. PTKPN ini pula tidak mati, ia akan dikemaskini mengikut keperluan dan perkembangan semasa. Kami telah sedia ada arahan-arahan pentadbiran PDRM, arahan-arahan jabatan dan macam-macam arahan lagi. Kalau mahu digariskan satu persatu, tiga tahun tak habis. Semua yang saya sebutkan tadi bukan untuk apa kalau bukan untuk mengariskan the nitty-gritty bagaimana warga PDRM harus, bukan sahaja melaksanakan tugas yang diamanahkan tetapi juga untuk mempastikan yang kerja dijalankan sebagaimana piawaian yang telah ditetapkan oleh pasukan sendiri.

Ringkasnya atau kata mak aku, in a nutshell, apa yang SSR nak cuba ukur dalam PDRM, PDRM telah sedia ada sejak zaman tok kadok lagi. Wooi! Kawan, PDRM bukan berumur setahun jagung tahu, kami dah berusia 201 tahun. Dah melalui gerakan menentang penjajah, zaman gengster cina geng Ngee Hin dan Hai San berperang, zaman komunis, zaman hartal di Pulau Pinang, peristiwa 13 Mei dan demonstrasi demi demonstrasi.

Persoalannya, yang orang luar sibuk-sibuk sangat mengacau nak mentadbir PDRM buat apa. Kita orang tak kacau pun kerja jabatan lain. Atau pun mungkin agensi-agensi yang menyibuk ni sebenarnya nak tunjukkan dia orang punya self importance atau relevancy dalam zaman meleset ini.

Ini bukan kritik tahu. Cuma beri pendapat seposen aku. Salah ke??????
Cau!! Aku nak pergi meeting SSR ni bukan nak kejar penjenayah.

7 comments:

Anonymous said...

slmt mlm tn, sy tgh sibuk dgn SSR, saturday n sunday msih kt ofis

Anonymous said...

Salam. Interesting to read your views. Including this one and the modal insan dalam RMP. This is my first time hit on your blog after being introduced by a fren. Wish you all the best and good luck...

tuan mcm mana ni....
saya pun dah myampah ngan SSR ni...
tambah plak kena attend miting 4 jsjk 2day about SSR...
apa saya nak cakap
saya hanya mampu angguk2 dan geleng2 saja... dan satu lagi
YESSSS SIR !!!

Anonymous said...

kebanyakkan cendiakawan, ketua-ketua jabatan, pemimpin-pemimpin asyik memperkatakan tentang 'governance'. tetapi adakah mereka ini benar-benar faham dengan apa yang mereka sebutkan ini. Pelbagai institusi, kaedah-kaedah telah diimplimentasikan, bagi meningkatkan keyakinan masyarakat, dan juga menjatuhkan sesuatu institusi kerajaan. malaysia, sebagai satu-satunya negara yang mempunyai institut of integrity, namun dimana letaknya negara kita dalam senarai negara-negara yang mengamalkan rasuah. nampaknya apa yang dilaksanakan masih tidak mencapai sasaran yang diharapkan.
diakui, memang SSR ada kebaikannya. ini boleh mendorong pdrm supaya lebih kompetitif bagi mengharungi perubahan dan keadaan semasa. tetapi, adakah PENILAIAN diperlukan pada masa kini, sedangkan PEMBAIKAN masih belum selesai dilaksanakan? apa yang dilihat, tanpa SSR pun, pdrm masih terus berevolusi dan releven sebagai badan penguatkuasa utama di negara ini. pelbagai perubahan dan pembaikan telah dijalankan.
apa yang dirisaukan, sejauhmana SSR ini releven? sekiranya pdrm berjaya memperolehi bintang yang banyak, alhamdulillah, walaupun menjadi persoalan disini, "baguskah dengan 4 bintang?". tetapi bagaimanakah sekiranya hanya 1 bintang atau tiada bintang diberikan? ini boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat, dan mengikis keyakinan rakyat terhadap tahap keselamat mereka. secara tidak langsung, ini boleh mengikis minat dan kepercayaan terhadap isu keselamatan dan penguatkuasaan dalam negara ini. dalam keadaan krisis ekonomi sejagat ini, perkara ini seharusnya dielakkan. usaha-usaha menarik pelabur mungkin akan terjejas. adakah pihak tertentu ada mempertimbangkan perkara ini sebelum apa-apa pelaksanaan dilakukan?
pendapat saya, sepatutnya pihak penguatkuasa, terutamanya pdrm dan atm patut diberikan ruang untuk mereka bergerak sebagai suatu entiti tanpa diganggu dengan urusan-urusan yang tiada kena mengena dengan soal keselamatan. buat masa sekarang, PENILAIAN bukanlah seuatu yang amat diperlukan. tetapi PEMBAIKAN yang mesti didahulukan. umum telah sedia maklum pelbagai badan dan suruhanjaya telah ditubuhkan untuk menilai dan mengenalpasti kelemahan dan masalah-masalah pdrm. tetapi hingga ke hari ini, adakah tindakan yang telah diambil telah berjaya menyelesaikan masalah-masalah dan kelemahan pdrm yang telah dikenalpasti dahulu? adakah semua tindakan pembaikan telah dibuat? persoalan ini harus dijawab terlebih dahulu. kemudian, barulah kita boleh membuat apa-apa penilaian.

biarlah diaorang buat apa yg diarahkan oleh pihak atasan. saya percaya, jauh dilubuk hati peg. MAMPU tu, diaorg pun sedar siapalah diaorg yang nak menilai pdrm, yg umum tahu salah satu organisasi yang sgt besar. tak apa, biar ja.
kalau kurang bintang diberikan nanti pun, saya percaya ada pihak yang akan menimbulkan persoalan kepada MAMPU, siapa mereka yang menilai? adakah keputusan yang dibuat bertepatan dan adil? tak ke mana pun bro....