Tuesday, 12 January 2010

ADAT BERKAWAN UNTUK ORANG BERAKAL

Saya mempunyai ramai kawan dari kaum bukan melayu, Cina ada, India, Sikh, MatSalleh, dll. Di kalangan orang melayu sendiri, rakan saya datang dari pelbagai sub group rumpun melayu. Banjar, Jawa, Rawa, bahkan isteri saya sendiri orang Mandailing. Itu belum ambil kira lagi dari mana rakan melayu saya ini datang. Ada melayu Johor, melayu dari Negeri Sembilan dengan adat perpatehnya, yang dari Kelantan, Penang, mudah cerita, orang melayu dari 14 buah negeri di Malaysia dan tidak ketinggalan geng melayu saya dari Singapura dan Indonesia.

Sebagai manusia yang berakal, tahu dan mahu berfikir, untuk menjaga dan memastikan persahabatan saya berkekalan, saya jadikan satu kemestian untuk mengetahui dan mengambil-kira sensitiviti setiap rakan saya agar saya tidak menyinggung perasaan mereka apabila saya berinteraksi dengan rakan rakan dari pelbagai kaum dan negeri ini.

Sebagai contoh, jika saya berada di restoran dengan rakan india, saya tidak akan memesan makanan yang ada lembu. Andainya saya sedang duduk bersembang dengan sahabat-sahabat saya dari Thailand, saya akan mengelakkan duduk bersilang kaki kerana akan dianggap kurang ajar oleh sahabat saya dari negara gajah putih itu. Begitu juga saya tidak akan mengajak sahabat saya seorang Christian yang alim untuk sarapan pada pagi Ahad kerana saya ambil tahu bahawa orang kristian sembahyang di gereja pada pagi Ahad.

Ini yang perlu dan harus semua kaum di Malaysia, peka, ambil berat dan amalkan jika kita benar-benar ikhlas mahu hidup dengan rukun damai dalam sebuah negera berbilang kaum seperti Malaysia. Tolong jangan berteriak 1Malaysia jika ada bangsa di Malaysia yang tidak faham keperluan ini.

Jika saya tidak silap Encyclopeadia Brittanica edisi zaman saya kanak-kanak, melihat orang melayu sebagai satu bangsa yang laid back, suka hiburan, fatalistic dan paling penyabar i.e. mudah memaafkan. Sebelum berinteraksi dengan orang melayu, tidak ada dalam vocabulary bangsa inggeris satu perkataan yang sesuai untuk mengambarkan satu perlakuan di mana seorang individu tiba-tiba seperti hilang akal membunuh tak kira siapa di sekelilingnya secara gila babi. Tersentak dengan fenomena ini, matsalleh yang kononnya pandai, terpaksa menggunakan perkataan melayu untuk menggambarkan kelakuan tadi tetapi oleh kerana sombong, orang putih telah menginggeriskan perkataan amuk orang melayu jadi amuck. Moral of the story, sesabar-sabar orang melayu, jika terlebih dijolok, boleh mengamuk.

Barangkali padri besar Roman Catholic di Malaysia dan pengarang majallah Herald yang sahih tidak reti bahasa tu, tidak bersopan dan jauh sekali beradap serta tidak tahu budi bahasa hidup berkawan berbilang kaum, saje ingin menjolok sarang tabuan dan menguji kesabaran orang melayu. Jika tidak masakan masih degil mahu menggunakan perkataan Allah yang sememangnya sensitif bagi orang melayu Malaysia yang beragama Islam.

Hingga jumpa lagi, salam Semerluki dari Uncle B, yang kalau terlampau marah boleh jadi hilang akal dan tak ingat dunia.

No comments: