Friday 8 January 2010

JUARA RAKYAT

Khabarnya, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyddin Yasin mengumumkan akan melancarkan program raksasa ”UMNO Juara Rakyat” bermula Januari ini sehingga Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Mak oooii!, panjang dan lamanya program ni. Menjejah 2 tahun lebih kalau pilihanraya selepas 4 tahun atau 3 tahun jika cukup pusingan 5 tahun. Bermakna juga, program ini akan menjelajah ke semua 14 buah negeri di Malaysia.

Agaknyalah, ada tidak nanti pegawai-pegawai kerajaan seperti mereka dari JKR, Kementerian Belia & Sukan, apatah lagi PDRM, dll, digunapakai untuk melaksanakan program ini. Ini belum lagi termasuk sumber-sumber pengurusan kerajaan yang lain seperti logistics dan yang paling penting, wang kerajaan digunakan untuk menjayakan program UMNO Juara Rakyat.

Pegawai gomen dengan pegawai UMNO sama ke? Gomen dengan UMNO dan UMNO dengan Gomen tu serupa ke? Kalau tak sama, jika digunakan juga pegawai-pegawai kerajaan, ini bermakna salah guna kuasa atau abuse of power telah berlaku. Beranikah SPRM ambil tindakan terhadap orang-orang UMNO terutama orang UMNO yang besar-besar, jika mereka (orang UMNO) mengarahkan pegawai kerajaan untuk terlibat dalam program UMNO ini.

Dan jika wang kerajaan digunakan untuk program ini, bukankah itu boleh dianggap pecah amanah jenayah. Rakyat mengamanahkan wang pelbagai cukai yang mereka bayar kepada kerajaan untuk digunakan bagi pembangunan negara bukan untuk pembangunan UMNO. Maknanya kalau wang rakyat tersebut telah digunakan untuk kepentingan UMNO seperti program ”UMNO Juara Rakyat”, itu dah kira hampir kepada pecah amanah jenayah. Rakyat mengalami kehilangan salah, UMNO memperolehi kedapatan salah, ada langgar amanah dan ada pemberian amanah. Amacam, boleh buka paper ke dan bawa ke muka pengadilan atau digunakan kuasa veto untuk memilih tidak menuduh penjenayah-penjenayah kolar putih terhormat yang terlibat.

Dan nak tanya lagi, program macam ini mesti ada perhimpunan besar-besaran punya di tempat awam. Agaknye lah, berani tak tuan OCPD arahkan bersurai jika didapati perhimpunan tersebut disahkan tiada permit polis. Dan andainya ada tuan OCPD yang giler babi dan berani bertindak sedemikian kerana OCPD ini percaya bahawa, he is answerable to the law and the law alone, adakah OCPD ini akan dikurniakan Pingat Panglima Gagah Berani atau sebaliknya di sejukbekukan dan diasingkan di Timbuktu.

Saya bukan ada niat serong atau ada prawn behind stone apabila bertanyakan hal-hal di atas. Maklumlah, saya ni bukan jenis yang cerdik sangat. Merapu merapan tu bolehlah. Itu sebab saya bertanya. Ada sesiapa yang sanggup jawab soalan-soalan saya ni?

Hingga bertanya lagi, salam & senyum dari Uncle B yang suka sangat bertanya yang bukan bukan kerana sememangnya tak reti tentang benda benda yang macam ni.

Jumpa lagi!

2 comments:

Anonymous said...

Soalan2 yg biasa ditanya oleh pelawak paling bodoh dlm program RAJA LAWAK BODOH...

Anonymous said...

Rasanya uncle dah abis modal...tak yah tulis blog lagi ler..