Tuesday, 29 June 2010

KERJA IKHLAS KERJA BODEK

Artikel-artikel yang mencabar pembaca untuk mempersoal atau membahaskan sesuatu isu amat menarik perhatian saya. Malahan bagi saya, ianya lebih mencabar daripada mendengar wakil rakyat daripada BN maupun PR membahaskan isu-isu negara (kononnya) di parlimen. Ruangan BICARA SELASA, Akhbar Sinar 22 Jun 2010 yang ditulis oleh Sdr Rahman Shaari adalah artikel yang sedemikian.

Sebelum jauh dan kerana saya telah menyebut fasal parlimen, saya merasa lega kerana rupa-rupanya bukan saya seorang sahaja yang tidak berapa nak yakin dengan kewibawaan institusi parlimen kita. Pagi Rabu 23 Jun 2010, Radio BFM (89.9 Megahertz) telah menemubual Profesor Emeritus Dr.Shaikh Faruki, daripada UITM Shah Alam. Apabila ditanya, berapa lama dan apakah yang perlu dilakukan untuk menjadikan Parlimen Malaysia, sebuah parlimen bertaraf dunia atau parlimen kelas pertama, Profesor Faruki telah menjawab dengan spontan, “You must be joking” atau jika dimelayukan bermaksud, “Anda bergurau agaknya”. Tidak perlu saya kupas apa maksud Dr.Faruki. Anda carilah sendiri maksud yang tersirat.

Berbalik kepada artikel Akhbar SINAR yang saya sebutkan tadi. Secara ringkasnya, penulis membincangkan bagaimana faktor dalaman atau jiwa seseorang itu dicerminkan oleh perlakuan luarannya. Sebagai contoh, seseorang yang menendang anak kucing pastinya manusia yang kasar dan zalim. Dalam masa yang sama juga pembaca diingatkan, sebelum membuat apa-apa ulasan mengenai perangai/character insan yang dikatakan ganas tadi, kita harus memahami mengapa dia menjadi ganas. Mungkin semasa kecil, individu ini pernah dicakar atau digigit oleh seekor kucing. Isu tindakan zahir menggambarkan bathin seseorang individu itu telah dikupas oleh penulis dalam ruang lingkup senario politik semasa negara.

Yang menarik perhatian saya adalah ungkapan penulis bahawa;

“Kebahagiaan dan ketenangan boleh diakibatkan perwatakan. Di luar atau dalam bidang politik, sama sahaja. Orang yang sentiasa tenang, akan kelihatan berwajah penuh kesyukuran, manakala orang yang sentiasa memburu kedudukan, terutama kedudukan paling atas, kelihatan cemas dan rimas. Itu penting untuk diperhatikan. Orang yang tenang, jika memperoleh jawatan tertinggi akan kelihatan selamba selama-lamanya, manakala orang yang cemas dan rimas akan kelihatan sentiasa resah kerana memburu kuasa, dan jika dia berkuasa, dia akan berbuat bermacam-macam lagi yang kelihatan gelojoh untuk mempertahankan kuasanya”.

Setelah hampir 34 tahun dalam pasukan, saya pasti pernah bertembong dengan makhluk yang sentiasa “kelihatan cemas dan rimas” kerana “sentiasa memburu kedudukan, terutama kedudukan paling atas,”.

Waktu itu saya bertugas di D7 Bukit Aman. Semua ketua unit termasuk saya, berada dalam bilik Penolong Pengarah D7 kerana sesi taklimat pagi. Penolong Pengarah tersebut dah pun bersara dengan pangkat SAC II. Nama tidak perlu didedahkan kerana beliau masih hidup tetapi saya yakin jika sebut sahaja “Ninja Turtle” semua warga D7 Bukit Aman dan kontinjen yang bertugas sezaman dengan saya, akan tahu identiti sebenar “Ninja Turtle”.

Sedang kami bermesyuarat, tiba-tiba seorang anggota D7 masuk dan memberitahu bahawa Pengarah JSJ, Dato’ Said Awang telah masuk ke pejabat D7. Cara PP D7 saya ni melompat bangun dari kerusi dan berlari keluar bilik untuk menyambut Dato’ PJSJ, tak ubah orang yang punggungnya kena sula. Kelam kabut semacam. Nampak sangat sifat cemas dan rimasnya. Saya yakin jika anda seorang warga PDRM, pasti anda pernah ketemu dengan manusia seperti ini dalam pasukan. Bila bos tak ada buat donno aje tetapi bila bos ada di pejabat, terkirai sana, terbarai sini, macam dialah staff yang paling busy kat ofis.

Kalau boleh ketemu dengan insan PDRM jenis “cemas dan rimas”, saya juga pernah ketemu dengan warga PDRM kategori yang tenang dan kelihatan selamba selama-lamanya. Tepat bagai andaian Sdr Rahman Shaari, kategori ini adalah jenis yang tak kisah mengejar pangkat. Tak ada, tak ape, diberi, ambil. Dapat bos macam ini (yang jarang-jarang ada dalam PDRM) kita perlu bersyukur. Kerja dia buat tetapi bukan to please his/her boss tetapi kerana “it’s a job that needs to be done. Tidak bermakna bos macam ni tak reti marah tetapi kalau menegur kita kerana gagal melaksanakan tugas, akan menegur cara bersopan atau stail marah dalam senyum. Hati kita macam dihentak batu tetapi tidak terguris.

Bos kategori “cemas dan rimas” melalui tindak tandoknya sahaja kita tahu yang dia kaki memburu kedudukan. Tentunya anda pernah berjumpa dengan bos yang lebih sudu dari kuah. Jenis ini kalau buat kerja bukan kerana “it needs to be done tetapi kerana “to please the boss”. Banyak perbezaan antara melakukan kerja kerana ianya perlu dilakukan dengan melakukan kerja untuk mendapat pujian bos. To please the boss, habis orang bawahan dikerah membabi buta.

Contoh. Satu rapat raksasa umum anti pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR akan diadakan di Pulau Pinang. Dalam situasi sedemikian, ancaman kepada keamanan dan ketenteraman awam pasti ujud. Bagi menghadapi kemungkinan berlakunya perkara ini, anggota-anggota polis sewajarnya dipastikan berada dalam keadaan siapsiaga. Soalnya, perlukah kesemua 100,000 orang tenaga beruniform PDRM dikerah untuk bersiap sedia di pejabat sepanjang tempoh rapat raksasa tersebut.

Bos jenis “cemas dan rimas” kerana mahu kelihatan berwibawa di mata bos besar, akan mengarahkan semua warga polis standby 24 jam di pejabat termasuk yang bertugas di Sabah dan Sarawak. Walhal ad FRU di Pulau Pinang dan Ipoh serta Briged Tengah PGA di Ulu Kinta, Perak. Bos jenis cool pula akan hanya mengarahkan anggota di Kedah, Pulau Pinang dan Perak sahaja supaya dikerahkan standby 24 jam. Itu bezanya buat kerja untuk membodek dengan buat kerja kerana kerja atau bekerja kerana Allah. Anda tak pernah lalui ke, arahan gila seperti ini yang sering kita temui terutama apabila ada ura-ura kacau bilau akan berlaku di sesuatu tempat?

No comments: