Sunday 13 February 2011

KALAU DAH NAMANYA PDRM

Dalam satu pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan yang baru ditukarkan masuk ke Jabatan Siasatan Jenayah, saya difahamkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah melahirkan rasa terkilan dan kecewanya kerana dengan secara mendadak telah kehilangan seramai 68 orang pegawai kanan yang telah ditukarkan keluar dari JSJ, kebanyakkannya dari Cawangan Pencegah Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian (JSJ D7). Menurut sumber lagi, Dato’ Pengarah semacam terperanjat apabila keluar perintah-perintah pertukaran tersebut kerana beliau telah tidak dirujuk atau diajak berbincang terlebih dahulu sebelum pertukaran-pertukaran berkenaan dibuat. Jika maklumat saya betul, Pengarah JSJ telah melabelkan mereka yang ditukarkan masuk ke D7 sebagai “the big boss choosen ones” dan oleh itu beliau expect nothing but the best daripada pegawai-pegawai ini. Kesian adik-adik JSJ D7 yang baru ini. Belum sempat nak kenal tauke ekor, tauke ayam, geng mana, yang control kawasan mana, telah timbul semacam satu tekanan. Dalam sekelip mata, perintah-perintah pertukaran yang dibuat telah mengujudkan suasana kerja yang keruh dan antagonistic.

Betul kata orang tua-tua. Gajah sama gajah bergasak, pelanduk yang penyet ditengah-tengah. Saya taklah nak kata ada apa-apa yang tak kena antara No.1 dengan No.3 pasukan polis atau ada agenda-agenda tertentu berhubong dengan rombakan besar JSJ D7 ini. Malangnya sepanjang perkhidmatan 34 tahun saya dalam PDRM, itu yang saya lihat. Setiap kali Boss No.Wahid bertukar, setiap kali warga jabatan-jabatan atau jawatan-jawatan penting PDRM berganti orang. Ada apa-apa ke? Kalau nak kata setiap rombakan dibuat dengan tujuan untuk memantapkan PDRM, dah berombak-ombak PDRM dirombak, bukan makin teguh dan perkasa jadinya, bertambak hancai-bocai adalah.

Jika anda ketiga tertinggi dalam barisan pengurusan sesuatu organisasi, bersopan dan beradap rasanya jika pemimpin No.1 merujuk dan berbincang dahulu dengan anda sebelum sesuatu tindakan diambil yang melibatkan jabatan anda. Bukan sahaja ianya merupakan satu professional courtesy, it goes a long way in creating a condusive and motivating working atmosphere. Macam mana orang bawah nak bersikap baik dan professional dengan masyarakat kalau big boss-big boss PDRM pun tak boleh bersikap sopan dan berbudi bahasa sesama sendiri. Kalau cikgu kencing berdiri, anak murid mesti piss while running.

Sebelum melabur dalam sesuatu syarikat, elok kita melihat bukan sahaja Laporan Kewangan Tahunan syarikat tetapi melihat juga siapa yang mentadbir syarikat, management practices syarikat berkaitan dan sejarah pengurusan syarikat tersebut. Jika PDRM sebuah syarikat, melihat dari sejarah management practicesnya sahaja, hukum tembak pun, saya tidak akan melabur walau satu sen duit saya dalam PDRM. Tengok sahaja apa dah jadi dengan Koperasi Polis jika dibandingkan dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera atau Koperasi ATM. Now you know why it has always been my contention that the Royal Malaysia Police will never change for the better, not in a hundred years.

Hingga jumpa lagi, kepada adik-adik D7 yang baru, satu pesanan dari Uncle B. Masuk JSJ D7 macam duduk bawah pokok durian masa musim durian. Kena gaya boleh makan durian, tak kena gaya, kena hempap durian. Jangan jadi macam Uncle. Duduk bawah pokok durian tapi nak makan cendol durian, kena turun ke Melaka, dah tu kena bayar sendiri pulak.

Selain dari itu, sedikit pesanan orang inggeris lama untuk renungan anda. “Make Hay While The Sun Shines”. “Opportunity Knocks But Once”. Yang boleh kaya dan tak perlu kerja security lepas bersara anda, nak terjatuh bangunan MACC pun anda. Tepok dada tanya selera. In my grandfather’s words, “Gentlemen and ladies, the ball is in your court”.

Byeee!!!

No comments: