Sunday 27 February 2011

MANA NAK LETAK MUKA WEH! - CELAH BONTOT KOT!

Atas permintaan The Royal Com­mission of Inquiry ke atas kematian Teoh Beng Hock, Peguam Negara Malaysia telah melantik polis pencen dari United Kingdom, Detektif Sarjen Michael Leslie Squires untuk menyiasat keadaan dan sebab yang membawa kepada kematian mendiang Teoh Beng Hock, yang sejurus sebelum mati, berada di pejabat MACC.

Mengikut Pekeliling yang dikeluarkan Khamis lalu (24/2/11), bekas detektif sarjen, yang datuk moyangnya pernah menjajah kita dahulu dan yang nenek moyang kita pula dengan bangga halau keluar dari Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, diberi “all powers in relation to investigation given to police officers and is authorised to search any premises and take possession of any articles or documents relating to the matter being investigated”. Untuk makluman semua warga PDRM, Squires menyertai pasukan polis Britain pada tahun 1971 dan berkhidmat sebagai seorang detektif sarjen aje sebelum meninggalkan pasukan polis tersebut.

Semasa dalam Angkatan Tentera Malaysia dahulu, saya sempat melawat Hospital Tentera, Terendak Kem, Melaka, sebaik sahaja hospital tersebut yang dahulunya merupakan sebuah British Military Hospital, diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia. Terpandang sahaja satu graffiti yang terpampang di suatu ceiling hospital tersebut, meluap-luap semangat kebangsaan saya. Time tu kalau ada sekor matsalleh depan saya, mahu saya ganyang sampai lumat bangsa penjajah ni. Macam tu punya berkobar-kobar jiwa patriotik saya. Tu kalau matsallleh lelaki, kalau yang perempuan takkan saya nak belasah pulak. Arwah atuk mendidik saya to be kind and gentle to women. Jadi masa tu kalau ada mem matsallleh, mesti saya ayat sampai tak bernafas punya, terus pakai baju kurung, tukar nama kepada Aminah dan ikut saya balik ke kampong asal saya di Segamat, Johor (kampong angkat I di Singapore, you). Untuk maklumat, adik-adik dan abang-abang, itu cara saya marah perempuan. Biar depa terseksa dalam kerinduan.

Nak tahu apa tulisan yang tertulis kat ceiling tadi yang bikin saya hampir-hampir jadi Kiyai Salleh dari Batu Pahat?. “Lets see how these monkeys run the show now”. Siapa tak marah. Pandai sangat ke bangsa penjajah ni hingga begitu kurang ajar dan berani memperlekehkan kebolehan anak watan kita. Itu dulu. Sekarang lain sikit.

PDRM dah berumur 204 tahun. Dulu konstabel setakat lulus darjah 6, sekarang dah berlambak yang berdiploma, ijazah pun ada. Dulu, pass SPM Gred 3 dah boleh jadi Encik Inspekter, hari ini ada ijazah pun belum tentu berjaya dipanggil Tuan Inspekter. Apatah lagi kalau memasang angan-angan nak go up in the ranks dan jadi pengarah. Kurang-kurang kena ada 2-3 ijazah, tak pun ada Masters atau Phd. Mana kelas gitu kalau OCPD setakat bangga dengan STP, betul tak?

Soalannya, kat mana pandainya Polis Great Britain dan kat mana pulak dungunya PDRM sehingga sebuah Suruhanjaya Diraja Malaysia terpaksa memanggil bekas pegawai penyiasat dari Britain untuk menyiasat semula kematian Teoh Beng Hock, dah tu sarjen aje pulak tu. Saya tak salahkan Suruhanjaya Diraja tersebut kerana menafikan kepakaran ilmu siasat-menyiasat polis malaysia. Saya sendiri naik darah dibuatnya bila membaca cara siasatan kes Teoh Beng Hock dijalankan kerana benda yang basic pun gagal dilakukan oleh pegawai penyiasat.

Saya taklah nak suruh orang besar KDN atau orang besar polis letak jawatan kerana episod yang amat memalukan sejarah kepolisan tanah air ini sebagaimana Menteri Dalam Negeri Korea Selatan letak jawatan apabila seorang koperal polis Korea mengamuk dan bunuh orang atau Menteri Pengangkutan Cina letak jawatan apabila 2 keretapi Republik Rakyat Cina berlanggar. Jangan ... jangan ... jangana. Jangan minta sambung perkhidmatan secara kontrak pun dah memadai.

Kalau ada alasan minahsabah mengapa siasatan kes Teoh Beng Hock dijalankan secara slipshod, Speak Now Or Forever Hold Your Peace”. Jangan tunggu sampai tak dapat sambung perkhidmatan, baru nak cot cet, cot cet, ada orang ketigalah, kerajaan tak ambil berat permintaan polislah dan macam-macam lagi. Masa berkhidmat dan dengan pangkat besar pulak tu, diam membatu.

Apa pun, Suruhanjaya Diraja dah pun arah dan Peguam Negara dah pun, keluarkan surat perlantikan Detektif Sarjen Bersara, Michael Leslie Squires dari Polis UK untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Sok Sek, Sok Sek, soalan akhir Uncle B, sebelum kita berjumpa lagi di lain masa, “Mana nak letak muka weh!!!! Celah bontot kot?”

No comments: