Friday 27 May 2011

PANDAI SEN BODOH RINGGIT :PENNY WISE POUND FOOLISH

Berita Nasional Radio RTM pada 26 May 2011 melaporkan peruntukkan subsidi bagi tahun 2011 akan meningkat kepada RM 18 billion tahun 2011 berbanding RM 8 billion, tahun lalu. Sebelum itu dimaklumkan kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol ron 95 kerana tidak mahu rakyat dibebankan. Tidak pula dikhabarkan sama ada harga tarif elektrik bagi pengguna akan kekal seperti sekarang. Jangkaan saya, ianya tetap akan dinaikkan tetapi selepas pilihanraya umum nanti.

Berita BFM 89.9 mzh, jam 7am, 25 May 2011, melaporkan kerajaan akan berhutang sebanyak RM 100 billion bagi menanggung projek-projek pembangunan yang telah dicanangkan sebagai untuk kesejahteraan rakyat, antaranya projek MRT yang kosnya dianggarkan berjumlah RM 26 billion. Itu baru kos awalnya belum lagi kos akhir. Di Malaysia bukan perkara asing, kos sesuatu projek yang melibatkan wang rakyat (dan bukan duit mak bapak dia orang) akan meningkat dua kali ganda, antara tarikh kerja bermula dengan tarikh prasarana tersebut siap. Itu pun belum mengambil kira kos pembaikan kerosakkan yang akan berlaku tak sampai enam bulan selepas projek siap.

Berita BFM tadi, juga tidak ketinggalan melaporkan yang kos untuk menganjurkan Kem Perkhemahan Remaja atau bahasa kelentongnya, Program Latihan Khidmat Negara, di mana kontrak uniformnya dipegang oleh seorang bini menteri, ialah RM 700 juta atau 2/3 billion setahun. Mak datuk, banyaknya duit rakyat lesap. Apa faedahnya yang diperolehi oleh rakyat melainkan remaja dan pelapis negara yang telah dibrainwashed untuk tidak berfikir kecuali mengikut sahaja ke mana tali yang telah dikat dihidung mereka, di heret oleh pengajur Program khidmat main-main tersebut.

Bolehkah mereka ini diharapkan untuk menjadi benteng jika negara diserang musuh atau ditimpa bencana alam besar. Haram. Gerenti tak boleh punya sebab mereka mengikuti kem enjoy-enjoy dan dilatih ala akua bukan kem latihan khidmat negara ala National Service di Singapura. Untuk makluman anda semua, dalam satu latihan national call up yang diadakan oleh negara seberang causeway itu tidak lama dulu, jiran kita itu dapat mengumpulkan 1 juta orang barisan bersenjata yang terlatih, terdiri daripada regular soldiers dan reservists i.e. mereka yang telah menjalani khidmat negara mereka untuk menghadapi ancaman luar. Saya difahamkan bahawa di Malaysia, kita tidak perlu risau untuk mengumpulkan 1 juta orang benteng pertahanan sebab negara kita ada pakai bomoh dan bela jin, yang bukan sahaja bertanggungjawab untuk memastikan parti politik terpilih menang pilihanraya tetapi juga mempertahankan negara Malaysia jika diserang dari luar. Sebab itu kita can afford untuk habiskan duit rakyat untuk anjurkan kem main-main untuk budak-budak.

Akhir sekali, satu lagi berita yang kalau diketahui oleh orang kampong, tak kira melayu, cina atau india, akan menyebabkan mereka ramai-ramai bagi isyarat tangan yang bermaksud kepala bxxxx kepada orang UMNO ialah kenyataan bahawa sejak mula ditubuhkan (tahun 1983 kalau tak silap saya), sampai sekarang, Proton masih lagi bergantong kepada subsidi dari poket rakyat untuk terus hidup.

Itulah, saya dah berapa kali kata, jangan asyik baca atau dengar akhbar atau media elektronik perdana sahaja. Belajar-belajarlah guna otak dan berfikir dengan membaca Harakah, Roket, The Edge Financial Daily atau theSun ke dan bukan Utusan Malaysia dengan NST aje. Dengar dengarlah BFM 89.9 Mzh dan bukan hanya berita RTM. Asah sikit otak tu. Walaupun kita tak dapat mengubah sejarah negara dengan kebolehan berfikir, sekurang-kurangnya kita dapat mengubah diri sendiri jadi insan yang tidak mudah dikelentong oleh propaganda BN

Hingga jumpa lagi, salam dari Uncle B, yang sejak sedar temberang BN, telah berjaya mengajak ipar duai berfikir dan menilai pilihan yang ada selain BN.

Adios!!!!!!!!!!.

No comments: