Thursday 1 December 2011

TO ASSEMBLE OR NOT TO ASSEMBLE

Saya bukan kelulusan fakulti undang-undang, jadi bukan tempatnya untuk memberi komen tentang Akta Perhimpunan Aman yang baharu sahaja diluluskan oleh parlimen sarkas Malaysia. Pun begitu tidaklah saya bodoh yang teramat sangat sehingga tidak boleh membezakan antara kaca dengan permata, pandir dengan pandai dan ulamak dengan ularmak.

Seksyen 27 Akta Polis mensyaratkan sesuatu perhimpunan awam yang hendak diadakan oleh mana-mana pihak kecuali UMNO atau mana-mana parti komponen BN hendaklah mendapatkan kebenaran/permit daripada Ketua Polis Daerah (KPD). Jika tidak, anda telah melakukan satu kesalahan jenayah.

Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011, untuk mengadakan perhimpunan awam tidak perlu mendapatkan kebenaran KPD. Anda hanya perlu memaklumkan KPD hasrat untuk mengadakan sesuatu perhimpunan 10 hari sebelum perhimpunan diadakan. Setelah memaklumkan KPD, anda bolehlah mengadakan perhimpunan tanpa menunggu kebenaran bertulis KPD KECUALI ADA BANTAHAN DARIPADA PIHAK POLIS.

Antara kebenaran KPD untuk berhimpun di bawah Akta Polis dengan kebebasan berhimpun secara aman tanpa permit polis di bawah Akta Perhimpunan Awam, bak kata orang kampong saya, “It’s back to square one” atau ikut bekas awek Penang saya, “Pi Mai Pi Mai Tang Tu Jugak”. Ringkasnya rakyat Malaysia yang masih taksub dengan BN kena kelentong lagi.

Di bawah Akta Polis, membenarkan atau tidak sesuatu perhimpunan awam diadakan terletak kepada budi bicara KPD setelah menimbangkan kesan perhimpunan tersebut terhadap ketenteraman dan keselamatan awam. KPD boleh meletakkan syarat-syarat tertentu kepada penganjur perhimpunan. Tiada siapa boleh mendakwa dakwi keputusan KPD kecuali UMNO.

Dukacita kebanyakkan KPD atau pegawai kanan tinggi polis, saya ragui kewibawaan mereka. Kalau ada permohonan perhimpunan yang boleh menelanjangkan keterlanjuran kerajaan (baca BN) kepada rakyat, KPD tidak akan berani memberi kebenaran atas alasan perhimpunan tersebut boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam walaupun perhimpunan tersebut hanyalah Tok Guru berucap memberi tahu orang melayu di Johor, yang orang cina di Kelantan (bukan cina MCA) cukup suka dengan pemerintahan PAS.

Bukan tidak ada pegawai tinggi polis atau KPD yang berani seperti bekas KPD Kuala Pilah (dah bersara) yang berani beri kebenaran untuk Nik Aziz berucap di sebuah padang sekolah tetapi sebulan kemudian KPD tersebut telah disejuk-bekukan di bahagian pentadbiran Bukit Aman atas tegoran UMNO Bahagian. Jadi kita tidak perlu terperanjat beruk jika di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 ini, apabila KPD terima sahaja notis untuk berhimpun daripada gplongan yang kritikal terhadap kerajaan BN, KPD akan berlari jumpa pengerusi UMNO negeri untuk bertanya sama ada nak bantah atau tidak.

Maknanya tak ada beza kekangan berhimpun secara aman di bawah Akta Polis dengan Akta baru ini, malahan lebih teruk lagi. Irama tetap sama cuma liriknya sahaja yang berbeza. Saya difahamkan banyak ahli parlimen BN yang mengundi untuk Akta ini diluluskan adalah lulusan undang-undang. Sedihnya dia orang ini bukan sahaja loyar buruk tetapi lebih hampeh lagi ...... dia orang ini, loyar bodoh.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B yang berpendapat tidak ada bezanya lembu berkaki 4 yang dilibatkan dalam skandal Perbadanan Fidlot Nasional (PFN) dengan lembu-lembu berkaki 2 PFN dan yang memberi RM 250 juta kepada PFN untuk beli lembu berkaki 2.

Byee!!!!!.

No comments: