Tuesday 27 December 2011

APA ADA PADA NAMA

Amat malang apabila seseorang yang belajar di United States of America seperti YB Datuk Dr.Hasan Ali, tidak pernah mendengar atau tidak faham peribahasa Inggeris, “A Rose Is A Rose By Any Other Name”. True to form, kealpaan ini telah dipergunakan sepenuhnya oleh pihak musuh untuk meranapkan Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Perjuangan politik PAS asalnya adalah untuk mengujudkan sebuah negara Islam Malaysia. Setelah bergabung dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, sememangnya wajar untuk PAS “mengadjust” teras perjuangannya kepada membangunkan sebuah Negara Berkebajikan. Pengubahan ini perlu memandangkan betapa phobianya orang bukan Islam bahkan orang Islam sendiri terhadap apa jua perkara yang ada awalan atau berakhir dengan perkataan Islam. Seolah-olah kalau ada Islam, semuanya akan mundor balik ke zaman batu dan kaum wanita akan didiskriminasikan dan dijadikan alat pemuas nafsu lelaki sahaja.

Dengan cara masing-masing, Dr.Amat Deedat dan Dr.Asri, pernah menyebut bahawa kelihatan ramai muslims di negara-negara majoriti Islam/Timur Tengah tetapi very little Islam. Sebaliknya paling sedikit muslims di negara-negara majoriti bukan Islam/Eropah but a lot of Islam. Kalau dihalusi saya pasti lebih banyak ciri-ciri keislaman dalam pemerintahan dan peradaban masyarakat barat/bukan islam daripada pernyataan roh islam dalam peradaban masyarakat islam sendiri. Lantas mengapa kecoh-kecoh tentang membangunkan sebuah Negara Islam dengan Negara Berkebajikan.

Negara setan dunia, Amerika Syarikat mempunyai sistem kebajikan di mana warga yang tiada pekerjaan diberi bantuan kewangan untuk menampong hidup. Di UK, orang ramai berbaris untuk menunggu bas, di Fukushima, Jepun yang dilanda gempa bumi dan tsunami, mangsa yang hilang tempat tinggal dan lapar beratur untuk mendapatkan bekalan makanan. Seorang tuan punya bakery membuka semula kilang rotinya dan mengagihkan roti kepada jiran-jirannya secara percuma walhal dia sendiri seorang mangsa gempa bumi. Adakah ini berlaku di negara-negara majoriti Islam?

Bagaimana agaknya tahap kebersihan bandar-bandar di Eropah dan Jepun berbanding negara majoriti islam seperti Malaysia dan Indonesia. Experience sendiri tandas di masjid-masjid kita. Lebih banyak yang uwweekkk!! daripada yang bersih.Carta top 5 Corruption Perception Index, Transparency International menyenaraikan 5 buah negara bukan Islam sebagai negara yang paling kurang korupsi. Tersenarai dalam senarai ini negara jiran kita yang ramai orang cina dan bukan islam iaitu Singapura. Maknanya 5 buah negara ini yang muslimsnya hanya beberapa kerat, lebih berintegriti daripada Malaysia. Kita, sebuah negara yang diistihar Islam oleh pemerintah yang kebetulan berugama islam terperesok di tangga 61 dalam senarai tersebut. Mana tidak corot dalam carta CPI kalau RM250 juta wang rakyat yang diamanahkan kepada seorang kroni untuk bela lembu untuk membekalkan daging kepada rakyat, disonglap oleh kroni muslim yang beragama islam.

Apa ada pada nama. Dalam kehidupan saya selama ini, lebih banyak saya temui orang bukan Islam yang mengamalkan etika islam dalam kehidupan mereka. Sebaliknya, termasuk di masjid-masjid, terlalu banyak saya bertembung dengan orang islam yang mengamalkan cara hidup bukan islam. Islam sebuah ugama yang menyarankan penganutnya sentiasa bersifat berkebajikan terhadap orang di sekeliling mereka tanpa mengira bangsa dan ugama. Rasullullah sendiri bersifat berkebajikan terhadap seorang Yahudi yang hendak membunuh baginda sehingga akhirnya Yahudi tersebut memeluk agama Islam.

Islam is a way of life, not an ideology. Islam adalah cara hidup bukan satu ideologi. Cina sebuah negara komunis tetapi itu tidak menghalang negara tersebut mengamalkan cara hidup capitalisma yang jauh bertentangan dengan ideologi komunis sehingga menjadi negara kedua di dunia, di belakang AS, yang mempunyai paling ramai jutawan.

Sebuah negara Islam adalah negara yang berkebajikan terhadap rakyatnya sendiri dan negara jiran. Negara yang berkebajikan akan mengamalkan prinsip-prinsip islam dalam pentadbiran dan pengurusannya. Jadi what’s the problem sama ada PAS hendak mengujudkan sebuah Negara Islam atau sebuah Negara Berkebajikan. A Rose Is A Rose By Any Other Name.

Jumpa lagi dari Uncle B yang selalu ingatkan kawan-kawan supaya jangan hanya pakaian luar sahaja yang cantik dan mahal tetapi seluar dalam dan coli pun kena sama standard kerana apabila ditelanjangkan, akan terserlah siapa kita sebenarnya.

Chow!!!!!!

No comments: