Sunday 28 October 2012

APA DAH JADI



Sembahyang Eidil Adha yang baru lalu mengajar saya dua perkara. Pertama, apabila mengaminkan bacaan Al-Fatihah dan doa imam, para jemaah mengaminkannya dengan satu suara. Suara umat Rasullullah s.a.w. bukan suara PKR, UMNO atau PAS. Untuk seketika barangkali (dan menjadi harapan saya) jemaah menyangkutkan topi PAS, UMNO dan PKR mereka di luar masjid. Tidak terfikir agaknya di benak mereka untuk menang pilihan raya, jadi wakil rakyat, jadi menteri dan menghabiskan duit rakyat untuk kepentingan peribadi atas nama pembangunan negara. 

Sayang sekali, ini cuma impian saya, kerana mustahil pisang boleh berbuah dua kali. Kalau ustaz dan ustazah pun boleh dipergunakan untuk kepentingan politik, tidak menghairankan jika sampai kiamat pun orang Islam di Malaysia akan berhadapan dengan Hudud PAS dan Hudud UMNO, bukan Hudud Islam. Dan selagi itu kaum bukan Islam Malaysia akan terus menghina Islam kerana walaupun ada melayu Islam yang ada kuasa, mereka bacul untuk mengajar orang yang meludah Islam. Kini baru saya faham tempelak arwah abah, “Orang melayu cuma berani dengan bangsa sendiri tetapi menikus dengan bangsa lain”.

Kebetulan Hari Raya Eidil Adha tahun ini jatuh pada hari jumaat. Jadi saya sembahyang raya dan sembahyang jumaat pada hari yang sama. Kedua-dua sembahyang ini saya lakukan masing-masing di dua buah masjid yang berhampiran dengan tempat tinggal saya di Subang Galaxy/Kampong Melayu Subang. 

Suatu masa dahulu, semasa sembahyang hari raya atau sembahyang jumaat, saf-saf di kiri, kanan, hadapan dan belakang saya akan dipenuhi oleh orang malaysia. Apabila keluar masjid, saya akan dikelilingi oleh orang malaysia. Lapang dada dibuatnya kerana melihat sahaja muka muka yang berada di sekeliling, saya yakin saya berada di Malaysia.

Hari ini saya kena tepok dahi dan gosok mata berkali-kali untuk mempastikan yang saya benar-benar berada dalam sebuah masjid di Malaysia dan bukan di Bangladesh atau Indonesia. Apa tidaknya. Apabila duduk di saf, di kiri Bangla, di kanan Bangla. di hadapan Indon, di belakang suara Indon. Agaknya kalau masuk pegawai-pegawai imigresen beruniform untuk solat, sekelip mata aje masjid jadi kosong. Itu alright lagi, apabila keluar masjid, nasib baik jantung saya ok. Saya dikelilingi oleh suara suara asing dan muka muka asing. Untuk seketika saya cemas dan terperanjat beruk kerana terfikir, bagaimana saya yang sembahyang di sebuah masjid di Malaysia , tiba-tiba boleh berada di Bangladesh.

Saya tak nak komen apa-apa. Cuma nak tanya sikit, apa dah jadi dengan Program 6P, Kementerian Dalam Negeri, yang telah menghabiskan berjuta ringgit duit rakyat untuk mengkayakan orang tertentu yang diberi lesen untuk mendaftarkan PATI. Kalau ia pun nak menang pilihanraya, bukan dengan mengadaikan keselamatan negara.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang tidak terperanjat suatu masa dahulu kerana setiap jumaat, imam berkhutbah dalam bahasa Portuguese dan Uncle dikelilingi oleh Awang Hitam sebab Uncle memang bukan berada di Malaysia. Byeeee!!

No comments: