Sunday 21 October 2012

TAK SUSAH NAK JADI KAYA



Amalan sekarang, penguatkuasaan undang undang jalanraya dilakukan oleh PDRM dan JPJ. Jika bantuan teknikal yang canggih diperlukan untuk melaksanakan tugas ini, organisasi berkaitan akan membelinya dari peruntukkan tahunan masing-masing. Pesalah trafik akan disaman sama ada secara terus atau melalui pos (saman ekor). Bagi kes-kes yang boleh kompaun, jika merayu pada pegawai polis atau JPJ yang berkuasa, ada peluang bayar kompaun yang minima, serendah RM70 daripada RM300 maksima kerana memandu laju.

Undang-undang dikuatkuasakan, pesalah bayar saman. Tak kiralah kita bayar minima atau maksima ke, duit bayaran saman tetap 100% masuk ke dalam perbendaharaan negara dan bukan poket PDRM atau JPJ. Tak ada penyamun kolar putih yang menangguk di air keruh.

Terkini, kerajaan has had enough dengan pesalah-pesalah jalan raya. Tidak menghairankan kerana pemandu malaysia memang dah terkenal di peringkat antarabangsa sebagai antara yang paling kurang ajar dan tidak reti bahasa di dunia. Tiada maaf bagi mu. Langgar lampu merah, mesti bayar denda maksima RM300 dalam tempoh 5 hari.

Untuk tangkap pelesit-pelesit jalanraya ini, kena pakai kamera canggih (AES). Gambar yang dirakam oleh kamera akan pergi ke JPJ, pegawai JPJ akan sahkan pemilik kenderaan dan hantar saman pada pelesit terlibat. Pelesit pula akan pergi jumpa polis untuk bayar saman maksima yang dikenakan. Denda maksima RM300 yang dibayar akan masuk ke dalam dana kerajaan. Kerajaan boleh tambah duit tabungan, kesalahan jalan raya boleh kurang. Cantik!!

Yang musykilnya, kenapa sistem AES ini mesti dikonsesikan kepada dua buah syarikat swasta yang saya dengar ada kaitan dengan pemerintah. Lepas tu pulak, bagi setiap saman yang dikeluarkan, syarikat swasta ini akan dapat RM16. Tu yang bagusnya kenal orang BN ni. Boleh jadi kaya atas angin.

Bayangkan. Kroni beli peralatan AES. JPJ buat kerja untuk sahkan pesalah, polis buat kerja untuk kutip saman tetapi kroni goyang kaki, sakau RM 16 setiap saman pada peringkat pertama perlaksanaan sistem, kongsi 50-50 dengan kerajaan, jumlah saman yang dibayar pada peringkat kedua dan pada peringkat ketiga, kongsi 75-25, dengan hanya 25% untuk kerajaan. Jadi AES ini bukanlah ikhlas untuk mendahulukan keselamatan rakyat tetapi untuk mengkayakan rakan taulan.

Kalau ini cara terbaik mengurus kesejahteraan rakyat kenapa tidak PDRM itu sendiri diswastakan. Kalau ada shopping komplex atau kawasan perumahan nak jaga keselamatan komplex/perumahan dia orang, panggil PDRM yang telah diswastakan. Komplex bayar RM15 sejam (sebab ada kuasa polis), pemegang konsesi PDRM dapat RM5.

Kalau ada makhluk yang tidak nampak apa yang sedang berlaku, too bad, so sad, kerana itu bermakna sama ada anda buta, celik tapi buta atau sememangnya anda bebal walaupun ada ijazah phd.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang akan dulu, kini dan selamanya UMNO, jika dianugerahkan kontrak bekal stationeries kepada PDRM.
Byeee!!

1 comment:

Anonymous said...


Sir, i think you should do more research if you think that AES project was given to UMNO cronies.... You are wrong...

TQ sir....

Alan