Saturday 13 October 2012

APA SPAD BUAT



Apabila diarah untuk ke Pulau Pangkor pada isnin 8 October lalu kerana tugasan memerhatikan anak buah-anak buah yang sedang mengikuti program team building, saya memilih untuk menggunakan pengangkutan awam. Tiada agenda tersembunyi kecuali ingin melihat sendiri sejauh mana hebatnya Puduraya yang telah di renovate dengan kos RM52.7 juta wang rakyat. Mungkinkah pelawat dari Singapura, Indonesia dan Thailand cemburu melihat kehebatan terminal pengangkutan awam darat kita?

Sampai di Puduraya jam 7:15 pagi. Dari luar tak ada perbezaan pun dengan Puduraya lama kecuali sedikit façade decorative works. Macam tempelan make-up pada muka wanita yang sememangnya tak lawa. Sebelah dalam, overall layoutnya masih macam dulu. Setakat tambah hawa dingin aje, pencahayaan yang lebih terang dan setakat ini bersihlah sikit. Gerai gerai dan shoplotsnya masih di takuk lama lagi. Dan ulat tiket masih berkeliaran.

Dengan belanja RM52.7 juta, saya membayangkan terminal bas ala terminal KLIA. Ada kiosk jualan yang berjenis sikit design dan bahan jualannya, ada food court yang bawa orang kampong makan pun tak segan. Ada tiketing booth, information counter, check in counter, bus departure and arrival monitors, PA system untuk pengumuman pelepasan dan ketibaan serta TV besar untuk penumpang yang menunggu bas. Pendek cerita, saya menjangkakan sebuah terminal bas yang mencerminkan tahap profesionalisma dan efisiensi yang tinggi. H

Hampeh!. Tak ada kelas lansung. Kalau zaman saya sekolah dulu, Puduraya yang telah dibaikpulih dengan kos RM52.7 juta ini layak dikategorikan sebagai hub pengangkutan darat kelas kambing sahaja. Tinggi kebarangkalian kontraktor “terpilih” yang telah diberi anugerah oleh menteri kewangan malaysia untuk membaikpulih Puduraya, telah membeli kondominium dan kereta mewah dengan duit rakyat sebanyak RM52.7 juta itu. After all, kalau tauke lembu boleh buat, takkan kontraktor Puduraya tak boleh buat.

Saya menaiki bas Plusliner ke Lumut. Fikir saya, mustahil negara kita yang lebih maju dari Africa Selatan, tidak dapat menyediakan perkhidmatan bas yang tidak akan membuat berbulu hati saya menaikinya. Saya bayangkan duduk dalam bas 26 seater, yang kerusinya empok, luas dan sebesar punggung heroine filem hindustan. Ada onboard entertainment console di setiap seat atau sekurang-kurangnya ada TV tergantung dengan individual headphones. Saya juga jangka ada stewardess dan ada light refreshment macam bas Inter Liner Johannesburg ke Cape Town.

Jangkaan saya meleset. Kerusi sempit, handrest sebelah aje. No TV, no stewardess, no bantal and no selimut untuk perjalanan sejauh 4 jam. Nama aje glamour tapi standard macam bas awam di Angola, tahun 1998. Bagi orang yang tak biasa dengan the best in bus travel, mungkin tak jadi kudis tetapi bas yang saya naiki, koman spanar betul. Satu padanan yang cantik. Bus terminal kelas kambing dengan bas antara bandar koman spanar.

Jumpa lagi dan salam sayang dari Uncle B, yang sampai hari ini masih tidak faham apa yang menteri menteri dan pegawai pegawai tinggi kerajaan kita pelajari melalui lawatan lawatan sambil belajar ke luar negara yang kerap mereka lakukan kalau infrastructure awam kita, masih kelas kambing lagi. Sama ada yang pergi lawatan sambil belajar tu bengap atau mereka dari jenis bodoh yang tak boleh diajar. Wassalam.

No comments: