Thursday 26 September 2013

CERITA BASI


theSun, Selasa 24 Sept 2013 di muka depan membawa tajuk, “Middlemen OUT > Govt move to get rid of “corruption by proxy”.  Akhbar sama, Rabu 25 Sept 2013, juga di muka depan terpampang tajuk, “WE HEAR YOU > Govt departments and agencies to have own public complaints sections”.  Maknanya, sekarang kalau ada yang lambat atau tak betul dengan sesuatu proses pentadbiran antara rakyat dengan kerajaan, rakyat boleh pergi ke Unit Pengaduan Awam, Kementerian atau Jabatan berkenaan dan esok lusa isu akan diselesaikan atau sekurang-kurangnya pengadu akan diletak “in the loop” mengenai status pengaduan.  Di muka 6, akhbar lap bontot, Utusan Malaysia, 25 Sept 2013, saya terbaca tajuk, “14 lagi cedera termasuk empat parah dalam kemalangan dekat Sedenak – 3 maut, bas express rempuh treler”. 
Apa kaitan antara ketiga-tiga tajuk berita ini? Mudah jawapannya jika kita melihat dalam konteks Malaysia.  Cerita lama. Dihidangkan semula sebagai penglipur lara rakyat yang sedang terjelir lidah kerana kos hidup yang sedang menyelinap naik tanpa sedar.

Bolehkah kita menerima bahawa kerajaan yang sedia ada, baharu menyedari kewujudan “corruption by proxy”. Kalau dah lama sedar mengapa baru sekarang bertindak. Bukankah kes pembelian kapal selam semacam “corruption by proxy” kerana pembelian yang boleh dibuat secara G to G, menggunakan Bumimekar Sdn Bhd sebagai orang tengah.  Cerita lama.
Sejak zaman Tok Kadok, kita dah dengar janji bahawa rakyat yang menghadapi masalah berurusan dengan jabatan kerajaan boleh membuat aduan kepada pelbagai Biro Pengaduan Awam yang ditubuhkan oleh kerajaan sendiri. Apa dah jadi dengan sistem pengaduan awam yang sedia ada hingga perlu tubuhkan satu unit khas di setiap jabatan kerajaan. Saya nampak satu sebab sahaja. Tak lain tak bukan untuk menggemukkan perkhidmatan awam yang telah sedia obese ini. Satu lagi cerita lama.

Tidak lama selepas bas jatuh gaung di Genting hingga menyebabkan 37 orang mati, satu lagi kejadian yang melibatkan kenderaan berat. Kali ini di Johor sehingga menyebabkan 3 orang mati secara ngeri. Tertusuk kayu. Seperti juga kemalangan kemalangan dasyat yang bukan cerita baru di Malaysia, menteri menteri akan bising. Pihak berkuasa akan potpet potpet. Ambil tindakan itu, ini, begitu, begini dan yang wajibnya tubuhkan satu lagi jawatankuasa penyiasat untuk mengaji punca kemalangan.  Hasilnya? Zero, Nada, Hampeh. Lagi lagi cerita lama. Esok, lusa, tulat, cerita cerita lama seperti 3 tajuk berita di atas akan berulang lagi ……. sampai Malaysia kiamat.
Hampir lupa. Tahun 1969 menyaksikan permulaan Dasar Ekonomi Baru, yang antara lain bermatlamatkan supaya economic pie negara dinikmati bersama oleh semua kaum dan semua lapisan masyarakat dengan kaum bumiputera memiliki 30% ekuiti negara menjelang tahun 1999. 30 tahun berlalu, modal bumiputera tak sampai 22%, itu pun majoritinya dipegang oleh beberapa kerat tokoh koperat melayu. Tahun ini, menjelang mesyuarat agong UMNO, dilancarkan pulak program Memperkasa Ekonomi Melayu, yang sudah tentu akan melibatkan duit rakyat yang majoritinya pembayar cukai keturunan melayu. Macam sama aje dengan Dasar Ekonomi Baru, 44 tahun lalu. Meningkatkah taraf ekonomi majoriti orang melayu hari ini berbanding kaum lain atau orang melayu masih kategori merempat di Tanah Melayu. Bukankah ini macam cerita lama lagi, cerita basi.

The moral of the story. Jangan buang masa mengikuti dan mentelaah perkembangan negara Malaysia. Buat macam Uncle. Mengenai apa yang berlaku di Malaysia, cukup dengan membaca kepala berita sahaja. Sekurang-kurangnya apabila orang sekeliling berbual fasal projek transformasi kerajaan yang terbaru seperti di atas, kita tidak akan terpinga-pinga kerana tidak tahu hujong pangkal. At least bila ditanya pendapat, kita boleh jawab, “Eleh!!!! cerita lama”.  Isi berita, jangan baca, kalau baca, buang masa. Lebih banyak geromal. 
Izinkan Uncle ingatkan anda semua tentang Serenity Prayers yang Uncle sebut dahulu.
Ya Allah, berikan ku kerendahan hati untuk menerima dengan redha
              Apa jua perkara yang tidak boleh diubah
            Keberanian diri untuk mengubah apa jua perkara yang perlu diubah
            Dan kebijaksanaan untuk membezakan antara kedua-dua nya.

Tiada apa yang boleh diubah di Malaysia. Banyak yang pandai tapi pandir. Banyak yang bijak tapi totok. Kalau tidak masakan kita masih mengulangi cerita cerita lama walaupun kononnya sedang menuju Wawasan 2020.

 Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang masih ingat betapa terujanya diri apabila membaca Mona Gersang masa sekolah dulu.

 Byee!!!!.

          

 

 

1 comment:

Anonymous said...

Salam tuan,

Kenapa tak de orang reply tulisan tuan? Ke sebab tuan tak pernah beri komen atas tulisan orang lain???? Huhuhuhuhu


Alan