Tuesday 10 September 2013

SERENITY PRAYERS



Kerap kali ia memerlukan keadaan keadaan tertentu wujud di depan mata atau berlaku sebelum kita dapat menghargai atau sedar berapa tingginya nilai seseorang atau sesuatu barangan yang ada di depan mata kita.  Dan kerap kali juga apabila kesedaran tersebut timbul ianya sudah terlambat. Ibarat anak yang semasa ayah ibunya masih hidup, sukar sekali untuk menjengah ayah ibu walaupun jarak masa perjalanan  hanya seminit dua.  Sibuk konon. Tetapi apabila ayah dan ibu telah tiada baru ingin berguling-guling, berteriak melolong di sisi jenazah ayah dan ibu yang telah kaku. Dah terlambat dik!  Uncle B bukan melalut, sahaja ingin ingatkan abang, kakak dan adik ipar yang sibuk sangat sehingga tiada masa untuk melawat bapa sendiri walaupun kesemua tinggal di Lembah Kelang sebagaimana bapa mertua saya. Begitu juga sesetengah adik adik saya yang sukar sangat  menjengah ibu yang berada di Segamat, Johor atau bersama ibu di hujong hujong minggu semasa ibu berada di Lembah Kelang.  Betul kata seorang pemandu teksi kepada saya, 33 tahun dahulu. “1 emak & 1 bapak  boleh jaga 8 orang anak tetapi  8 orang anak belum tentu boleh jaga 1 emak dan 1 bapak.”

Memerhatikan keadaan negara sekarang yang kelam kelibut, Uncle teringat kepada satu doa, dikenali sebagai Serenity Prayers,  yang mula digunakan oleh seorang ulama kristian, Reinhold Niebuhr, pada tahun 1943. Malaysia kelam kelibut bukan dari segi keamanan dan ketenteraman awam tetapi dari segi pengurusan dan pentadbiran negara. Kelam kelibut seolah-olah negara ditadbir oleh golongan pak pandir dan bukan technokrat  awam.  Tak perlulah Uncle bagi contoh kerana anda dah besar panjang dan sekolah tinggi. Jadi kalau rajin baca berita dari sumber bebas, dengar radio bebas, melihat dengan bebas keadaan sekeliling yang sedang berlaku dan yang penting mempunyai akal yang  bebas dan merdeka, anda akan faham apa yang Uncle B maksudkan.  Bayangkan kalau jiran kita, si suami seorang tokoh koperat yang menerajui satu empire perniagaan. Isteri main kayu tiga, suami buat tak kisah. Anak perempuan sekejap mengandung, kejap gugur. Anak lelaki tiap tiap malam bawa balik perempuan ke rumah. Orang gaji lebih kuah dari sudu, bermaharaja lela di rumah. Hutang keluarga telah mengatasi ke paras hidung.  Bukankah kelam kelibut namanya pentadbiran keluarga tersebut oleh sibapa yang kononnya menjadi pemimpin rumah tangga. Begitulah kelam kelibutnya Malaysia. 

There was a time yang Uncle terfikir nak jadi agent of change. Lepas bersara nak join parti politik dan buat perubahan. Tengok tengok, kebanyakkan ahli politik yang ada, tak kira dari BN atau PR, rata rata masuk politik untuk kepentingan peribadi (terutama dari parti cap dacing) atau paling tidaknya memperjuangkan ideologi yang sempit. Kalau orang kampong yang kurang pendidikan dan tidak ada access kepada media alternative untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di sebalik sandiwara atau drama minggu ini yang disiarkan oleh media perdana, Uncle boleh terima. Tetapi apabila yang kononnya bijak pandai, dari kecil sampai tua asyik mengaji, masih mengatakan everything is ok with our country, tentunya ada yang tak kena.  Jadi kalau masyarakat sendiri tidak mahu perubahan dan terus memenangkan BN, siapalah Uncle B untuk membawa perubahan kepada orang Malaysia yang totok. 

Lantas Uncle teringat kepada Serenity Prayers tadi, yang InsyaAllah akan Uncle amalkan mulai hari ini.

God, give me grace to accept with serenity
the things that cannot be changed,
Courage to change the things which should be changed,
and the Wisdom to distinguish the one from the other.
           
Ya Allah, berikan ku kerendahan hati untuk menerima dengan redha
 Apa jua perkara yang tidak boleh diubah
 Keberanian diri untuk mengubah apa jua perkara yang perlu diubah
 Dan kebijaksanaan untuk membezakan antara kedua-dua nya.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang ingin mengucapkan “Selamat Menerima Kenaikan Harga Sara Hidup”  kerana kedegilan anda untuk berubah dari BN kepada, yang tidak semestinya lebih baik tetapi semestinya tidak akan lebih teruk.

Byee!!!!.
           


No comments: