Wednesday, 8 August 2007

Polis Oh! Polis

Saya percaya anda semua mesti dah baca Malaysia Today. Alahai! blog Raja Petra dalam internet tu. Kalau belum, jengah-jengah blog tu, cuba-cubalah belajar baca cerita-cerita selain daripada apa yang tercetak atau tersiar dalam media arus perdana tu. Saya tahu bloggers tu kebanyakkannya pembohong atau orang-orang frust menonggeng yang tak dapat kontrak mega projek atau tak dapat jadi jutawan segera kerana masuk dalam "the losing camp".

Saya setuju, Jangan percaya apa yang ada dalam blog atau dalam internet, tapi yang tertera atau tersiar dalam media arus perdana tu boleh percaya ke? "Baik-baik bang nanti permit akhbar kena tarik". Masa saya belajar kat Singapore, saya ambil sastera inggeris, belajar Shakespeare, sajak-sajak Lord Byron, buku-buku Pearl S.Buck, Ernest Hemingway, Charles Dicken, dll. Yang ajar kami Ms Elizabeth Brooke (lawa awek Mat Salleh ni) dari Britain. Orang putih ajar sastera orang putih baru betul kan? Bukan macam sekolah kita, Cikgu yang nak ajar maths dan sains dalam bahasa inggeris, bahasa inggeris depa pun terkial-kial. Kena kursus bahasa inggeris dulu sebelum mengajar maths dan sains. Adakah betul? Apasal saya keluarkan cerita ini pulak. Macam nak ekk aje. Nanti dulu.

Kami bukan setakat belajar sastera aje. Ms Brooke mengajar kami berfikir dengan bersandarkan hasil-hasil karya yang kami baca. Kami bukan diminta untuk memuntahkan balik apa yang shakespeare tulis. Kami diminta, sebagai contoh, untuk membicarakan sama tindakan Lady Macbeth mengapi-apikan suaminya untuk membunuh raja adalah wajar. Kalau tidak, kenapa, kalau ia, kenapa. Sebenarnya bukan Ms Brooke sahaja yang mengajar kami berfikir, Mr. Harbajan Singh (guru sejarah) pun ajar sedemikian. Kami tak disoal tahun berapa jepun serang tanah melayu tapi diminta beri pandangan kenapa dengan mudah tentera Inggeris dikalahkan. Itu baru peringkat sekolah menengah. Kita (malaysia lah)?, assignments U pun ada yang upah orang buat. Entah-entah thesis pun pakai sub-con. Alahai! jangan bohong nak kata tak berlaku.
Mr.Chan (guru English) ajar kami supaya jangan terima bulat-bulat apa yang dibaca di akhbar, di dengar di TV atau diceritakan oleh orang. Dia suruh kami verify sendiri sesuatu khabar dengan mendapat pandangan dari alternate sources dan kemudian menimbang sendiri keboleh-percayaan sesuatu berita.

Itu sebabnya saya syorkan anda semua membaca blog-blog yang ada, suara keadilan ke, Harakah ke. Paling tidak kita tahu setakat mana dan seteruk mana pembohongan dan busuk hati bloggers-bloggers, orang Keadilan dan Mat Sabu ni. Betul tak? Saya bukan suruh percaya, saya ajak anda membaca, tu aje. Tapi ...... bacalah secara intellectual jangan macam baca keputusan 4 ekor atau TOTO.

Dalam Malaysia Today sejak akhir-akhir ni, tak kurang 6 blog dah keluar mengenai kebobrokkan PDRM. Polis semua rasuahlah, polis penyamunlah macam macam kami kena sumpah seranah. Kalau bapa borek, anak rintik lah. Macamlah polis aje yang jahat dan zalim letupkan orang. Kastam tak lindung penyeludup ke?, immigeresen tak lindong tekong darat, tekong laut ke ?(orang yang handle PATI lah tu), wakil rakyat, orang besar politik tak rasuah ke? Oooppss! sori. saya salah. Kalau polis buat, rasuah tapi kalau orang politik bagi ahli-ahli free trip dan belanja makan angin untuk undi dia jadi ketua bahagian, itu bukan rasuah tapi politik wang. Hello! boleh baca sikit tak Akta Pencegah Rasuah? Yang akhir sekali, Raja Petra kata PDRM dah ada 2 camp. Macam UMNO dulu. Ada team A, team B. Urut dada saya dibuatnya.

Saya tak nak komen siapa betul, siapa pendusta, siapa benar siapa salah. Memang saya tak tahu
dan tak nak ambil ambil tahu. Ambil tahu pun bukan dapat untung, bukan dapat jadi battalion komander di Briged Tengah atau naik pangkat. Yang Maha Mengetahui hanya Allah, s.n.w. Saya cuma nak minta kesian aje kepada semua orang (tak kira siapa). Fikirlah sikit hal kami insan-insan kerdil dalam PDRM yang betul-betul nak buat kerja dan bergantong semata-mata kepada duit gaji yang tak seberapa ringgit nak bagi anak bini makan. Yang rasuah, yang jahat, yang bobrok adalah anggota pangkat rendah nama Si Polan Bin Si Polan atau pegawai kanan polis nama Si Polan Bin Si Anu. PDRM tak rasuah, abang, akak. PDRM hanya organisasi bukan orang. Boleh ke tuduh PDRM kerana melakukan rasuah? U all semua sekolah tinggi. Fikirlah sikit. Ada beza tu. Kita terkial-kial nak hidup tanpa kowtim, U all kata PDRM rasuah. Kalau PDRM rasuah bermakna semua anggota dan pegawai PDRM rasuah. Betul ke ni?

Dulu saya bangga pakai uniform polis. Sekarang? segan yak amat nak pakai uniform. Lepas apa yang tersebar dalam blog dan media massa, semua orang pandang polis serong. Kalau singgah makan pakai uniform dan ada pulak kawan Cina pakai pereman sebelah, depa mesti kata. "Tengok tu polis makan free, tokeh ekor belanja". Adil ke tuan? Kalau betul tak apa. Puas hati. Ini tidak. Kesian, kak. Isteri saya yang kerja kat MITI satu masa dulu isi borang nak keluar duit EPF, nak hantar anak belajar, member pejabat kata, "Kak, suami akak kan pegawai polis, buat apa nak keluar duit EPF, duit banyak bukan boleh bawak mati". Adil ke ni? Nak menangis isteri saya. So tolong lah! boleh tak berhati-hati sikit. Nak hentam polis hentam, tapi hentam individu polis bukan pasukan polis.

Ingat ya! bukan niat saya nak melindong mana-mana pihak. Saya neutral. Biar masa dan Allah s.n.w. yang menentukan siapa di pihak yang benar dan siapa di pihak yang salah. Yang saya minta, ingat-ingatlah sikit kami yang benar benar nak bekerja kerana rakyat dan makan duit halal. Jangan sebab sebiji telor yang busuk, satu bakul telor dicampak ke longkang. Itu sahaja. Tak lebih tak kurang.

Sebelum saya lupa, ada sesiapa nak offer atau ada kontek nak offer saya kerja sebagai ketua pakguard (chief security officer lah!) Tawar saya RM 8,500 sebulan, semalam saya bersara pilihan. Eeeessh! rimas lah kerja dalam polis kalau macam ni.

Byeeee, salaam! dan jumpa lagi.



4 comments:

Niza said...

Assalamualaikum Bang Bahar. Nama saya Niza (lelaki bukan pompuan ahaxx!). Saya ni pun cam abang gaks, pandai pun idak bangang lagi tak. Tapi saya enjoy gila dengar celoteh abg siang tadi kat Holiday Villa. Yes, I was among the many that enjoyed your sermont.

Really wanted to shake hands with you at the end of the evening but you were engross with the two guys at the front row, so I let them have have their space and moment. And I knew I could always check out your blog and leave a message...so here's a virtual humble salams and salutes to you.

Anyway, menarik benar blog abg ni. Tis good to read good material. Err..ni just a suggestion la ye. Since Abg udah mula blogging ni tak mau ka buat duit sikit-sikit on-line by blogging ? I mean, you're really good at what you do and I belive you have tons of things to blog about, And I'm sure that your experiences in PDRM alone will be greatly appreciated and perhaps even help to change the negative stereo typing that marks PDRM...so some say.

OK, nak buat duit online ni saya sebenarnya tak lah pandai sangat (and I don't blog..not yet anyway) but Abang buleh check out Blog orang rumah saya kat www.cashnsense.com & http://ladyjava.javaura.com Dia dok blogging gaks and ntah macam² lagi la. All I know is that dia adalah bawak balik so far USD$300+/- since she started blogging about 6 months ago. Ishh ada orang dah cecah USD$2000/monthly. Lepas laa kot² dah retire nanti. Better yet if, you start now..by the time you retire you could also earn USD2000/monthly or more. Takyah laaa lagi nak tunggu orang offer Abang RM8500/. You can do it all by yourself and on your own time. Anyway, it's just a suggestion.

Salams,

Niza
namira68@yahoo.com

de_kerinchi said...

Assalumualaikum Tuan,

Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberi tempoh hari. Banyak pengalaman yang boleh ditimba dan dikongsi bersama.

Bagus juga isu yang dibangkitkan di blog ini, teruskan perjuangan, saya akan mengikuti tulisan tuan...

Jemput ke Blog saya http://anjunglarik.blogspot.com

Anonymous said...

I KNOW U IN PERSON BAHAR. WE USE TO TALK DURING A "BENGKEL". I AGREE A LOT WITH YOUR COMMENTS. I HOPE PDRM "MANAGERS" WILL SPENT A LITTLE TIME WITH UR ARTICLE, JUST BEFORE GOING TO SLEEP IN THE NITE. HOPEFULLY ALLAH WILL ENLIGHTEN THEM BEFORE ITS TOO LATE. THEY OUGHT TO KNOW THAT WE COME FROM HOLE, ENJOY PLEASURE THRO' HOLES, AND LASTLY HEADING TOWARDS THE HOLE.

Anonymous said...

kredyt bez sprawdzania bik
pożyczki pozabankowe ranking
pożyczki pozabankowe bez bik przez internet
szybki kredyt online bez bik
strona domowa
pożyczki bez bik inowrocław
szybki kredyt millenium