Tuesday 21 August 2007

Lebih Baik Jadi Penyangak


Jutaan maaf kepada kawan-kawan yang sudi membaca blog saya ni tapi sejak 15 Ogos lalu tak ada satu pun posting baru yang saya muatkan dalam blog ni. Sebenarnya sejak 15hb Ogos lalu sehinggalah petang ini 21/8/07, saya dengan seorang pegawai saya dan 2-3 orang anggota sibuk ke hulu ke hilir nak kesan seorang penyangak terhormat dan terus menangkapnya kerana kesalahan dibawah seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu. Banyak Yob, duit yang dia tipu. Tolak sana tolak sini RM 40 jutalah dia sapu. Sat lagi saya cerita fasal malaun terhormat ni. Sekarang saya nak sentuh sikit hal orang ramai yang kata polis malas.

Selama 5 hari berturut-turut kami balik rumah antara jam 2 pagi (paling awal) dan 4 pagi (paling lewat) dalam usaha untuk mengesan penyangak ini. Anak tak jumpa, bini/mata air tak jumpa, tak dapat bermain dengan cucu. Pagi kami ke pejabat macam biasa.
OT tak ada tau dan tak ada off-off Tapi ada orang awam tahu ke? . Komen pandai. Cubalah jadi polis kalau berani. Jangan cakap aje pandai bang.

Berbalik kepada cerita malaun yang sedang kami cari ni. Kawan baik saya dan saya, siasat kes ni lebih kurang 4 tahun lalu. Nak cerita banyak-banyak fasal kes takleh sebab kes masih dalam perbicaraan. Nanti jadi sub-judice pulak. Nanya saya. Jumlah kerugian lebih kurang berpuluh juta. 18 tauke syarikat kena tipu. Yang berani buat repot cuma 2 orang. Lagi 16 orang takut walaupun kami berdua pujuk. Depa kata "you are only small fries in the force, what can you do, this guy (malaun tu lah siapa lagi) has got connections". Apa tidaknya, mula-mula kami siasat kes ni, seorang KSU call boss kami beritahu hamlau ni kawan dia (KSU). Bayangkan. Macam mana polis nak buat kerja. Orang awam atau gomen tahu ke? Gomen kalau tahu pun tak guna. Buat dek aje, macam kes arahan tutup mata sebelah di parlimen. Apa yang Pak Lah buat?

Lepas tu saya kena panggil ke pejabat seorang pegawai polis yang lebih besar pangkatnya dari boss saya. Ceritanya lebih kuranglah macam cerita KSU tadi. Yang ni tambah sikit. Beritahu saya, ni bukan kes tipu, masalah cash flow aje. Siasatan baru start dah tahu bukan kes tipu. Pelik. Tapi yang paling dasyat apabila seorang pegawai polis yang lagi besar pangkatnya dari pegawai polis yang panggil saya ke pejabatnya tadi (eh!berapa punya besar dah), ugut nak tukarkan saya dan pegawai-pegawai saya kerana siasat kes ni yang kononnya juga bukan kes tipu tapi masalah cash flow aje. Ya! Rabbi! buat kerja pun kena ugut nak kena tukar. Kan saya dah cakap dulu, hal tukar menukar, gam-gam atau simpan sejuk kerana buat kerja ni sebenarnya perkara biasa dalam pasukan tempat kami cari makan ni. Nasib baik kami punya T/Pengarah seorang yang berani dan tegas. Dia suruh teruskan siasatan. Pendekkan cerita, kami berjaya membuktikan malaun ni menipu dan Timbalan Pendakwa Raya setuju untuk tuduh malaun ni bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Malangnya cerita ni tak selesai disitu. Lebih kurang 1 bulan selepas malaun ni dituduh, kami berdua disepak keluar dari tempat kami bertugas, Saya terpelanting ke Maktab PDRM Cheras, kawan saya ke Maktab PDRM Kuala Kubu Baru. Malaun ni dengan kerjasama seorang anggota polis yang jadi barua malaun ni sebab dah banyak sengaja makan duit haram malaun ni buat tohmahan yang kami ni kasar, terima duit dari pengadu, macam-macamlah, asal teringat aje tulis. Depa tu tak apalah, memang adik beradik jin tanah pun.

Tapi yang kami happy sangat ialah PDRM sendiri. Dapat aje surat tohmahan, belum lagi siasat terus tukarkan orang dan dibekukan. Wah! mana tak bermaharajalela segala tauke-tauke ekor dan ayam yang bertopengkan business halal. Asal ada aje pegawai polis yang mengancam kedudukan tauke-tauke ni, mereka hantar surat tohmahan. Terbang melayang beberapa ekor pegawai. Tu yang kadang-kadang saya terfikir. Alang-alang kena tohmahan kowtim dan kena teranjang, lebih baik betul-betul kowtim dan kena teranjang. Takpe, puas hati bang, melayang ada wang punya. All right ape! Yang paling sedih, kami berdua tersekat peluang naik pangkat.

Apa sebenarnya moral cerita betul ni. Mudah aje. Dalam negara Cemerlang, Gemilang, Terbilang ni, lebih baik jadi penyangak. Duit dapat dan semua orang sayang.

Salaammmmmm!!!

2 comments:

Anonymous said...

saya dah baca sedikit dlm blogspot ini. baca.. lah buku-buku undang2, u boleh ambil tindakan siasat dan tangkap org salah. sudah banyak saman org lakukan kesalahan trafik kah terutamanya mat rempit. jgn salahkan org lain tapi sendiri tak buat kerja sebagai pengunatkuasa .................

Anonymous said...

tuan,
saya ingatkan u pegi manalah pulak. kot kot dah kena gam ke site ni.
teruskan dgn cerita cerita menayik...