Thursday 18 September 2008

LET’S CROSS THE BRIDGE WHEN WE COME TO IT

Saya ni jenis lidah bercabang agaknya. Kelmarin kata who gives a FXXX tentang apa yang berlaku sekelilling saya, sekarang cerita lain pulak. Rimau takkan hilang belangnya kata orang dulu-dulu. Saya memang jenis cynical, apa boleh buat. Lagi pun teringat ajaran Islam. Jika nampak kemungkaran, hentikan dengan tangan. Jika itu tak terdaya, hentikan dengan perkataan. Jika itu pun tak boleh, maka berkata-katalah dalam hati. Dan berkata-kata dalam hati terhadap kemungkaran adalah serendah-rendah iman. Maknanya iman saya rendahlah sebab saya setakat tulis blog aje. Itu kira berkata dalam hatilah. Bezanya melalui blog anda boleh baca bicara hati saya.

Baru-baru ni saya dapat email dari rakan yang sedang bertugas di Timor Leste. Tajuk email ”Puas Hati Aku Sekarang”. Kandungannya cerita pasal Theresa Kok, wakil rakyat DAP suruh imam mesjid perlahankan azan maghrib dan minta majlis berkuasa tempatan buang tulisan jawi pada papan tanda jalan. Siap dengan gambor sekali weh!!. Apasal kawan saya yang sorang ni bersusah payah hantar email tersebut kepada saya. Sebabnya, dia tahu saya kurang berkenan (bukan tak suka) dengan BN, jadi dia perli sayalah agaknya. Hah! Tengok, apa jadi kalau dia orang memerintah negara. Habis semua Melayu kena masuk kampong dan hutan.

Entahlah. Pada saya, apa salahnya orang melayu masuk kampong dan hutan kalau kampong dan hutan kita yang punya. Kalau segala rimau, beruk, beruang, kambing dan babi hutan akur dengan pemerintahan kita. Apa guna duduk dalam bandar kalau bandar milik orang lain. Kalau gedung bukan kita punya. Gah ke duduk bandar kalau kita sekadar menumpang aje. Tengok Kelantan, negeri yang tak diiktiraf sebagai developed state macam Selangor. Saya lihat perniagaan di Kota Bharu, pasar dan kedai-kedainya di monopoli oleh orang Melayu. Bandingkan dengan Petaling Jaya atau Subang, Selangor for that matter. Siapa yang banyak berniaga.

Pasal dakwaan suruh perlahankan azan. Yang peliknya tak ada mana-mana imam mesjid yang berkaitan pun yang buat laporan polis. Lagi satu hal ajaib. Kalau ia pun ada permintaan dari Theresa Kok minta hapuskan tulisan jawi pada papan tanda, yang pergi ikut siapa suruh. Dei!! kawan, siapa yang pegang kuasa di majlis berkuasa tempatan.

Udahlah tu orang Melayu ooiii, berhentilah dengan semangat Pak Pandir. Menang sorak kampong tergadai. Buat bangunan, bandar, projek dan anjur events yang masuk dalam rekod dunia tapi hasilnya rakyat marhaen dapat hampeh. Dapat sorak aje. Tengok Singapura, apa kebendanya yang dia orang dah buat yang boleh dimasukkan dalam rekod dunia. Tapi setiap rakyat Singapura sejak tahun 2006 dah dapat dividen dari duit mereka yang dilaburkan dalam perniagaan melalui Temasek Holdings. Dapat beli tanah Johor lagi. Tu yang ramai di Iskandar Development Region, siapa?

Back to the story of my friend’s email and crossing the bridge only when you caome to it and not before. Of late certain has been politicians from certain lame political party has been happily playing the racial card. About how malay and islamic rights are slowly but surely being eroded by the non malays.

My comment or viewpoints on this issue is very simple. Cross the bridge when you come to it. Planning is important but planning is zilch if you dare not implement your plan. Words are a dime a dozen and only worth the paper you write it on. Whether you have the guts to implement what you say is important. May I introduce another anecdote to clarify my suggestion to cross the bridge only when you have arrived there.

I have a jealous and suspicious friend. Jealous and suspicious of his wife of course. If the wife is on medical leave, he will make it a point to make a surprise check at home to ensure that she is really sick and at home. Sad to say he is a queen controlled husband who was once even warned by his wife not to be too chummy with me because I was and still deemed (I believed) to be an undesirable influence.

When I was in secondary one (in malaysia they called it form one), my mother had a big quarell with my late father. She packs her bag and leaves the house to be with my grandparents in Segamat, Johor. What did my late father do? He doesn’t talk much. Just tells my mother to come back whenever she is ready to come back. My father couldn’t care a damn if mum leaves the matrimonial home. Mom was away for about three hours. Just about maghrib time, she pops back into the house, cooks dinner and asked us to called dad for dinner when it’s ready. That’s it. No keris waving, no shouts, no cajoling. Just a take it or leave it attitude. That’s my dad. I guess I have inherited some of that trait.

My take on the issue discussed above?. Read again the last two paragraphs. You will get my drift. If you don’t, just plain hard luck and blame it on our education systems that breeds memorisers instead of thinkers.

Jumpa lagi dan cheerio dari hamba Allah s.n.w.;
yang tak dapat buat Masters di Humberside University, U.K. pada tahun 1991 Kerana tak ada biasiswa sebab hanya pegawai division B, Perkhidmatan Awam (Chief Inspektor) dan;
Sekali lagi tak dapat buat Masters di University Of Southern Queensland, Australia pada tahun 2006 kerana nikahkan anak.

To my daughter kalau terbaca blog ni, papa do not regret having your wedding at Singgahsana Hotel. I am proud of it. Papa use duit halal and do not seek PDRM’s help to organise the wedding.

1 comment:

Anonymous said...

The wedding was great Pa!! No worries. Even if we had had it at home, it would still be a grand one =) By the way, how come i never knew bout that Queensland offer in 2006??!! =(