Tuesday 19 October 2010

PDRM DAH BUANG TEBIAT AGAKNYA

Sebagai seorang veteran polis, saya ingin percaya bahawa tiada apa yang dilakukan oleh PDRM, boleh membuat saya terperanjat sakan dan kena sawan babi. Kalau 34 tahun perkhidmatan, di 7 cawangan berasingan, ditambah dengan berkeping-keping surat tohmahan, disepak ke hulu ke hilir, bukan suatu pengalaman kepolisan yang luas, saya tak tahu apa nak kata lagi.

Rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Arahan Pertukaran Pegawai Kanan Polis (Pegawai diWartakan) Bil.48/2010 dalam KPN 106/3 bertarikh 13/10/2010, menyakinkan saya bahawa sehingga akhir zaman, PDRM tidak akan berhenti membuat benda-benda yang tak tergamak orang waras dan berhati perut lakukan. Nampaknya saya kena singkir jauh-jauh niat untuk terus mengikuti perkembangan semasa PDRM sebagai seorang awam, jika saya ingin terus kekal siuman. Biarlah warga PDRM mengatakan saya kacang melupakan kulit, daripada saya dimasukkan ke wad psikiatrik, Taman Bahagia, Tampoi atau di Tanjung Rambutan.

Keputusan temuduga kenaikan pangkat DSP telah dikeluarkan. Seramai 30 orang yang memangku pangkat DSP yang gagal temuduga, telah dilucutkan pemangkuan mereka dan kembali ke pangkat asal. Ringkasnya kena kopek crown di bahu dan ganti dengan 3 paku. Allah s.n.w. sahaja yang tahu perasaan rakan-rakan saya ini. Saya tak ada locus standi lagi untuk siasat atau kaji kenapa keluarnya Arahan Pertukaran di atas. Setahu saya, inilah kali pertama dalam sejarah PDRM, perkara sedemikian berlaku.

Dalam masa yang sama ada desas-desus kononnya terdapat orang yang baru memangku pangkat DSP selama 49 hari, lulus temuduga lalu terus kekal DSP, ada calon-calon yang sebenarnya tidak layak dipanggil temuduga, telah ditemuduga dan berjaya pulak tu naik pangkat DSP. Betul atau tidak khabar angin ini, wallah huallam, bissawab, anda tanya tak dapat saya nak jawab. Kalau yang menyampaikan berita, berbohong, maka kelentonglah saya. But then again, tak ada perkara yang pelik atau mustahil dalam PDRM sehinggakan dunia yang bulat pun boleh jadi leper, dibuatnya.
Nak kata mereka yang berjaya dalam temuduga tu semuanya handal-handal belaka, ada bisik-bisik mengatakan terdapat calon-calon yang hancus semasa temuduga tetap berjaya pakai DSP. Orang No.1 dalam senarai digugurkan pemangkuan DSP, telah 5 tahun memangku pangkat tersebut. Dahlah digugurkan pangkat, ditukar nun jauh ke utara pulak tu. Paling sedih, pegawai ini hanya tinggal tak sampai 9 bulan sebelum bersara wajib.

Teruk sangat ke prestasi pegawai ini sehingga tidak diberi peluang lansung untuk bersara sebagai DSP setelah 5 tahun memangku pangkat DSP. Kalau tak boleh perform, kenapa biarkan sampai 5 tahun memangku. 2 tahun dahulu pegawai ini pernah memohon untuk ditukarkan ke Perak, kenapa 9 bulan sebelum bersara, ditukarkan ke Kubang Pasu? Ini menyeksa namanya bukan pengurusan sumber manusia.

Saya tak berani nak komen beria-ia sangat, takut dikutuk pula (dahlah baru-baru ni dikatakan bodoh), “Kalau bijak sangat, kenapa tak bersara sebagai KPN” atau “Eleh!! nak komen konon, pangkat ACP pun tak dapat, cakap banyak pulak”. Jadi sebelum hati saya terguris kerana dihina, cukuplah sampai di sini sayang.

Hingga jumpa lagi, kepada kawan-kawan yang saya takrifkan sebagai telah dianiaya, bawa bersabar dan percayalah bahawa doa orang yang dianiaya akan dimakbulkan Allah. Jadi doalah yang kau-kau punya untuk PDRM.

Selamat dari Uncle B, yang terngiang-ngiang pantun 2 rangkap, “Ada Ubi Ada Batas, Ada Hari Kita Balas”. Byeee!!!!

6 comments:

Anonymous said...

SAYA TERPANGGIL MENGULAS KOMAN SAUDARA YANG BERKOBAR-KOBAR MENGHENTAM PDRM SEDANGKAN TUAN DAN KELUARGA TUAN 34 TAHUN MAKAN HASIL KERJA DI PDRM. ISSSHHHHHHH....ISSSHHHH, PATUTLAH SAUDARA MENGAKU KACANG LUPAKAN KULIT....SEPATUTNYA SAUDARA DIKATEGORIKAN BERUK LUPAKAN BAPAK BERUK.
SAUDARA TAU KAN....PEGAWAI YANG KENA KOPEK PANGKAT DSP TU ADA ANTARANYA DAH ACTING 4-5 TAHUN, TAPI DAH TAU ACTING NAPE TAK NAK AMBIL PERIKSA PTK DAN HIGH LAW...SYARAT UTAMA KENAIKAN PANGKAT, DAH KENA KOPEK MERAUNG BERGULING-GULING...TAPI NAK AMIK PERIKSA MALAS, HANYA HARAP SIMPATI SEOLAH-OLAH BOLEH LULUS DENGAN HANYA GOYANG KAKI DAN PUNGGUNG DENGAN HARAPAN BOLEH KOMPOM GITU JEEE....PAKAI LA OTAK SEDARA, KALAU TAK LULUS PTK, CAM NE NAK KOMPOM ITU SYARAT OLEH JPA, BUKAN SYARAT PDRM. SATU LAGI SAUDARA KENA INGAT, YANG KENA KOPEK ITU ADA YANG TAK PI TEMUDUGA PUN. NAIK PANGKAT DALAM PDRM UNTUK KE DSP DAN ASP KENA TEMUDUGA, BUKAN MACAM TUAN DAPAT PANGKAT SUPT TAK YAH TEMUDUGA. ITU DAH TAK PI TEMU DUGA,CAM MANE NAK KOMPOM....HANYA ORANG YANG TAK WARAS MACAM TUAN BERANGGAPAN BOLEH NAIK PANGKAT TANPA TEMUDUGA....KALAU MACAM TU, TUBUHKANLAH INSTITUSI KEPOLISAN SENDIRI...
PIKIR-PIKIRLAH SEBELUM MEMPERLEKEH PDRM
WASSSALAM

Anonymous said...

Marah nampak yang atas tu...
Tak tau cerita la tu..

bahar53 said...

Seronok sangat saya dengar komen brother yang marah sangat dengan blog saya. Ada 2-3 perkara saya nak betulkan. Pertama saya bukan makan gaji dengan PDRM. Gaji saya rakyat Malaysia yang bayar dan saya dibayar gaji kerana memperhambakan diri kepada PDRM bukan diberi percuma. Itu saudara kena faham.
Kedua, kalau saudara percaya sangat bahawa dalam PDRM semuanya ikut peraturan, nampak sangat saudara naive betul tentang realiti kerja dalam PDRM atau saudara jenis burung unta yang suka masuk kepala dalam tanah atau jenis katak bawah tempurong.

Anonymous said...

1. lain kali kerja buruh la... gaji duit rakyat jugak..
2. klu x nak ikut peraturan buat kerje sendiri la... mcm saudara kata..
3. kadang2 rezeki tu utk org yg ikhlas bekerja..
4. hidup kita jgn berdendam..

Anonymous said...

Brother kita yang komen ye ye oo kat atas tu tu apa hal. Kalau tak tau apa yang berlaku dalam rumah orang, jangan masuk campur, selidik dulu baru komen, atau dia salah sorang antara yang tak layak kompom yang disebut dalam blog ni kot...dan atas sebab kabel maka kompomlah melaun sekor ni.

Anonymous said...

SYABAS BROTHER BAHA...BAGUS ATAS KOMEN-KOMEN YANG MEMBINA WALAUPUN SINIS DAN MERASA BAGI YANG TERASA...KALAU TAK DIBERTULKAN PASUKAN PDRM AKAN DIPANDANG DAH NYANYOK KERAN USIANYA YANG BEGITU TUA (205 TAHUN)JABATAN LAIN BERTAMBAH MANTAP DAN MAJU KEHADAPAN SEBALIKNYA PDRM DIPIMPIN JALAN KE BELAKANG........