Thursday 27 January 2011

CERITA CINA NYANYUK, PEMIMPIN BACUL DAN ISTERI GERSANG

In his new book, Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going, in his vintage style, Lee Kuan Yew describes Singapore as an “80 storey building on marshy land” having to contend with hostility from larger Muslim neighbours. According to Lee, “We’ve got friendly neighbours? Grow up … There is this drive to put us down because we are interlopers”, citing alleged Malaysian and Indonesian efforts to undermine Singapore’s crucial port business. On muslims presence in the republic, Lee opines, “I think the muslims socially do not cause any trouble but they are distinct and separate”, calling on the community “to be less strict on Islamic observances”. This according to the Star of 24 January 2011 on page W31.

Bagi yang tidak speaking London, kerana terpedaya dengan system persekolahan Malaysia yang memansuhkan sekolah dengan bahasa penghantar Inggeris pada tahun 1976 atas alasan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu, sila pergi ke mukasurat 31 Harian Metro bertarikh 24 Januari 2011.

Tidak menghairankan jika menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew mempunyai satu “siege mentality” terhadap negara jiran sekelilingnya. Jika Israel di kelilingi oleh negara-negara arab yang majoritinya Islam, Singapura juga di kelilingi negara-negara ASEAN yang majoritinya Islam. Jadi tidak hairanlah kalau Lee melihat setiap non Singaporean yang beragama Islam sebagai musuh. Selain dari itu dengan umurnya yang menuju ke 90an tahun, kita juga tidak boleh menafikan yang Lee mungkin telah nyanyuk. Elok kalau kita tak ambil pusing sangat apa yang apek ni cakap. Kadang kala orang baru kematian isteri memang boleh meracau.

Saya tidak mahu komen apa-apa tentang pandangan Lee tetapi saya tetap respect Cina ini kerana he speaks his mind, tidak macam pemimpin-pemimpin kita yang tak berani call the kettle black walaupun kettle yang hitam legam tu tertungguk depan mata.

Apa pun, jika menteri-menteri kita buat dek aje pandangan Mr.Lee seperti juga mereka buat dek aje apa yang Singapura dah buat atau dah kata terhadap kita selama ini, saya terpaksa buat kesimpulan bahawa yang memimpin Malaysia adalah golongan bacul. Eleh! kalau setakat panggil diplomat Singapura menghadap Wisma Putra atau hantar surat bantahan, buat buang kertas, perabiskan dakwat dan kering tekak sahaja. Apa kata, larang orang Malaysia pergi ke Singapura atau jangan bagi Petronas jual minyak kepada Singapore Petroleum Company atau buat kempen “Singapore Last”, macam Mahathir buat kepada Britain dan Australia suatu masa dahulu kerana surat khabar dan menteri depa mulut celupar.

Bercakap pasal orang bacul, laporan Harian Metro baru-baru ini amat memalukan saya. Terasa macam nak potong anu dan buang longkang kalau semua kaum sejenis saya berperangai sedemikian. Saya turunkan verbatim laporan akhbar tersebut.

“Hayun kuali hentak kepala suami” oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

AMPANG: Gelaran isteri derhaka layak buat seorang wanita apabila tergamak menghentak kepala suaminya dengan kuali sehingga lelaki berkenaan yang sedang menderita akibat penyakit kencing manis pengsan seketika sewaktu berada di rumah mereka di Pandan Perdana, di sini.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dibuat selepas wanita terbabit terdesak kerana pada masa sama seorang lelaki lain yang dipercayai teman lelakinya turut berada di dalam rumah dan tidak menyangka suaminya datang ke kediaman itu.


Tidak adil untuk saya membuat kesimpulan melulu tentang kelakian lelaki tersebut. Mengikut cerita, mereka telah berumah tangga selama 17 tahun, mempunyai 3 orang anak berumur belasan tahun dan si suami mengidap kencing manis dan darah tinggi. Pasangan tersebut dalam proses perceraian, telah duduk berasingan sejak dua tahun lalu dan suami menumpang di rumah ibu saudara.

Saya tidak ariff mengenai keupayaan seksual seorang lelaki yang mengidap kencing manis dan darah tinggi tetapi hati berat untuk mengatakan yang si isteri dah lama gersang, jadi ada sesuatu dah naik kepala. Iyu sebab dia jadi ganas. Kesimpulan yang boleh saya buat ialah di akhir zaman ini wanita dan lelaki sama sahaja miangnya. Jadi janganlah kaum wanita asyik salahkan dan menghukum kaum lelaki sahaja. Seeloknya betulkan kain sendiri yang diselak hingga ke pangkal peha.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B yang masih percaya bahawa bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi tetapi jika selalu sangat bertepuk bertampar, boleh terlondeh kain dibuatnya.

Byeeee!!!

No comments: