Tuesday 18 January 2011

KE MANA 1MALAYSIA DAN NKRA

Dalam usaha memenangi hati rakyat selepas tergolek dog dalam pilihanraya umum tahun 2008 lalu, kerajaan dengan bantuan pakar-pakar komunikasi & perhubongan awam dari negara luar, telah tiba-tiba menjadi cerdik dan terpancullah idea 1 Malaysia. Entah apanya yang 1 Malaysia, saya kurang jelas kerana penggunaan perkataan pariah yang sememangnya satu kelas dalam sistem kasta kaum India yang diungkapkan dalam buku INTERLOK masih boleh menjadikan kaum yang sejenis dengan Samy Vellu, menurun dan naik loktang. Nasib baik depa tak merusuh macam Hindraf dan tulis surat kepada Barack Obama minta campor tangan dan hantar Delta Force AS, rampas nashkah-nashkah INTERLOK dan bakar dekat Batu Caves. Dulu masa tak ade 1Malaysia, tak timbul isu-isu sebegini atau budak cina tulis surat kepada JPM minta turunkan volume azan di masjid Lembah Pantai. IMalaysia apa kejadahnya kalau macam ini.
Adik beradik dengan idea 1Malaysia ialah NKRA. Kalau ada orang Malaysia tak tahu apa binatangnya NKRA, eloklah jadi rakyat Timbuktu. Merata-rata dicanangkan bahawa NKRA akan:-
1. Mengurangkan jenayah
2. Memerangi rasuah
3. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu
4. Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman
6. Menambah baik pengangkutan awam bandar
Baguslah tu kalau betul-betul jadi. Sejak menjadi rakyat Malaysia pada 1 february 1953, saya percaya yak amat ianya akan tinggal rhetoric sahaja untuk memperbodohkan rakyat yang dah memang malas hendak berfikir secara holistic.
Kita lihat NKRA "Mengurangkan Jenayah". Sukar nak percaya statistik polis kerana antara ajensi kerajaan yang pakar dalam ilmu taici atau tepis menepis ialah PDRM. Isteri saya pernah kena ragut handbag. Pergi balai polis PJ nak buat repot polis, kad pengenalan yang dibuang oleh peragut telah dikembalikan kepada enquiry office. Anggota polis bertugas telah memujuk isteri saya supaya jangan buat repot kerana KP yang hilang telah ditemui dan wang RM180 yang kena rampas takkan ditemui lagi. Kan dah kurang 1 kes ragut. Baru-baru ini di Midvalley, seorang pengunjung telah dicuri bagasinya. Pergi ke balai polis bergerak untuk buat repot, kena kuis ke balai polis Travers atas alasan ini kes hilang paspot dan SB yang akan ambil kes. Dari kes curi jadi kes cicir paspot. Pandaikan polis bersilat. Kurang 1 kes curi. Hah! inilah caranya PDRM mengurangkan kadar jenayah.
Tang "Memerangi Rasuah", yang galak sangat dan beriya-iya diserang ialah perasuah kecil-kecilan. Naga dan jerung lepas. Lain-lain NKRA tak payahlah saya komen. Buat sakit jiwa sahaja. Mana hati tak sakit. Kita diperbodohkan dengan pembinaan MRT untuk "Menambah baik pengangkutan awam bandar". Kenyataan bahawa kereta persendirian makin hari makin banyak masuk bandar untuk rakyat pergi kerja menunjukkan pengangkutan awam tidak berfungsi. Siapa nak gunakan bas Rapid KL kalau kekerapannya 1 jam 1. Feeder bus untuk PUTRA dan STAR bergerak ikut suka hati drebar bas. Tak percaya? Kau orang cuba tunggu feeder bus di steysen PUTRA berhampiran A&W PJ State. Dah tu jarak antara sesuatu kawasan perumahan dengan steysen LRT memerlukan kita membawa kereta. Sampai steysen LRT, nak parking kereta tak ada tempat. Parking lot sebesar kangkng kera. Kalau sebesar kangkang veteran Belakang Mati, Chow Kit road, tak ape jugak.
Masalahnya dengan Malaysia senang aje. Semuanya, tak kiralah Pemandu ke, Idris Jala ke, Government Transformation Program ke, Economic Transformation Program ke, Social Transformation Program ke termasuk NKRA adalah semata-mata political posturing, bukan niat ikhlas untuk memudahkan hidup rakyat. Untuk mengkayakan kroni dan suku sakat melalui kontrak bina MRT dan jual kereta EVO pada polis, adalah. Itu sebab bila menteri-menteri Singapura kata Malaysia memerlukan pemimpin-pemimpin yang bijak lagi bijaksana untuk berjaya dan terlalu banyak politicking dari bekerja untuk rakyat di Malaysia, saya tak marah dan melenting. Memang betul.
Hingga mengomel lagi, salam sayang dari Uncle B yang dah cuba sedaya upaya untuk, "See No Evil, Hear No Evil, Talk No Evil" kerana di mana sahaja menapak di malaysia, bersepah-sepah yang evil-evil seperti berlambak-lambaknya payudara yang nak terkeluar dari baju semasa Uncle B shopping di Midvalley. Salahnya, tangan Uncle yang tak reti duduk diam dari menaip apa yang Uncle B nampak dan dengar.
Byeee!!

No comments: