Monday 24 January 2011

DR.CHUA SOI LEK AND LOVE BITES

Akhbar Star 21 January 2011 mukasurat N12, melaporkan seorang menteri Cina BN sebagai berkata bahawa jika PAS memerintah, pembangunan negara akan lumpuh dan kaum Cina, India dan lain-lain kaum akan teraniaya. Tidak menghairankan jika orang bukan Islam berkata demikian sebab mereka bercakap kerana bodoh tentang Islam. Yang menyayat hati ialah apabila seseorang yang arif tentang Islam seperti MB Johor boleh berkata, “As a Malay, even I don’t know what PAS is going to do once they are in power.” “We can continue to have development and a guarantee for our future if we support Barisan Nasional.” Ini dilaporkan oleh The Star 22 January 2011 di MS N6. Dibaca bersama, kedua-dua ayat menunjukkan bahawa Ghani Osman sendiri menyokong pandangan presiden MCA bahawa pemerintahan yang berlandaskan Islam akan membantutkan pembangunan negara.

Tugas seorang muslim sepatutnya menerangkan kepada bukan Islam tentang ajaran Islam yang sebenar, bahawa pemerintahan Islam tidak pernah menafikan hak bukan Islam untuk mengamalkan agama dan cara hidup mereka sendiri, bahawa cendekiawan-cendekiawan Islamlah yang telah memperkenal ilmu astronomy, perubatan, algebra, pembedahan, opthamology, dll kepada tamadun dunia. Sedihnya sebagai usaha untuk menidakkan sifat keilmuan Islam, barat telah “latinized” nama-nama ilmuan Islam supaya kelihatan seperti nama barat dan bukan orang islam. Sebagai contoh Ibnu Sina, pelopor perubatan moden, ditukar menjadi Aviccenna.

Ini tidak, orang Islam sendiri seperti MB negeri asal saya telah memilih untuk “demonised” islam di mata mereka yang belum mendapat hidayah. Keadaan ini ditambah-burukkan pula dengan kelompok islam yang suka sangat, sama ada mengamalkan islam dari sudut yang sesempit mungkin atau menginterpretasikan Islam seliberal mungkin. Walhal Islam menyarankan kesederhanaan dalam hidupan. Bukan sahaja yang bukan Islam bahkan orang Islam sendiri naik confuse. Yang mana satu Islam. Nasihat saya kepada pembaca KACA MATA KU yang bukan Islam seperti Dr.Chua Soi Lek atau individu muslim yang blur tentang islam seperti MB Johor, “To understand the essence of Islam, look beyond the behaviour of modern muslims. The message of islam is in its teaching as laid out in the Holy Quran and the sayings & practices of Prophet Muhammad, s.a.w.”. Dr.Ahmad Deedat, a muslim missionary from South Africa was once quoted as saying, “In my travels to the Middle East, I see a lot of Muslims but very little Islam. In Europe, I see very little muslims but a lot of Islam”. Think about it.

On the subject of thinking, think about this and then decide on what you are going to do about it.

Quoting the New Zealand Medical Journal, The Star of 22 January 2011, page W43, reported that a New Zealand woman was temporarily partially paralysed by a love bite on her neck from her partner. The 44 year old woman went to the emergency department of the Middlemore Hospital in Auckland after experiencing loss of movment in her left arm. According to doctors there, the woman suffered a mild stroke caused by a small vertical bruise on her neck near a major artery i.e. a love bite. Dr.Teddy Wu, one of the doctors concluded that, “Because it was a love bite, there was a lot of suction. There was a clot in the artery underneath the love bite. The clot dislodged and travel to the woman’s heart, where it caused a stroke that led to the loss of movement”.

Nasihat Uncle B kepada mereka yang suka main gigit-gigit sayang (terjemahan love bite), kalau nak gigit boleh tapi hati-hati bila gigit tang tengkok dan jangan sedut kuat-kuat, nanti ada blood clot. Kalau tidak pun, gigitlah tempat lain kerana banyak lagi tempat di badan kaum hawa yang boleh digigit-gigit atau dimamah-mamah.

Hingga jumpa lagi di lain berita pelik tapi hangat seterusnya, selamat mengexplorasi tempat-tempat yang selamat digigit dari Uncle B, yang sentiasa berhati-hati semasa mempraktikkan cinta.

No comments: