Saturday 22 January 2011

PONENG KEPALO DEN

Esok, lusa atau tulat, suka atau tak suka, kita akan menghadapi pilihanraya umum ke 13. Suka kerana kita dapat memilih sendiri wakil rakyat untuk menyuarakan suara rakyat di Parlimen. Tak sukanya kerana ramai sangat pelakon yang bertanding sehingga kita sukar memastikan sama ada janji-janji yang ditaburkan, ikhlas dari hati untuk membela rakyat atau hanya membaca dari skrip untuk keuntungan peribadi dan syarikat wayang gambar yang mereka wakili.

Lagi 10 hari saya akan jadi orang awam dan dah boleh pasang angan-angan Mat Jenin untuk jadi wakil rakyat. Yang memeningkan ialah untuk menentukan parti mana yang harus saya wakili. Kalau nak jadi jutawan segera, tiada pilihan lain kecuali UMNO. Kalau masuk DAP, bimbang kena tuduh jadi mouth piece kaum Cina. Masuk PKR, dikata ikut telunjuk India. Pilih PAS, dikatanya kita tolak pembangunan pula.

Apa pun saya kena ikhlas kepada diri sendiri. Nak jadi kaya melalui politik atau menggunakan politik untuk membela rakyat. Masuk UMNO yang pasti memerintah dengan majoriti yang lebih banyak kali ini, jika menyuarakan hak rakyat di Parlimen boleh menyebabkan kita kena singkir kerana boleh berfikir sendiri dan berani langgar kehendak boss. Tengok apa dah jadi dengan Sharil Samad.

Bertanding atas tiket pembangkang, peluang nak kuasai Parlimen tipis kerana rakyat sendiri tidak mahu dan takut ditolong. Mereka ditakutkan bahawa kalau PAS memerintah, semua lelaki Cina kena sunat dan kaum India kena pinggir. Kalau DAP pulak memerintah, nanti melayu Malaysia akan jadi macam melayu Singapura. Macamlah melayu malaysia yang memerintah sekarang ada kuasa. Baru kaum yang sejenis dengan MCA dan MIC gertak tak mahu undi BN, melayu yang konon berkuasa dah gelabah beruk, tukarkan 2 orang cikgu kerana terusik hati kaum tertentu. Kalau PKR berkuasa, dimomokkan bahawa orang melayu akan hilang kuasa. Tengoklah macam mana. Susah sangat balik aje ke Singapura di mana orang melayu dah memang terpinggir. Lebih aman terpinggir di negara di mana Cina memerintah daripada jadi pengemis di negara yang diperintah oleh kaum sendiri. Soalnya, hendak ke negara yang dipimpin oleh Lee Hsien Loong terima aku balik selepas aku menolak kerakyatan negaranya yang ditawarkan kepada aku pada tahun 1970 dahulu. Kita tengoklah nanti.

On a motivating note, nampaknya saya terpaksa mengubah persepsi saya terhadap wanita melayu berumur 50an ke atas. Sehingga terbaca berita di akhbar Metro 19 Jan 2011, saya selalu terfikir. Kesian pakcik-pakcik yang berumur 50an dan bini pula sebaya dengan mereka. Pakcik pakcik masih berselera tetapi makcik dah kendur nafsunya. Kalau ia pun nak layan pakcik, hanya sebagai tanggungjawab seorang isteri. Lain caranya kalau buat kerja kerana syok dengan buat kerja kerana terpaksa.

Masa muda kalau bersilat, macam tali pinggang hitam lawan dengan tali pinggang hitam. Masuk 50 tahun, pakcik macam karate black belt lawan makcik white belt. Tak ada oomph! Tak tahulah orang lain. Kalau sayalah, tak syok membelasah orang yang tak melawan. Tak ada hasil nak tunjuk buah-buah silat yang tersimpan di dada kalau lawan hanya diam kena pukul. Kira-kira macam hentam batang pisanglah. Badan penat tapi tak puas. Barangkali sebab itulah Dato’ K kahwin dengan Siti Nurhaliza dan Bung Mokhtar kahwin dengan Zizie. Awek-awek ini kuat melawan agaknya.

Saya terpaksa ubah pandangan saya terhadap keupayaan wanita melayu berumur ini kerana antara berita yang disiarkan oleh Metro 19/1/11 adalah kisah nenek melayu umur 51 tahun kena tangkap khalwat dengan partner lelaki umur 24 tahun. Maknanya nenek ni mesti brutal habis punya kerana cari pasangan yang sama-sama ganas untuk bertarung. By the way, kat mana kita boleh jumpa nenek-nenek macam ni hah?? Kalau ramailah makcik-makcik yang macam nenek tadi, nampaknya ramailah anak dara antik di Malaysia kerana akan amat berkuranglah pakcik-pakcik yang mengerenyam dan gatal nak pasang dua.

Semoga malam jumaat mereka yang seangkatan dengan Uncle B terus indah dan meletup-letup, jumpa lagi dan salam cup cup dari Uncle B yang umur aje sikit lanjut tetapi masih sanggup kayuh basikal dari Johor ke Perlis jika ada tawaran.
Byeee!!!!

No comments: