Thursday 7 July 2011

KOTOR YANG TAK BOLEH DIBERSIHKAN

Terkini, Ambiga telah berjumpa DYMM Agong, Pemuda UMNO dah batalkan demonstrasi anti bersihnya, PERKASA kata tunggu dan lihat dan Najib kata, BERSIH boleh buat perhimpunan di mana-mana stadium yang depa suka dan dia orang boleh menjerit dan melalak dari pagi sampai petang. Suruhanjaya Pilihanraya pula, yang sepatutnya bebas, hanya kata bercadang nak guna sistem biometrik sebab belum dapat arahan dari boss politik mereka. Syukur Alhamdullillah, banyak akal juga rupanya kumpulan-kumpulan ini. Pun begitu, adalah manusia yang berakal jika dapat melihat di sebalik apa yang telah, sedang dan akan berlaku dalam run-up kepada D-Day perhimpunan BERSIH yang dah pun diumumkan batal.

Penganjur BERSIH boleh kata bagaimana mereka prihatin dengan kehendak rakyat, peniaga dan pelancung yang tak mahu ho-hah ho-hah pada hari libur. Score 1 point untuk Barisan Pembangkang. Khairy Jamaluddin juga dapat kutip satu mata untuk pilihanraya umum akan datang kerana secepat kilat umumkan pembatalan perhimpunan Pemuda UMNO. Seekor katak melayu sukar sikit berlagak sebagai hero orang melayu kerana tak ada ape nak dilawan. Begitu juga dengan PESAKA, pimpinan Ali Rustam, yang tak upaya nak score political point kerana BERSIH pimpinan seorang Aci dah tak mengancam kedaulatan orang melayu lagi. Paling beruntung dalam episod ini adalah Najib anak Tun Razak kerana telah memberi satu pukulan senak perut & senoneng kepala kepada puak pembangkang yang gerenti akan dijadikan modal utama dalam PRU tak lama lagi.

Najib dah jadi patriot melayu mengalahkan Ibrahim Katak kerana patuh kepada titah Raja, simbol ketuanan melayu. Najib juga akan dinobatkan seorang pemimpin yang toleran kerana bersedia membenarkan kumpulan pengutuk kerajaan untuk berhimpun dalam stadium. Dalam masa yang sama juga PM Malaysia ini akan tertonjol sebagai seorang yang mementingkan kedamaian, kesejahteraan dan ketenteraman rakyat kerana untuk mengelakkan huru hara kepada rakyat sanggup membenarkan BERSIH berhimpun di stadium. Memang payah untuk Pakatan Rakyat bangun dari pukulan cedokan macam ini kecuali diselamatkan oleh loceng penamat pusingan. Bak kata budak-budak Mass Communications, “It’s a PR coup”. Terima kasih Apco International kerana sudi jadi PR Consultant Malaysia, sebuah negara yang diistiharkan Islam.

Yang bongoknya adalah PDRM yang akan dikambinghitamkan sebagai anjing kerajaan kerana takut membenarkan BERSIH berhimpun tetapi tak berani angkat tangan dan kaki, malahan bersuara pun tidak apabila kumpulan-kumpulan Anti BERSIH bebas berarak dan buat kecoh sana sana (termasuk di Jambatan Pulau Pinang). Nak marahkan rakyat yang hanya tahu membidas PDRM tanpa memahami environment di mana PDRM beroperasi, tak adil juga kerana nampak sangat polis hanya boneka dan barua BN.

Hingga jumpa lagi, salam KOTOR (Kumpulan Orang Tak Orait) dari Uncle B, yang selalu ingatkan sahabat handai dan taulan bahawa yang putih itu tak semestinya bersih dan yang hitam tu tak semestinya menawan.

Byee!

No comments: