Thursday 28 July 2011

PUASA RITUAL

Hari isnin 1 Ogos 2011, orang melayu malaysia yang berugama Islam dan masih mengamalkan ajaran Islam akan berpuasa. Terkecuali wanita yang uzur dan lelaki yang berpenyakit gastrik. Setiap kali menghadap Ramadan, saya terfikir bagaimana confusednya pemimpin-pemimpin agama kita. Satu masa dahulu permulaan Ramadan dan Syawal ditentukan dengan melihat anak bulan. Kemudian kita tukar. Pakai kiraan, tiada lagi main teropong-teropong dekat Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Itu pun haru biru sebab ada negeri di Malaya yang pakai anak bulan, ada yang pakai mathematics, sampaikan satu masa itu orang Perak dengan orang Singapura raya dulu dari rakyat negeri-negeri lain Tanah Melayu.

Sekarang lagi celaru. Main depan belakang. Anak bulan dipakai, kira-kira pun pakai. Kalau ilmu hisab kata esok raya tapi anak bulan tidak kelihatan, esok harinya raya juga. Kalau ilmu kira-kira kata anak bulan tidak kelihatan tapi bila teropong nampak, esoknya tetap puasa. Macam mana saya tak kata ulama Islam Malaysia kita, kumpulan pakar yang confused lagi mengkelabukan Inilah padahnya kalau Islam diasingkan dari dunia. Sepatutnya Islam mengatur urusan dunia. Ini tidak. Dunia mengatur amalan Islam. Eloklah tu. Kalau tidak masakan hanya Malaysia yang boleh cipta Islam Hadhari.

Sempena Ramadan ini, saje nak ingatkan kawan-kawan seagama yang masih waras, terutama yang namanya Melayu. Puasa bukan bermakna siangnya berlapar dahaga tetapi bila berbuka puasa mencekik mentekedarah macam orang tak makan 3 hari. Begitu juga dengan sambutan Aidil Fitri. Ada kitab ke yang kata kalau nak sambut hari raya, mesti beli baju baru, buat kuih berbalang-balang, furnishing rumah kena ganti baru dan buat rumah terbuka gah-gah.

Hari ini amalan puasa dan sambutan Aidil Fitri dah terlalu commercialised. Yang diutamakan ritualnya atau lahiriah bukan pengisian atau batinnya. Kalau tidak masakan masih banyak mak bapak yang enggan mengajar anak bahawa Shawal bukan bermakna bertandang ke rumah complete strangers untuk collect duit raya, sampaikan ada yang sanggup berdiri depan gate rumah orang minta duit raya. Ini siapa yang ajar kalau bukan orang dewasa, sampaikan polis pun pandai kecek duit raya dari tauke halal maupun haram. Mujurlah tak semua polis macam tu.

Apakata tahun ini kita buat satu anjakan paradigma. Kita berbuka puasa macam biasa aje. Dengan lauk pauk yang biasa kita masak pada hari bukan Ramadan. Kalau ada tambahan pun, tak lebih 2 jenis kueh dan tamar. Hari raya, kalau nak buat kueh pun memadai kalau balang kuih boleh dikira dengan jari tangan sahaja, jangan sampai kena kira pakai jari kaki. Tu yang lepas raya, melopong aje, habis anak bini kena jerkah, sebab poket kering. Saya??? sejak dulu lagi dah belajar berbuka puasa dan sambut Aidil Fitri cara sederhana. Amacam?

Hingga jumpa lagi, satu pesanan ikhlas dari Uncle B, bagi pasangan yang baru kahwin. Jangan berdua-duan di siang hari dik, nanti kena bagi 60 orang fakir miskin makan bagi setiap hari berbuka sebelum maghrib dengan apam. Byeee!!!!

1 comment:

Anonymous said...

saya fikir sebelum tuan komen mengenai ulamak malaysia dalam menentukan tarikh puasa dan raya, tuan kena belajar dulu mengenai kedua2 cara, iaitu rukyah dan falaq. kesian tuan menampakkan ketidakpandaian, tetapi suka buat remark.