Tuesday 25 October 2011

POLIS PENCEN KENA TIPU

Ahad lalu, 23 Oktober 2011 antara jam 1230 hingga jam 1330, saya lakukan apa yang sebelum ini tidak pernah saya lakukan. Dengan rela hati saya menghadirkan diri dalam satu perhimpunan bersama orang besar UMNO. Secara kebetulan, dua minggu sebelum itu, saya bertemu rakan sepasukan yang masih berkhidmat, memaklumkan bahawa PM akan mengadakan pertemuan dengan semua bekas & pesara polis di PWTC. Dalam keadaan biasa apabila dijemput untuk menghadiri majlis yang didalangi oleh BN, saya akan berkata, “Go to hell”. Of course dalam hati ajelah sebab kebiasaannya yang menjemput adalah rakan baik atau saudara mara sendiri. Hati kawan dan suku sakat kena jaga walaupun berbeza pandangan politik.

Kali ini keadaannya luar biasa. Kerap saya dengar bagaimana wang ditaburkan untuk memujuk rakyat yang dah meluat untuk meramaikan sesuatu majlis atau acara bersama pemimpin UMNO. Ini yang berlaku. Bekas dan pesara polis dijanjikan dengan RM100 dan goodies bag apabila mendaftar diri di PWTC. Jauh sekali untuk saya menggadaikan prinsip yang dipegang kerana RM100. Niat saya untuk mengenakan BN dengan lojik orang asli. “Eesshh! cik, saya bukan gadai maruah. Saya dah tipu BN. Duit BN saya ambik tapi bila undi, saya pangkah PAS”. So there I was at the Dewan Tun Abdul Razak, PWTC, between 1230 hrs to 1330 hrs on 23 October 2011 bersama-sama 4 orang rakan sekerja saya yang juga bekas/pesara polis.

Perjalanan majlis saya dapati tidak keruan dan tidak semenggah apabila saya sampai di PWTC. Dewan Tun Abdul Razak adalah bangunan annexe kepada PWTC. Malang bagi yang ingin ke sana melalui PWTC, tiada papan tanda atau petugas yang cukup disediakan oleh penganjur untuk menunjuk-arah polis-polis pencen ini ke dewan berkenaan. Siapa lagi penganjur program ini kalau bukan PDRM. Keadaan bertambah pilu apabila kami sampai ke Dewan TAR untuk mendaftar diri. Saya ditolak dari satu kaunter ke satu kaunter. “Tuan dulu dari Bukit Aman jadi tuan kena ke barisan Bukit Aman. Sebenarnya tak ada queue pun. Orang ramai main serbu dan berpusu-pusu sahaja depan meja pendaftaran. Pakai sistem siapa kuat dia ke depan. Memang kelaziman orang Malaysia, kurang beradab kerana asing kepada cara hidup berperaturan seperti masyarakat Jepun. Dan abang-abang dan kakak kakak polis yang tertonggok belakang meja pendaftaran buat tonggong aje. Tak mahu ambil usaha untuk memperbaiki keadaan. Susah sangat ke nak dapatkan dan pasang Q-Stand. Sama ada bebudak polis tak reti ape kebendenya Q-Stand atau saja tak hendak berusaha. Yang hairannya kalau PDRM anjur golf tournament pandai pulak cari sponsor.

BerpInar mata mencari queue Bukit Aman. Rupanya tak ada queue Bukit Aman. Kena ikut barisan alamat bersara pulak iaitu di Selangor. Hampir saja saya mengamuk dan angkat kaki. Nasib baik salah seorang rakan tugas mendaftar bagi pihak saya. Satu lagi sebab kenapa saya tak jadi naik angin adalah kerana abang dan kakak polis yang bersepah-sepah dalam Dewan untuk menguruskan pendaftaran dan mungkin semua event dalam dewan adalah pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan awam daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Tempat jatuh lagi disumpah seranah inikan pula tempat menghabiskan sisa perkhidmatan saya dalam PDRM. Jadi saya telan ajelah. Nak bising pun tak guna. Saya dah pencen dan PDRM memang payah untuk diselamatkan lagi.

Kesian juga tengok pakcik makcik Homeguards yang diarak ke hulu ke hilir, dari Perak, Johor dan Pahang (paling ramai) dan dari lain-lain negeri untuk kepentingan politik BN. Duduklah pakcik makcik yang kebanyakkan dari mereka dalam umur 70an ke 80an dalam Dewan yang agak panas, tidak berkarpet, duduk berbaris atas kerusi lipat aluminium. Dari pakaian aje dah kesian tengok, nampak sangat tahap ekonomi mereka semasa di kampong. Orang kampong yang susah, yang akan dipamirkan apabila perlu memancing undi sahaja.

Tu di dalam Dewan, di luar Dewan lagi menyayat hati. Ramai dari veteran menentang insurgensi komunis ini termasuk dari kaum Cina, yang duduk di tepi-tepi longkang sahaja kerana ketiadaan tempat duduk. Seolah-olah mereka yang telah mengadai nyawa untuk menentang komunis, supaya pemimpin-pemimpin UMNO yang ada hari ini dapat dibesarkan dalam keadaan selamat sejahtera, tidak layak duduk dalam dewan-dewan utama PWTC yang berkarpet dan nyaman airconnya. Mungkin pakaian mereka yang lokos dan penampilan yang lopus tidak sesuai untuk duduk dalam Dewan Utama PWTC di mana UMNO bersidang setiap tahun. Apa nak di kata, dah memang tabiat UMNO. Memerintah dari tahun 2008, tidak pernah sekali pun teringatkan welfare pesara polis, tiba-tiba bila nampak peluang untuk kalah dalam PRU ke 13, baru sedar there is such a thing as pesara polis yang perlu dibela. Pooorraahhh!!!!!

Lepas daftar kami terus angkat kaki, belah. Tak kuasa nak tengok muka PM yang akan hadir pada jam 3 petang apabila majlis bermula. Makan tengah hari yang telah dihidangkan pun kami tak lapar nak jamah kerana lebih rela makan nasi daun pisang di Restoran Raju, PJ.

Apa jadi dengan RM100 dan goodies bag kami? Padan muka kitaorang. Ingatkan nak tipu BN, “Eesshh! cik, saya dah tipu BN. Duit BN saya ambik tapi bila undi, saya pangkah PAS”, rupanya kami yang kena tipu. Dah memang keturunan penipu (orang BN bukan kami) nak buat macam mana. Tak ada RM100 dan goodies bag kerana kata polis yang bertugas RM100 dan goodies bag dah habis sebab terlalu ramai pesara polis yang kemaruk RM100 BN datang untuk tagih simpati. Kata polis tu, “Don’t worry tuan, RM100 dan goodies bag akan kami pos ke rumah tuan”. Yelah tu!!!

Hingga jumpa lagi, selamat mengundi daripada Uncle B, yang seronok tengok BN apabila kena acah aje bertempiaran tabur duit, yang belum tentu halal haram sumbernya, sana sini.

Bye!!!!!!

No comments: