Friday 21 October 2011

KELAB ISTERI TAAT

Saya musykil apasal pertubuhan wanita seperti All Women Action Society, Women’s Aid Organisation atau Sisters (yang kononnya) In Islam, dll yang sealiran dengannya jaki sangat dengan Obedient Wives Club atau Kelab Isteri Taat (OWC). Setahu saya Perlembagaan Malaysia menjamin hak rakyat untuk berpersatuan, berkumpul dan bersuara kecuali dengan berkumpul atau berkata-kata itu boleh mengganggu-gugat ketenteraman dan keselamatan negara.

Atau mungkinkah kewujudan OWC ini adalah cermin kepada kegagalan ahli-ahli pertubuhan wanita yang bersepah-sepah di negara ini, untuk menjadi isteri misali kerana terlalu sibuk memperjuangkan hak wanita ala barat sehingga suami sendiri makan luar, simpan gundik atau pasang lagi satu. Lalu apabila tidak sanggup melihat wajah mereka yang hodoh di cermin OWC, cermin dipecahkan.

OWC hanya mahu ahli-ahlinya menjadi isteri yang taat kepada suami dan melayan kehendak suami mereka sepenuhnya dan dengan sebaik mungkin. Layanan first class dari makan minum sehinggalah ke first class sex. Matlamatnya hanya supaya hubungan suami isteri berkekalan dan suami tidak menyelinap untuk dapatkan apa yang si suami patut dapat di rumah tetapi tak dapat. Atau kalau dapat pun hanya seminggu sekali, itu pun dengan cara acuh tak acuh atau melepas batuk ditangga sahaja. Suami mana yang boleh tahan, kalau nafsu makannya tujuh sendok sekali hidang tiba-tiba dicatu kepada dua senduk sahaja. Barangkali itu sebabnya, kedai mamak penuh dengan kaum bapa sahaja sebab tak cukup makan di rumah.

Saya enggan menyentuh isu OWC ini dari sudut Islam kerana bagi penjilat Yahudi seperti SIS, Islam adalah discriminatory kepada kaum wanita. Apatah lagi pandangan orang bukan Islam. Sayangnya, walaupun banyak ahli-ahli NGO wanita yang sensitif kepada Islam ini, ada yang sekolah seberang laut, mereka masih dungu kerana gagal membezakan antara Islam The Teachings dengan Muslims, penganutnya. Bodohkan?

KIta congak cara Pak Pandir aje lah. Satu masa dulu, saya menganggap mereka yang sanggup duduk berjam-jam lamanya menghadap air, tak kiralah di kolam, laut atau sungai ke dengan sebatang joran di tangan sebagai kurang siuman. Pada saya lebih berfaedah menonton blue filem di rumah dengan mak andeh. Dan sampai hari ini saya tertanya-tanya apalah yang seronok sangat menengok 22 orang dewasa kejar sebiji bola keliling padang. Apabila difikirkan semula, apalah yang saya kepohkan sangat fasal orang minat memancing atau sepak bola. Itu hak peribadi mereka. Dia orang tak paksa saya ke laut dan saya pulak tak paksa mereka melepak di rumah. Masing-masing buat masing-masing punya hal. Aman damai.

Begitulah sepatutnya dengan OWC. Live and let live. Kalau ada isteri-isteri yang rela, gembira, besar hati dan merasa bahagia menjadi kuli batak, macai, hamba abdi dan pemuas nafsu suami masing-masing, yang perempuan lain jealous apa hal? Sakit hati kut tengok wanita lain bahagia dengan suami.

Akhir sekali, yang JAKIM sibuk sangat dengan buku teknik berasmara untuk menyeronokkan suami yang nak dikeluarkan oleh OWC, apa celup! Salah ke para isteri baca buku tersebut demi mempertingkatkan cara-cara membeliakkan mata suami mereka semasa berbogel-bogelan berdua-duan atau lebih (tetapi limited to 4) di atas katil. Jangan jadi macam kawan saya yang sanggup cari ayam Siam di Thailand semata-mata kerana ingin mandi berdua dengan perempuan dan urut mengurut sebelum anu walhal mempunyai steri yang jelita di rumah tetapi enggan mandi berdua atau ugk-ugk bersama suami sebelum adegan akhir. Inilah padahnya isteri tak ada buku panduan sex seperti yang nak dikeluarkan oleh OWC.

Semoga anda tidak ke Batam atau Thailand hanya untuk merasa bergolek bergelantang, tunggang terbalik semasa berasmara kerana isteri hanya tahu straight sex, salam nakal dari Uncle B yang setakat ini belum perlu makan luar.

Calo!!!

No comments: