Friday 9 December 2011

TO GIVE UP OR NOT TO GIVE UP

Mesti ada masanya apabila anda fikir nak give up sahaja. Malas nak discuss dengan kawan-kawan dan tak tergamak nak memperbodohkan diri membaca Utusan Malaysia atau menonton berita perdana TV3. “Apa nak jadi jadilah, aku bukan nak menongkat langit”. Mungkin ini pernah melintas dalam hati anda. Tetapi apabila direnungkan balik, tergamakkah kita mewariskan satu Malaysia yang papa kedana, bengkrap dan tunggang terbalik kepada anak dan cucu cicit kita sementara golongan pemerintah yang memiskinkan negara ini, diulit kemewahan dalam rumah agam mereka di Australia, New Zealand, US atau UK?

Kalau bising-bising, komen sana komen sini, blog sinun blog sinin, macam anjing menyalak bukit, anjing kena sembur tear gas, kena belantan, bukit tak roboh roboh juga. Umno tetap memerintah dan rakyat sampai kiamat menanggung hutang membailout projek-projek kroni yang tak pernah berfaedah tetapi senantiasa merugikan rakyat.

Di negara negara Timur Tengah, lain senarionya. Walaupun ditekan bertahun-tahun, api kebangkitan menyala juga. Mula-mula ibarat api dalam sekam tetapi akhirnya membara membakar Hosni Mobarak dan merebak dan terus merebak, menghanguskan pemimpin-pemimpin negara Timur Tengah yang lain, yang selama ini hanya membebankan rakyat. Tak kisahlah jika apa yang berlaku di Mesir, Yemen, Syria, dll, negara arab, didalangi oleh Setan Dunia, AS dan Israel. Pokoknya, rakyat negara-negara Arab yang tertindas ini berani menuntut perubahan dengan nyawa sebagai taruhannya.

Di Malaysia, lain, rakyat tidak ditindas (at least tidak secara terbuka). Malangnya di negara ini, rakyat diperbodohkan. Amat memilukan lagi apabila rakyat, tak kira yang berbangsa Melayu, Cina atau India atau Lain-Lain terutama yang berbangsa Melayu, rela diperbodohkan atas nama perjuangan bangsa. Dan apabila rakyat rela diperbodohkan, mereka yang memperbodohkan rakyat akan terus dilantik untuk duduk di Parlimen oleh rakyat yang bodoh untuk terus menyonglap atas nama perkauman.

Scandal demi scandal kewangan didedahkan oleh media alternatif. MAS yang tak habis-habis bengkrap, PROTON yang lebih banyak tak untung daripada untung, PKFZ yang telah melingkupkan tidak kurang RM12 billion wang rakyat, projek MRT yang berganda-ganda lebih mahal per km daripada projek rel laju Beijing ke Shensen, China, projek lembu negara yang duduk dalam kondominium mewah di Bangsar dan pelbagai lagi projek membazir yang tidak perlu saya sebutkan satu persatu di sini..

Tahun 2001, kedudukan Malaysia dalam ranking Corruption Perception Index, Transparency International di tangga 35 (lebih tinggi angka lagi corrupted sesebuah negara). Tahun 2011 Malaysia jatuh ke tangga ke 61. Ini berlaku in spite of the fact yang kita ada Institut Integriti Malaysia dan MACC.

Konsep ala Israel, IMalaysia, kononnya mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian tetapi kenapa dalam Laporan Pembangunan Manusia PBB (United Nations Human Development Report) tahun lalu, Gini Co-Efficient Index Malaysia ialah 0.45. Bagi yang terlupa Gini Co-Efficient Index (GCEI) adalah ukuran jurang antara yang kaya dan yang miskin sesebuah negara. 0 menunjukkan hampir tiada jurang perbezaan dan 1, perbezaannya terlalu tinggi. Bak kata orang kita, “Kalau kaya, kaya teramat, kalau papa, miskin merempat. GCEI melebihi 4 adalah dikira teruk perbezaan antara orang kaya dengan orang miskin. Barangkali inilah yang dimaksudkan oleh slogan kosong “Rakyat Didahulukan, Pencapaian DiUtamakan”. Maknanya rakyat didahulukan untuk menanggung hutang Negara dan pencapaian diutamakan untuk membuat hutang Negara.

Malaysia dah kira bagus. Setiap 5 tahun boleh turun mengundi. Pilih siapa yang patut mentadbir negara. Lima tahun sepatutnya jadi tempoh percubaan untuk rakyat menilai kewibawaan, amanah, ketelusan dan keberkesanan pemerintah yang dipilih, mentadbir negara. OKlah, kita lanjutkan tempoh percubaan ini ke 10 tahun. Kalau terus menjahanamkan negara, kita pilih parti lain untuk memerintah. Ini tidak. Tahun demi tahun, gerombolan yang sama juga dipangkah untuk terus membengkrapkan Malaysia. Tidak cukupkah 14 tahun BN memerintah dengan bajet deficit. Tidak serik-serikkah kita dengan satu lepas satu skandal kewangan. Kalau wang mak bapak mereka, saya tak kisah tetapi ini wang masa depan cucu cicit kita. Yang sedihnya pusat pengajian tinggi awam dan swasta makin hari makin membiak. Graduan-graduan mengganggur, makin hari makin berlambak. Sedihnya masih ramai yang boleh berfikir, lebih rela diperkayukan semata-mata atas nama bangsa dan bukan memangkah untuk mendaulatkan agama Allah. Itu yang buat aku kadang-kadang rasa nak give up aje dan diam seribu bahasa. “Apa nak jadi, jadi le. Lantak kome”.

Hingga jumpa lagi, salam cup cup dari Uncle B, yang tak pernah putus asa menanti seorang sugar mummy (tapi jangan lebih 45 tahun ye) yang sanggup manjakan Uncle.

Byeeee!!!

1 comment:

dommun said...

eeeeeeeiiii Uncle B ni.....bab2 ending mesti ada gak selingan mcmtu,hahaha...xberubah...

miss u so much uncle....